Memang hebat betul populariti anak Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana, meskipun baru berusia setahun rezeki buatnya sudah melimpah ruah apabila dibayar belasan ribu ringgit untuk drama 11 episod. Wow! Bertuah sungguh.
Persetujuan telah dibuat antara Che Ta dan pihak produksi untuk kemunculan Aaisyah didalam drama itu. Buat Che Ta beliau menyifatkan ia sudah rezeki dan takdir untuk anaknya mendapat tawaran tersebut.
Sedar bukan semua orang akan menyokong tindakan beliau untuk melibatkan Aaisyah didalam dunia hiburan Che Ta bagaimanapun enggan ambil pusing dengan segala kritikan orang ramai.
Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa, itu terpulang. Ini semua soal rezeki.
Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi. Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah.
Dah rezeki Aaisyah untuk dapat tawaran sebegitu dan kita tidak boleh persoalkan lagi. Ibu bapanya mungkin lebih tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Sekurang-kurangnya nanti Aaisyah ada simpanan yang cukup kukuh demi masa depannya.