Written by AbangNara | January 9th, 2015

Alhamdulillah. Murah sungguh rezeki Aaisyah Dhia Rana. Tidak dapat dinafikan kecomelannya memang mampu menarik perhatian dan membuat orang ramai tidak lekang mata memandang. Terbaru, Aaisyah Dhia Rana telah dilantik menjadi duta Mothercare. Memang sesuai sangat-sangat perlantikan ini. Pastinya ia akan menjadi satu kombinasi yang sangat awesome.
aaisyah Abang Nara pun memang selalu pergi Mothercare cari barang-barang anak. Baju ada, stroller ada, stokin, puting dan macam-macam lagilah. Memang lengkaplah Mothercare nie. Tak sabar rasanya nak tengok muka Aaisyah Dhia Rana menghiasi Mothercare. Kata Che Ta mengenai perlantikan ini:-

Sebelum ini memang saya tidak kisah jika dia mengikut jejak langkah kami, tetapi sekarang kami bertukar fikiran. Kalau boleh saya mahu Aaisyah menjadi ustazah, tetapi kita hanya merancang, masa depan tidak boleh diramal.

Ketika kecil ini saya tidak kisahlah andai dia menjadi model iklan atau duta produk kerana dia masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku.

Tambahan pula penggambaran iklan biasanya mengikut jadual waktu bayi. Bagi saya tidak salah untuk Aaisyah memiliki pendapatan sendiri pada usia dua bulan. Wang yang diperoleh akan disimpan dalam akaun banknya, apabila dia berusia 18 tahun, dia sudah kaya dengan pendapatan sendiri.

Pada bulan Februari ini, Che Ta dan Zain akan menunaikan umrah selama 12 hari kerana Che Ta telah bernazar untuk ke sana sekiranya hamil. Juga ada berita gembira untuk Aaisyah kerana ibunya merancang untuk hamil sekali lagi pada tahun hadapan. Yeah~~ Tahun depan Aaisyah akan jadi kakak. Insya Allah. Kata Che Ta:-

Tahun ini saya mahu berehat kerana apabila ada anak kecil memang penat dan tidak cukup tidur. Jika ingin hamil semula pun mungkin pada tahun hadapan. Doktor memberitahu tidak ada masalah untuk saya hamil lagi tetapi wanita yang berusia 40-an ke atas berdepan dengan pelbagai risiko apabila hamil. Kita hanya merancang, andai rezeki diberi oleh Allah saya terima dengan hati terbuka

aaisyah Sama-samalah kita doakan agar Che Ta dan Zain dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua. Insya Allah kali ini baby boy pulak. Tahniah sekali lagi buat Che Ta dan keluarga. Semoga kehadiran Aaisyah akan terus menyerikan hidup anda. Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

52 responses to Aaisyah Dhia Rana Dilantik Duta Mothercare, Che Ta Ingin Hamil Lagi Tahun Hadapan

  1. Anonymous says:

    cara baby ni senyum mcm cheta le

    0

    0
  2. Melia says:

    Comel mcm tu, terima je tawaran jd duta atau model baby.
    Rezeki baby itu. Boleh simpan utk simpanan baby tu jgk.

    0

    0
  3. minoh jogho says:

    rzeki baby..tu la kawin dgn muka jawa,sape pon x nak buat model iklan..mroyan je lebih..

    0

    0
  4. kate middleton says:

    Tak sangka pula che ta nak aaisyah jadi ustazah.Yelah,kita judge che ta macam-macam..

    0

    0
    • anon says:

      Nak anak jadi ustazah, baguslah tapi maknya dah tua masih tak sedar diri… Gambar 1st tu dah nampak leher makcik ta berkedut….tapi tak nak tutup jugak. Perasan muda, anak sulong dah jadi anak teruna..

      0

      0
    • Zayn Malik says:

      Che Ta sendiri x pakai tudung, ada hati suruh anak jadi ustazah…

      0

      0
      • T.T says:

        Iman taqwa tak diwarisi.

        0

        0
      • Anonymous says:

        jgn nk kata dekat org sangat..apa2 pn suka mcm arwah syarifah aini..walaupn artis tp anak arwah seorang tahfiz…patut che ta buh nama anak Aaisyah…dalam maknanya…

        0

        0
  5. Anonymous says:

    Pengacara serius tak jeles keh. Woops.

