Written by AbangNara | August 11th, 2011

Membaca temuramah wartawan Harian Metro semalam di ruangan RAP bersama Ally Iskandar membuatkan Abang Nara mengkagumi kematangan, kemachoan dan cara menjawap Ally Iskandar. Memang awesome.

ally iskandar

Salah satu jawapan yang Abang Nara paling gemar ialah apabila wartawan bertanya “Apakah peristiwa ini membuatkan anda takut hendak mengenali gadis lain?” dan Ally menjawap dengan kacaknya:-

Takut bukan sifat sebenar lelaki. Seorang lelaki tidak boleh takut.

Memang macho, tampan dan gagah gila kan jawapan Ally? Respek babe. Ikuti temubual penuh dengan memabaca artikel ini sepenuhnya. Abang Nara doakan agar Ally cepat-cepat bertemu jodoh.

RAP: Bagaimana keadaan anda sekarang, semakin tenang?

ALLY: Alhamdulillah, begitulah nampaknya sekarang ini.

RAP: Apa sebenarnya yang berlaku antara kalian berdua sehingga pertunangan diputuskan?

ALLY: Maaf saya tidak berminat untuk bercakap atau memberikan sebarang kenyataan membabitkan apa yang sudah berlaku. Saya bimbang jika saya memberikan kenyataan, ia akan memanjangkan lagi cerita. Biarlah orang tahu bahawa hubungan kami sudah berakhir. Lagipun tiada dendam antara kami. Keputusan dibuat secara baik dan saya masih berkawan dengan Aishah. Pada saya, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Hidup perlu diteruskan.

RAP: Apakah anda yakin dengan keputusan yang diambil?

ALLY: Kami berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan.

RAP: Bujang popular kembali solo. Ada yang gembira dengan keputusan yang anda ambil.

ALLY: Kenyataan bujang popular kembali solo itu satu sendaan yang pada saya keterlaluan. Bagi saya, perkahwinan bukan perkara main-main. Apa yang berlaku antara saya dan Aishah bukan untuk saya raikan atau diraikan oleh orang lain.

RAP: Sejauh mana perkahwinan itu penting bagi anda?

ALLY: Perkahwinan sangat penting kerana ia pelengkap kepada iman dan menambah bilangan umat Nabi Muhammad SAW Ia juga menjadi matlamat hidup saya.

RAP: Dalam skala 1 hingga 10, anda meletakkan perkahwinan itu di nombor berapa?

ALLY: Sudah tentu ia saya letak di tangga pertama. Kerja sampai mati dan kumpul duit sampai berbukit, tetapi tidak ada orang yang boleh membahagiakan untuk dikongsi bersama, untuk apa. Kebahagiaan hidup itu jauh lebih penting dan saya mahu mencari kebahagiaan itu.

RAP: Anda tidak perlu bimbang apabila putus tunang kerana pepatah Inggeris ada berkata, hidup lelaki bermula apabila mereka mencecah 40 tahun?

ALLY: Itu tidak benar. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Kehidupan manusia bermula sebaik saja mereka dilahirkan.

RAP: Apakah anda tertekan dengan situasi ini?

ALLY: Tidak, putus tunang dan isu kahwin sebenarnya tidak pernah memberikan tekanan kepada saya.

RAP: Apakah anda tidak tertekan belum berkahwin walaupun usia mencecah 35 tahun?

ALLY: Secara asasnya memang saya tertekan sebab usia sekarang sudah 35 tahun. Saya juga tidak mahu ia dijadikan sandaran kepada saya untuk tergopoh-gapah sebelum ini. Saya tidaklah bermaksud sebelum ini saya tergopoh-gapah untuk mendirikan rumah tangga, membabitkan hubungan lepas. Waktu itu saya berasakan bahawa masa saya sudah sampai, tetapi ketentuan jodoh belum sampai ke situ.

RAP: Adakah anda akan lebih memilih selepas ini? Bagaimana ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan anda sekarang?

ALLY: Terus-terang, saya tidak boleh fikir mengenainya sekarang. Apa yang berlaku sebenarnya sangat besar dan ia memberi kesan kepada kehidupan saya. Waktu sama, saya tidak boleh melihat sesuatu perkara atau meletak kayu pengukur kepada ciri-ciri wanita ideal yang saya cari. Entahlah kalau selepas ini atau akan datang akan ada draf baru mengenainya (wanita pilihan).

RAP: Apakah peristiwa ini membuatkan anda takut hendak mengenali gadis lain?

ALLY: Takut bukan sifat sebenar lelaki. Seorang lelaki tidak boleh takut.

