Baru-baru ini penerbit A.Aida telah dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)Â yang membawa gelaran Datuk yang diterima oleh beliau daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Walaubagaimanapun, ada pihak yang tidak mempercayai repustasi beliau untuk mendapat anugerah tersebut dan mendakwa A.Aida sebenarnya telah membeli gelaran Datuk tersebut.
Tidak mahu gosip itu berpanjangan, A.Aida telah tampil memberikan penjelasan bahawa beliau menerima gelaran tersebut atas sumbangan amal yang beliau lakukan sebelum ini. Malah, beliau juga tidak pernah tahu bahawa anugerah itu boleh dibeli.
Saya tidak membeli gelaran Datuk ini dan saya tidak tahu ianya boleh beli atau tidak. Apa yang saya terima ini berikutan sumbangan amal selama ini yang dilakukan tanpa pengetahun orang ramai.
Saya buka sekolah tahfiz atau bina surau tak perlu dihebohkan kepada media, atas perkara itu mungkin saya diberi pernganugerahan ini.
Mula menerima surat penganugerahan itu daripada Istana Pahang pada 16 November lepas, A.Aida bagaimanapun tidak mahu mengumumkan hal berkenaan kepada umum kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk.
Saya terima surat 16 November lalu tapi saya tidak hebohkan perkara ini kerana takut tidak jadi. Pada hari kejadian barulah saya beritahu kepada rakan-rakan terdekat.
Sekarang pun saya tidak umumkan dimana-mana laman sosial, bukan kerana saya tidak menghargai tetapi saya tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk.
Tambah A Aida, beliau enggan mengambil pusing dengan komen negatif masyarakat yang hanya mahu mencari silapnya sahaja.