    0

    0
    • anon says:

      Wat ape nak jealous….rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut semua dah ditentukan…. Kita pengomen ni takyah nak sakitkan hati org & menambahkan dosa..

      0

      0
      • Anonymous says:

        ckp pandai.abis komen ko duk kutuk org tu? babi sgt prangai…phuiiiii…anon,aku cam dh dgn ko,walau logo bertukat,walau nama lain3.ko anon yg fan nf tu kan..hahaha,..babi sgt

        0

        0
  6. mami jemah says:

    Hmm.. jangan jd ustazah mashitah dah le yekkk…
    Opsieeee .

    0

    0
  7. anon says:

    Baguslah, bukan anak che ta sorang je yg jadi duta masa baby. Anak betty banafe pun jadi duta pakaian baby jugak, cume tak dihebohkan je. Anak betty pun super cute jugak. Yelah anak2 melayu tulen mana boleh lawan anak2 mix ni. Anak Ning pun tersangatlah cute….hmm…bilalah nak bertemu jodoh dgn mat salleh ni..

    0

    0
    • Anonymous says:

      anon kuarga ko sume buruk2 ke? punyala byk org melayu yg lawa2 bole je lawan matsaleh..matsaleh pn lau tgok muka dorang dkt2, rmi je yg muka terlebih dose, mcm mulut n diameter muka terlbh bsr atau hidung trlbh2 tggi. Msng2 manusia ada lbh kurngnye. Xdinafikan biasanya yg mix babynya comel, tp bkn xde baby tulen yg trsgt cute sama level cute dgn baby cheta n baby betty. Byk je. Lau nk ikut yg sbnrnya, sume baby msng2 comel.

      0

      0
      • saya says:

        ada je anak pure melayu yang super comel. macam anak Tomok! ya ampunnnn…gerammm tengok dia..macam anak mix..bijak pulak tu..

        0

        0
      • Anonymous says:

        betul tu..aku n laki aku pure malay…ank aku comel dohhh…pegi mana semua org pandang ank aku…cuit2 ank aku..bodoh la mentality ko ni “anon”

        0

        0
  8. encik plow says:

    wahh..

    terbaiklah.

    nak hamil lagi.

    memang bersemangat waja. :)

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Alhamdulillah. Di doakan semoga beroleh apa yg dihajati

    0

    0
  10. liya says:

    Dulu ramai marah dgn awal&scha sbb selalu tayang anak, tapi bila anak che ta jadi duta. Org tak marah pon, haha.
    Semoga anak che ta jadi anak yg solehah dan jugak lara alana ??

    0

    0
  11. bam says:

    I alwayzz support youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    0

    0
  12. nara cantik macam anak dara says:

    biar wajah macam jawa
    asal ada iman di jiwa

    biar gemuk macam balak
    asal aurat tidak diselak

    biar kaya kerana usaha
    jangan kaya kerana rupa

    wajah jawa atau mat saleh
    iman jua dibawa ketemu ALLAH

    0

    0
  13. Asia Biz says:

    Moga Allah memberikan taifik dan hidayah kepada mereka sekeluarga dan menjadi model ikutan muslimin dan muslimat.

    Niat yang baik seeloknya disokong dan dipercepatkan. Perubahan perlu dibuat secara zahir dan batin :)

    Doakan yang terbaik untuk Che Ta dan Zain sekeluarga.

    0

    0
  14. doakan yang terbaik untuk che tah – kedaionlinemy.com

    0

    0
  15. Nek Bunga says:

    Buat majlis ISLAM – tapi pakai baju jarang TERDEDAH! Bilalah nak sedaq – demi anak-anak muda mu tu Cik Ta?!

    0

    0
  16. GST HARAM says:

    GST..Memang pekak….ITU naik,INI naik…lu semua jg so long
    ITU GST bodoh….

    0

    0
  17. warisan says:

    Cakap org jea kau tu buat dulu

    0

    0
  18. alamanda says:

    tak baik kutuk jawa. ingat klu bukan jawa cantik sangat ke? jawa pun ade yg lawa jugak

    0

    0