RAP: Tidak takut perkara sama berulang?

ALLY: Sebab itu kita ada doa dan perlu berusaha. Kemudian kita berserah kepada Allah. Apa yang penting dalam hidup kita harus berusaha.

RAP: Ulama pernah berkata sekiranya belum ada keizinan-Nya jodoh tidak akan datang walaupun ada usaha dibuat.

ALLY: Saya setuju dengan kenyataan itu. Malah saya pernah mendengar ulama menjelaskan jodoh dan maut takkan datang awal walaupun sesaat, atau lewat walaupun sesaat. Kalau sampai adalah jodohnya dan kalau tidak memang ia tidak ada.

RAP: Bagaimana anda menilai situasi putus tunang?

ALLY: Saya tidak melihatnya sebagai satu musibah. Itu laluan yang Tuhan tentukan kepada saya dan lebih penting saya belajar apa yang berlaku dan jadikan diri saya lebih baik. Itulah juga yang saya doa dan harapkan agar memperoleh hikmah di sebalik peristiwa yang sudah terjadi. Waktu sama, saya mengharapkan artikel yang anda tulis adalah perkara terakhir berkaitan perkara ini (putus tunang).

RAP: Ada yang kata anda putus tunang sama waktu dengan Khairul Fahmi seperti satu ‘trend’. Pandangan anda secara peribadi mengenai kenyataan itu?

ALLY: Apa yang berlaku hanya kebetulan dan bukan nak ikut trend putus. Pandangan orang itu perkara biasa, apa saja yang kita lakukan pasti menjadi perhatian orang. Ia bukan saja membabitkan personaliti tetapi orang yang masuk politik juga melalui perkara sama. Macam mana kita terima perkara yang berlaku adalah lebih penting bagi saya.

RAP: Cara anda mengisi kekosongan hidup sekarang?

ALLY: Cara saya mudah iaitu terus menyibukkan diri dengan kerja. Sekarang ini saya sibuk dengan Singgah Sahur yang berupa rancangan kelahiran saya. Selalunya saya akan menerbitkan keseluruhan episod Singgah Sahur tetapi, kali ini saya hanya menerbitkan satu episod. Waktu sama saya akan terbabit dengan MHI Raya.

Baca Yang Ini Pulak:-

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

56 responses to Abang Nara Tabik Spring Dengan Ally Iskandar, Lu Memang Macho Bro

  1. Hope Ally akan dapat jodoh yang sebanding dengannya, Insyaallah.. =)

    yours
    SH

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 46 Thumb down 1
    • lembu pakai stokin says:

      ally putus tunang pn cool je…mmg professional..x nmpk sdih pn bile jd pngacara MHI..tp dlm ati ssape tau kn…??ape pn all the best ally…

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 39 Thumb down 0
      • ayam pakai coli says:

        solo kembali nampaknya cik abang kita ni
        PERFECT, jawapan u semua memang KACAK!

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 26 Thumb down 0
        • kambing x pakai sepender says:

          hopefully, jodoh u dengan Fafau
          setanding nama u all
          populariti pun sama kelas

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 25 Thumb down 10
        • minah jambu 24jam mengadap computer says:

          Hidden due to low comment rating. Click here to see.

          Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 52
        • anai-anai sedang melipat baju says:

          tabahkan lah diri sobsobsob smoga ada yg lebih baik d lua sana utk mreka berdua

          Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
        • semut pakai cermin mata says:

          wawawawa
          GOOD LUCK lelaki bujang paling hangat di Malaysia!

          Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
        • minah jambu 24jam mengadap computer says:

          Hidden due to low comment rating. Click here to see.

          Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 68
        • Permata says:

          Ade pulak cakap trend, tak skolah betul. Ingat orang sesedap aje nak putus tunang.

          Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
      • Eizus Tshirt says:

        Xpe… bunga bukan sekuntum.
        Lelaki cool akan bertambah cool bila menghadapi situasi2 begini. Offf couse makin ramai wanita akan suka kt die. heheh

        Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
    • insyaallah, amin..:)

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 3
  2. kunangkunang says:

    RAP: Bujang popular kembali solo. Ada yang gembira dengan keputusan yang anda ambil.

    ALLY: Kenyataan bujang popular kembali solo itu satu sendaan yang pada saya keterlaluan. Bagi saya, perkahwinan bukan perkara main-main. Apa yang berlaku antara saya dan Aishah bukan untuk saya raikan atau diraikan oleh orang lain.

    LOLOLOLOL! kenapa aku terbayang wartawan tu terus buat muka sentap ek? hihihihi

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 122 Thumb down 1
    • mcm2 hal says:

      metro mmg soalan mcm budak x sekola…da lama perati….hal org putus tunang cerai berai yg die suke kuarkan..same sekutu ngn terjah tu sume… xde faedah

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 64 Thumb down 2
      • Anon says:

        sama jugak dengan soalan2 dari melodi untuk artis2….ntah pa2 punya soalan….

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 2
    • Aduhai.. says:

      Padan muka wartawan tu! pe la biadab sgt leh kluar soalan gitu! hilang akal..org tu putus tunang la, kenapa nak guna ayat “Bujang popular kembali solo” apakah?

      Kadang2 wartawan ni merepek gak..tanya soalan tak fikir! kan dia tgh sedih sbb putus tunang, apa gila tanya soalan gitu!

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 36 Thumb down 3
  3. intanizani says:

    kalau selalu tgk mhi, mmg salute dkt ally dan semua jawapan kat atas, mmg menunjukkan dia bijak.
    way to go, ally!

    semoga dpt isteri solehah, menutup aurat dan cantik. ;)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 94 Thumb down 1
    • bijak says:

      memang BIJAK :)

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
      • Fashion says:

        Jawapan yang sangat2 bijak..menunjukkan dia sangat profesional dalam menjawab soalan wartawan..cume soalan je yg x berapa bijak..oppss..sorry..hehehe

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
  4. semut api says:

    iiiiiiiiiiiiii

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 7
    • aku yg tgk bkn kau says:

      1 word for ALLY, he is CHOOSY..jnis lelaki yg extremely berhati-hati pilih perempuan ats kerana dia pya status, karakter, taraf hidup yg sgt stabil so dia berhak nk memilih yg trbaik.

      tp aku xde mslh dgn soalan press dr metro ni..apa yg dia provoke tu, sebenarnya jauh di sudut hati kita, itu pun yg mcm kita fikirkan..otak kita bkn 100% suci

      so if depa nk tya soalan kononya “xsensitif” tu, senarnya depa yg mendapatkan jawapan bg kita yg menengok isu ni..so xslh pon soalan diorg tu..

      to ALLY, if dia bkn jodoh kita, ALLAH tu akn tnjukkan smpi kita jmpa jodoh kita yg sbnr even kita yg perlu melalui kesakitan, pengalaman, pengajarannya.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 34 Thumb down 1
  5. ed shokolath says:

    super duper like :)

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  6. ed shokolath says:

    like like like

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  7. ed shokolath says:

    like

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  8. Eina Mia Salleh says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 44
    • hei says:

      ko hingat ni kes rebound ke apa.. asal tangkap muat. ni nak bawa kahwin ok, hidup bersama. Nak kasi komen pun agak2 la, kalau takde apa nak tulis, tak yah la tulis..

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 29 Thumb down 6
  9. Anastasia says:

    Suka cara Ally menjawab soklan ala2 “Nas Ahmad provoke” yg ditanya wartawan tu. Terserlah kematangan dan kebijaksanaan beliau. To Ally, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Ajal, maut serta jodoh pertemuan semua telah ditetapkan. Banyakkan berdoa dan berusaha ok…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 33 Thumb down 0
  10. Lovelyvic says:

    Jarang dapat tgk artis memberi jawapan yang begitu hebat dan memberangsangkan. Kebanyakan artis kalau saya jawab soalan, mcm tak berfikir. Jawab dulu…. fikir kemudian. Kadang2 kita orang awam yang terlebih geram dan bengang dengan jawapan2 yang diberikan.

    Teringat jawapan Miera Liyana dalam temubual MELODI pasal dia mabuk di The Curve dan dilihat oleh sepasang suami isteri.
    “Saya tak mabuk…. Biasalah saya mcm remaja lain juga suka nak enjoy tapi saya takde la saya minum. Saya tahu yang mana halal haram,” Statement ni sangat tak sesuai untuk kau ucapkan selepas ko pakai baju menunjukkan sebahagian toooot ko tu…

    BTW… dengan adanya artis2 berilmu macam Ally Iskandar, Harith Iskandar, Aznil Haji Nawawi…. dan beberapa nama besar yang lain, harapnya dapat le mengangkat sikit imej artis yang selalu dikaitkan dengan yang buruk2 ni.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 85 Thumb down 0
    • madina says:

      mereka bijak sbb ade ilmu. org yg cetek ilmu akan je yg akan bersikap tak matang. tak semestinya ade degree master br dikire berilmu. byk pengalaman dan bergaul dgn semua org menjadikan kita org yg berilmu dan matang.

      Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  11. muahaha says:

    smart seyh jawapan dia..kool je

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 0
  12. opi says:

    bila wartawan temubual wartawan, memang jawapan amat class~!! :p tak boleh nak putar belit lagi dah

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 34 Thumb down 0
  13. adie says:

    betul jadilah public figure yg berakal. tak belajar tinggi tp kalau bercakap dgn akal ni lain orangnya.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 0
  14. anna suraya says:

    apa yang kita cakap melambangkan kematangan kita. Syabas Ally.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 26 Thumb down 0
  15. love sue says:

    love u ally… :*

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  16. hujanlebat says:

    Ally ni handsome dowh jumpa live!

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  17. bawah kain says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 46
    • weeee says:

      kalo pandai sgt nape dlm gadis mlayu pakai tudung? ms btunang terbang lakkk tudung beliau???

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 46 Thumb down 3
    • bonda says:

      3.8+pandai cakap china+cantik bukan jaminan dia bijak dan matang dalam berfikir… dorang yg lebih paham apa masalah dalaman dorang, so kite xyah nak kaitkan ke situ plak… anggap jer xder jodoh…

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 32 Thumb down 1
      • didi says:

        memang utim sakai. senang2 boleh dapat pointer 3.8 above. budak u macam uia, um, utm, macam nak gila belajar baru dapat 3 above. banyak dapat kerja? LMAO! banyak melayu rosak dekat uitm tu! shah alam terutamanya! buat malu melayu je.

        Hot debate. What do you think? Thumb up 22 Thumb down 14
    • salmah says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 27
      • aku ler says:

        lekeh sgt ke uitm tu? by the way ramai seyh graduan uitm yg dapat keje yg best2. jgn nak mempersendakan tempat anak2 melayu menuntut ilmu…of course u pun org melayu sbb nama pun classic SALMAH!

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 44 Thumb down 5
        • Dr. Feelgood says:

          Aku ler >Salmah tu nk bgtau kita yg dia tu dlu blaja kat ivy league universiti dan dia lbh baik dari 3.8 (sambil dlm hati dia nak pelekeh UITM kot.. ahaks)

          **Antara Salmah sedar atau tidak dgn ayat dia tu.. Aq dah nmpk dia ada unsur2 riak..

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 2
        • futuremg says:

          bukan la, maksud Salmah, kat UITM berlambak2 org dpt 4 flat…so takde la istimewa mane pown pompuan tuh, kire macam ko ckp pompuan tuh pandai sebb dpt SPM 11A..kanker ramai org dapat 11A skang, zaman tok kala adam lenlar

          Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 7
      • intan says:

        mengong! uitm pun kelulusan di iktiraf laaa. kau tuh bagus sangat ke!!!!!

        Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 2
    • madina says:

      mentaliti kapuk. patutla bawah kain.. haih~

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  18. kaki_g0ssip says:

    HUNTONG NYE PPUAN YG DPT B’LAKI KN LELAKI MCM ALLY NI. B’HEMAH TINGGI KATANYE !

    NAK CARIK CALON SUAMI MCM ALLY LAH LPS NIH. SUMPAH X CARI LAIN. HUKHUK ~!

    Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 1
    • Dr. Feelgood says:

      Kaki_g0ssip >Nak yg berhemah tggi eh.. Jgn salah pilih lak nnt dpt yg berhidung tggi.. ahaks

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
      • kaki_g0ssip says:

        KIHKIHKIH ~ DPT HIDUNG TGGI BLH TRIMA LG. JGN DPT HIDUNG BELANG DAHH ! X SANGGUP. MKN HATI B’ULAM JANTUNG NTI I. LOL

        Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  19. chua sex lek says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 45
  20. cayalah ally iskandar..ayat mmg macho..ape2 pun putus tunang bkn end of the world..kan.kan.kan.

    Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 1
  21. zaia says:

    semoga ally iskandar bertemu jodoh dgn perempuan baik,dapat membahagiakan dia dn serasi bershama shama..huhu
    Amin..

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  22. love sue says:

    x baik gado2x… ally jom belanje i buka puasa… ;)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  23. Leah Terrian says:

    Great review! You actually overviewed some great news in your post. I came across it by using Google and I’ve got to admit that I already subscribed to the site, will be following you on my iphone :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. mel says:

    wise man think wise. jodoh tu antara 3 perkara yg jadi rahsia Allah.. we never know when we never know how. it just happens. prayer is the best thing for HE knows the best.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  25. sha says:

    sy suka jawapan2 ally, tepat, padat, jelas, dan tidak menimbulkan fitnah… semoga jodoh ally dipermudahkan…amiinn…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0