Abby Abadi Ulas Kesediaan Haji Adi Putra Terima Watak Lakonkan Aksi Panas

Hiburan

Abby Abadi Ulas Kesediaan Haji Adi Putra Terima Watak Lakonkan Aksi Panas

Baru-baru ini, Adi Putra melahirkan kesediaannya untuk menerima watak panas seperti aksi di ranjang walaupun dirinya kini sudah bergelar haji. Adi Putra memberikan alasan dirinya bekerja dan pekerjaan yang dilakukannya adalah satu ibadah. Malah kadang-kadang aksi panas yang dilakonkan lebih menggunakan teknik kamera, bukannya dilakukan secara ‘real’. Kenyataan Adi Putra ini telah menarik minat Abby Abadi yang telah memberi sedikit ulasan menerusi akaun Instagramnya.

abby abadi

Advertisement

Dengan berkongsi satu gambar yang jelas menunjukkan artikel berkenaan Adi Putra, Abby Abadi telah memberi nasihat yang panjang lebar kepada pelakon itu. Malah nasihat itu juga boleh digunapakai untuk mereka yang terlibat di dalam industri lakonan. Siap guna hashtagh #MohonJAKIMBersuara lagi. Memang itu satu persoalan valid buat JAKIM sebenarnya. Benda sebegini tak ada pula kecoh nak ambil tindakan kan? Tulis Abby dengan panjang lebarnya:-
abby abadiabby abadi

Selaku seorang bekas pelakon, pastinya Abby Abadi mengetahui dengan lebih terperinci tentang apa yang terjadi di sebalik apa yang kita lihat di dalam drama/filem. Bukan senang untuk buat perubahan terutama dari segi mentaliti di dalam industri hiburan, namun kalau kebanyakan pihak seperti pelakon mahukannya, pasti ia mampu diubah. Perlahan-lahan kayuh orang kata. Apa pula pendapat anda?

P.S: Aksi lucu bila pelukis bergaduh dengan lukisan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...