Abby Abadi Dedah Perbualan Farhan, Gelar Dirinya Abby ‘Ababi’

Hiburan

Abby Abadi Dedah Perbualan Farhan, Gelar Dirinya Abby ‘Ababi’

Kalau hati sudah benci, pelbagai gelaran yang tidak masuk akal akan diberi kepada seseorang. Kasihan Abang Nara terhadap nasib yang menimpa Abby Abadi. Sudahlah hutang tidak dibayar, kali ini Farhan menggelar dirinya Abby ‘Ababi’ pula. Pedih hati lebih-lebih lagi Farhan pernah bergelar suaminya. Pasti sedikit sebanyak hati Abby tercalar juga.

abby abadi

Advertisement

Malah Farhan juga dilihat cuba menjatuhkan maruah Abby Abadi dengan membuat tuduhan mengarut di status rakan bekas isterinya itu.

abby abadi

Abby juga menerusi akaun Instagram telah menerangkan dengan panjang lebar punca dirinya membawa hal ini kepada media. Sedih juga membacanya:-

Assalamualaikum…. FARHAN OH FARHAN….. Sy siarkan bersebab. Nak cari publisiti? Jauh sekali….. Publisiti utk apa? Sy nakkan hak Sy. Yg sudah tu sudah… ALLAH lebih tahu. Tapi utk hal yg berbangkit ini, Sy cal beratus kali.. msg jangan cakaplah… Sy sekadar dpt berbalas msg dgn bapa saudara dia. Mak Ayahnya pun langsung tak balas msg Sy. Peguam dah hantar surat, dah cal dia… polispun dah cal dia depan mata Sy, dia sekadar berjanji nk selesaikan.. tp ‘Janji tinggal Janji’.

Dia guna Mak Saudaranya bincang dgn lawyer yg Sy lantik… dlm berpuluh ribu tu.. offernya RM20k je.. Nak ambil, taknak sudahhh! Mak Saudaranya kata….. Mudahnya… Macam kita pulak yg berhutang dgn dia… kan?

Beginilah, Sy mmg tak kuasa dah nk mencari atau msg/cal dia….. Sbb dia tak jawab pun. Sy penat nk turun naik mahkamah… lagi pulak bila dia tak beri kerjasama… tah bilalah nk selesainya…. (Wartawan cal jawab pulak ye? ) Sy cuma nk minta tolong: Ada kawan2 Farhan disini?

Buleh tak minta dia jumpa Sy kerana hujah2 balasnya tentang hak2 Sy ni lebih memalukan dia sebenarnya. Keluar semua taring dia ye… Nasihat Sy… selesaikanlah.. Jangan lah sbb nk tutup salah sendiri, burukkan Sy pula k. Ingat ALLAH banyak2 k. Maafkan Sy

abby abadi

Kasihan Abang Nara dengan nasib menimpa Abby Abadi. Abang Nara tahu kepedihan dan kepayahan meminta hutang dari orang. Adalah beberapa rakan Abang Nara yang jenis meminjam dekat kawan-kawan lain. Masa pinjam mulut bukan main manis tapi bila ditanya bila nak bayar, kita pula yang kena maki. Diharap Abby bersabar dengan dugaan ini. Insya Allah akan ada jalan penyelesaiannya kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...