Kasihan sungguh nasib Abby Abadi. Apa pun bagi perbuatan seorang suami menceraikan isterinya menerusi SMS adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan dan tidak “gentleman”. Menurut Harian Metro hari ini, sumber mendakwa yang suami Abby Abadi, Farhan telah pun melafazkan cerai menerusi SMS. Perbicaraan pada pagi hari ini adalah bagi mengesahkan lafaz talak tersebut.
Perbicaraan kes ini akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya. Buat Abby, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini.