Written by AbangNara | June 10th, 2016

Selamat pagi!!! Hari ini Abang Nara nak bercerita tentang 2 orang anak Abang Nara iaitu Aariz dan Arissa. Alhamdulillah kedua-duanya membesar dengan sihat. Aariz kini sudah pun berusia 4 tahun sementara Arissa pula akan berusia 2 tahun pada bulan Ogos ini.

aariz arissa

muka kena paksa pakai baju Manchester United

Sepanjang tumbesaran mereka (amboi macam dalam kelas Biologi), Abang Nara dapat lihat betapa berbezanya anak lelaki dan anak perempuan. Yang si Aariz suka main kereta, robot Transformers dan menyepak bola. Sementara yang Arissa pula suka main anak patung, masak-masak, suap makanan dekat anak patung dan berlakon jadi emak. Masing-masing ada keletah dan kecomelan tersendiri.

disney

rare occasion di mana Aariz dan Arissa main bersama-sama

Namun ada satu persamaan antara Aariz dan Arissa. Kedua-duanya suka layan kartun-kartun Disney di saluran 613 Disney Junior. Antara feveret Aariz ialah Jake and The Neverland Pirate, Mickey Mouse Club House dan Chuggington. Sementara feveret Arissa pula ialah Doc Mcstuffin, Sofia The First dan Sheriff Calie. Bila kartun feveret masing-masing keluar di tv, masing-masing melonjak keriangan dan berlakon jadi karekter feveret diorang. Imaginasi masing-masing memang tinggi.

disney

Seperti biasa pada satu hari ketika Aariz dan Arissa tengah conquer tv dengan menonton saluran Disney Junior, Abang Nara terperasan ada iklan yang agak menarik iaitu “Disney Junior: Animate Your Imagination”. Sesuai sangat untuk Aariz dan Arissa yang mempunyai imaginasi tinggi dan selalu berlakon jadi karekter kartun Disney. Inilah peluang untuk Aariz dan Arissa masuk tv dan jadi femes macam ayahnya!!!

Fuh excited Abang Nara dibuatnya. Selepas membaca dengan lebih lanjut di laman web http://disneyjunior.disney.my/animate-your-imagination , senang je rupa-rupanya nak join “Disney Junior Animate Your Imagination” ini. Abang Nara hanya perlu ambil gambar atau video Aariz dan Arissa bercerita tentang imaginasi mereka dengan tema Princess, Pirate atau Space Adventure. Boleh ke Aariz dan Arissa melakukannya? Nasib baik ada kit mewarna Disney Junior yang memudahkan lagi Abang Nara melakukan percubaan.

disney

Arissa dah ready nak menconteng dah tue

Mari kita tengok hasilnya!!!

disney

ok gaya nak start coloring dah ada tue

disney

Arissa dah start colour dah tue. Jadi apa nanti tue?

disney

Aariz pulak tengah lukis apa tue?

disney

Aariz macam tengah lukis rumah. Hmmmmm

Walaupun Abang Nara agak hampeh dalam lukisan, nampaknya Aariz dan Arissa ada potensi untuk menjadi pelukis. Kena asah sikit lagi je tu. Lepas ni Abang Nara nak try merealisasikan imaginasi mereka dalam bentuk lukisan atau video untuk menyertai “Disney Junior:Animate Your Imagination”. Kepada anda yang ada anak-anak yang kreatif seperti Aariz dan Arissa bolehlah cuba menyertai contest mudah ini. Untung-untung boleh masuk tv.

disney

Ingat ye tema yang boleh digunakan ialah Princess, Pirates dan juga Space Adventure. Selamat mencuba Abang Nara ucapkan. Maklumat lanjut layari http://disneyjunior.disney.my/animate-your-imagination.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to Aariz & Arissa Mengkreatifkan Diri Untuk Disney Junior: Animate Your Imagination

  1. Anonymous says:

    arissa memang kidal ke..wahh

    0

    0
  2. Anonymous says:

    cantik rumah abg nara

    0

    0
  3. Alwib says:

    melatih anak melukis sejak dini bisa membuatnya semakin kreatif kelak di umur dewasa,
    saya pun begitu

    0

    0
  4. Anonymous says:

    anak bang nara x comel la

    0

    0
    • excuse_me says:

      ingatkan aku sorang je nk ckp mcm tu ke.. kekkekkeke. nk anak comel jgn buat blog fitnah n tmpat org cari gaduh. kekeke n jgn selit iklan haramjadah!

