September 5th, 2014

Gagal 2 kali dalam perkahwinannya sebelum ini tidak menyebabkan Abby Abadi berputus asa untuk mencari cinta baru. Iyerlah, Abby pun masih muda dan cantik orangnya. Pasti ada jejaka di luar sana yang akan terpikat dengan bekas pelakon Gerak Khas ini. Terbaru menerusi satu gambar yang dikongsi di Instagram, Abby membayangkan yang dirinya seolah-olah telah menemui kekasih baru. Adakah Abby akan berkahwin sekali lagi dalam masa terdekat ini?

abby abadi kekasih baru

Menariknya komen daripada rakan Abby iaitu Azza juga seolah-olah mengiyakan perkara ini. Namun kebenarannya hanyalah diketahui oleh Abby. Mungkin ia sekadar gurauan semata-mata. Daripada pembacaan Abang Nara, si jejaka tersebut merupakan seorang ustaz.

abby abadi kekasih baru

Sekali pandang, kacak juga jejaka yang bernama Ustaz Khairul Azli ini. Ada iras-iras bekas suami kedua Abby. Mungkin ‘taste’ Abby memang sebegini rupa. Apa pun kekacakan tidak penting. Yang penting hati yang tulus mencintai. Amboi.

abby abadi kekasih baru

Abang Nara suka tengok muka Ustaz Khairul Azli di dalam video di bawah ini. Malu-malu apabila ditanya bila nak masuk meminang Abby.

Kalau betul Abby sudah bertemu pengganti dan cintanya berbalas, harap kali ini biarlah betul-betul berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jangan gagal di tengah jalan lagi. Semoga Abby bertemu cinta yang sejati akhirnya. Sama-samalah kita doakan. Sumber Forum Cari.


Comments are closed.

Loading...