Teringat kenangan Abang Nara ketika menjelang hari pernikahan dengan wife tercinta dulu. Hati nervous dan berdebar-debar. Pergi mana-mana mesti berlatih akad nikah je. Hehehe. Lagipun pengantin lelaki tak ada “bridal shower”, mandi bunga dan aktiviti sewaktu dengannya. Pengantin perempuan tak tahu la pulak Abang Nara. Tak sempat nak tanya dengan wife.
Apa pun menarik juga apabila melihat gambar-gambar sekitar majlis “bridal shower” yang telah dikongsikan oleh Zarema Zainal. Mengikut pemahaman Abang Nara, “bridal shower” ini lebih kurang macam nak celebrate bakal pengantin perempuan dengan rakan-rakan perempuan sahaja. Antara selebriti yang hadir ialah Nora Danish dan Betty Rahmad.
Tentu Zarema seronok berjumpa dengan rakan-rakan dan berborak sakan sebelum bergelar isteri kepada Aidil Zafuan. Lepas ini pasti sukar berjumpa sebab kena tumpukan perhatian kepada rumah tangga. Apa pun, tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi sebelum majlis pernikahan Zarema dan Aidil. Semoga semuanya berjalan lancar. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.