      0

      0
      • sorry says:

        tu lah.. pakailah gown dan baju mcm mana pun tetap tak terlindung.

        0

        0
      • Black Cat@Natasha says:

        Jangan menghina ciptaan Allah
        sedihla korang ni budak2 pn korang nk kutuk,sedih abang n cik nara nnti…

        0

        0
    • hiks says:

      relak la korang..buat apa kutuk budak. nara n wife bukannya mix blood so what do u expect. yg penting baby cukup anggota badan, sihat, dijaga sempurna, diberi pendidikan dah cukup bagus.

      0

      0
    • mummy nara says:

      aku baru nak taip mende yang sama. anak die buruk byk ikut muka nara.. kesian.. amek la budak lain buat iklan.. kesian budak2 besr mcm tu dh kena guna.. dh la xcomel

      0

      0
    • X says:

      Budak2 nie ada comel ada tak comel.anak nara dalam senarai tak comel.sekian

      0

      0
  5. Anonymous says:

    COMELNYE

    0

    0
  6. xoxo says:

    anak nara x comel la.

    0

    0
    • ciao says:

      ehhh..nnt anak ko comel keee..hishhh..bab2 desc org boleh tpi diri sndiri xcermin puiiiii..pirrrraaaahhh

      0

      0
  7. Aku says:

    Kesian anak2 nara
    Narapun dh tau mentality pembaca blogni still nak post gambar anak dia. Xberapa bijak betul

    0

    0
  8. Aida233 says:

    Paling suka gambar #2. Ketawa yg sungguh genuine!! Love love.

    0

    0
  9. puiii says:

    yg kutuk2 ni jgn lupa plak… satu hari nnti kalau dpt anak buruk ke.. cacat ke.. ini balasan tuhan sbb menghina anak org.

    0

    0
    • X says:

      nak juga jadi kat org lain.anak nara tak comel pastu minta jadi kat org lain.sesuci lebaran sangat.tak hina anak nara,tapi minta cacat buru kat anak org lain.WTF?

      0

      0
  10. faezah ngilai ngilai says:

    hitamnya anak kau nara

    0

    0
  11. Peah says:

    Hoi Faezah, kau ni buta warna eh? Kulit sawo matang ko kate hitam. Dah kulit kebanyakan Melayu macam tu, apa nak di herankan atau di caci? Dah buta warna, busuk hati lak tu.

    Selalu aku tgk yg tak berapa nak comel masa kecik, dah besar lawo and begitu gak sebaliknya. Semua nak puji anak stok Che Ta je memanjang just because putih. Sedih!

    0

    0
  12. nenek jebat says:

    abg nara jgn bace komen ehh..kesian org yg kutuk2 ciptaan tuhan ni.. pembaca setia beautifulnara ,,setiap satu jam

    0

    0
  13. mimi says:

    sory nara tp anak awak mmg sgt2 x comel..hahahahaa…x comel..sgt2 x comel..erkkk

    0

    0
    • gile says:

      korang ni xbaik la ckp kt anak org mcm tu…nk buat cm mne dh tuhan ttpkn muka ank abg nara mcm tu…mne tau besar esok ank abg nara hensem2,,cntik2….mna tau nnt ank korang plk xcomel..cacat..burukkk..bru nk sedar…kpd abg nara..jgn hiraukan komen diorang k…diorang semua tu cmburu jeee..SLMT HRI RAYA

      0

      0
  14. Anonymous says:

    bukan nk mengutuk ke ap…tpi ckp terus terang…memg btl ank dia x comel…buat ap hati sesuci lebaran d depan org ckp lawa…comel..tpi d belakng org tu nk termuntah..ckp buruk n sebginya…bang nara jgn nangis ye bca komen kat sini y kutuk ank bang nara…tpi itu la hakikatnya…

    0

    0