(9 GAMBAR)Majlis Resepsi Ezlynn Dan Adam Turut Akan Ditaja Rafflesia

Hiburan

(9 GAMBAR)Majlis Resepsi Ezlynn Dan Adam Turut Akan Ditaja Rafflesia

Bagaikan satu trend pula majlis perkahwinan selebriti ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Mana tidaknya, ia juga boleh jadi satu bentuk promosi bagi produk pihak penaja, jadi sememangnya ramai pengeluar produk berminat untuk menaja pengantin selebriti dari hujung rambut hingga ke kaki. Rasanya setakat ini belum ada lagi pihak penaja yang mahu mengeluarkan belanja kerana suka-suka atau ‘ingin berbuat pahala’. Kalau pun ada, yang ingin berbuat pahala itu faktor sampingan sahaja.
PhotobucketPhotobucketUmum pasti masih ingat dengan majlis resepsi perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang ditaja oleh Rafflesia beberapa bulan lepas. Terdapat kontroversi yang timbul waktu itu tetapi nampaknya Rafflesia masih mahu menaja perkahwinan selebriti, dan yang terbaru mereka akan menaja majlis resepsi penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy. Majlis akan menampilkan gaun dan barangan kemas bernilai hampir RM 12 juta juga, katanya. Gambar-gambar ini diambil oleh REDPhotography sewaktu sidang akhbar majlis resepsi ini di Hotel Crowne Plaza, semalam.

Cuma kali ini Ezlynn dan Adam meletakkan syarat yang mereka juga akan terlibat dengan persediaan majlis (belajar dari majlis lepas mungkin). Akan ada bacaan doa dan surah Yassin, dan saudara-mara juga mahu disyaratkan boleh menghadiri majlis. Yalah, apalah ertinya majlis resepsi kalau saudara mara tak boleh hadir, kan?

Advertisement

Di samping itu, Neelofa yang terkenal dengan perniagaan Neelofa Heels nya itu akan merekabentuk kasut yang dipakai Ezlynn untuk majlis itu nanti. Gaun pengantin pula akan direka oleh Sya Syarini, Sharifah Mariam Syed Mohd akan mereka Tail dan Liza Azulkarnain pula mereka Veil. Gaun dan kasut akan bertatahkan mutiara hitam Tahiti dan mutiara putih Laut Selatan, dan harga gaun diberitahu akan mencecah RM 400,000. Barangan kemas dikatakan bernilai RM 3 – 4 juta manakala sebutir mutiara katanya mencecah RM 80,000.

Lord’s Tailor pula akan menyediakan sut untuk pengantin lelaki.

Kami sedang menanti kalau-kalau ada selebriti yang akan membuat majlis perkahwinan di KLCC dan akan memberitahu kos perkahwinan nya ialah RM 2.3 bilion (harga kos pembinaan KLCC). Kalau orang kritik, balas saja ‘kau hado’? Gitteewww!

Lagi 7 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Gambar-gambar yang cantik ini, kredit pada REDPhotography.

***

 Tarian Joget merupakan tarian rakyat (Folk Dance) yang telah diterima oleh semua golongan lapisan masyarakat Malaysia. Joget bererti menari atau bertandak dan joget juga merupakan salah satu genre tarian dalam kebudayaan Melayu.

 Kedatangan Portugis ke Melaka yang membawa tarian “Branyo” telah menjadikan joget diminati oleh masyarakat tempatan pada ketika itu. Joget juga dijadikan satu kemestian dalam majlis keramaian dan ditarikan secara berpasangan, berkumpulan dan beramai-ramai yang juga dikenali sebagai joget lambak atau “Cak Kun Cak”.  Pada kebiasaannya persembahan joget diiringi oleh alat-alat muzik Akordian, Biola, Rebana dan Gong. Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Joget 1Malaysia di Bukit Katil 16 Disember ini, hubungi 06 – 233 1790/ 233 1787.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...