Written by Bella | November 20th, 2015

Hanya dengan sekali lafaz pelakon Shukri Yahaya telah sah bergelar suami kepada Tya Adnan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya pada jam 3.36 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dan berwakil walikan bapa Tya sendiri iaitu Ahmad Adnan Ishak.

Shukri  menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan jumlah mas kahwin mahupun hantaran kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Malah, Shukri tidak menerima sebarang tajaan buat majlis raja seharinya dan lebih selesa untuk menggunkan wang hasil titik peluhnya sendiri bagi perkahwinan beliau.

Pihak lelaki turut turut memberi tujuh dulang hantaran yang merupakan senaskah Al- Quran, set minyak wangi,telekung, beg tangan,set alat solek, kek dan sirih junjung.

Tya pula membalas dengan sembilan dulang hantaran yang mengandungi senaskah Al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan dan sireh junjung.

Lima tahun menyulam cinta sebelum bersatu sebagai suami isteri, Tya menyifatkan karakter Shukri yang lucu membuatkan beliau  tertarik dan merasa selesa dengan suaminya itu.

Majlis resepsi perkahwinan Shukri dan Tya pula akan diadakan esok di  di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong.

Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Shukri Yahaya dan Tya Adnan khas buat pembaca BeautifulNara dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Berita: mStar Online / Sumber Foto: Instagram Pepatungmy

21 responses to (8 FOTO) Tahniah Shukri Yahaya Sah Bergelar Suami Kepada Tya Adnan

  1. otak nara says:

    kualiti gambar failed…sah2 nara cedok kat page media hiburan…alahai otak nara

    0

    0
  2. Peminat Syukri says:

    Sama cantik sama padan Syukri & Tya..tapii…kenapa gambar last pipi tya mcm pelikkk..hihi..mekap cair ke…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    abang beduk

    0

    0
  4. mak c kina says:

    tahniah…semoga kekal bahagia hingga ke jannah

    0

    0
  5. tashalala says:

    syukri yahya nampak awet muda…tya kalau tgok kat insta, lagi sweet and cantik kot ..
    mekap kawen ni mcm tepung gomak…
    hilang terus sweet tu..
    bsememeh je picture last tu.huhuhuhu

    0

    0
  6. Anonymous says:

    apasal makin banyak iklan page si nara ni???

    0

    0
  7. Shhh says:

    abg nara kenapa lah page abg nara ni..serabut sgt..lepas tu mcm heng je nk bukak page abg nara..pg blog lain ok je..hensem lah tgk syukri ni..lelaki nak tahu hensem ke tak..bila tgk dia pakai baju melayu..mmg cair lah..hehehe

    0

    0
  8. Lara says:

    Kat masjid bergambar peluk2, yer mmg dah sah laki bini… tapi hormat la sikit masjid tu.

    0

    0
  9. ctz says:

    Selamat melayari bahtera rumah tangga.Tahniah

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Yeahhhh pakai tudong

    0

    0
  11. jemah jenol says:

    kenapa bila akad nikah je pakai tudung lepastu tudung tah ke mana…tak paham betul…sbb masuk masjid kena tutup aurat malu ke apa? habis tu sebelum2 ni x pakai tudung tak malu…pelik kan dari dulu slalu duk musykil tang ni je..hikhikhik…lantak le kome…tahniah..selamat pengantin baru.. :)

    0

    0
  12. Black says:

    Org melayu ni tak de komen lain ke? asal tgok gmabr artis mesti ada je nak tegfur especially pasal tudung lah, aurat lah, tak boleh itu lah, ini lah, tudung terbang lah. Cuba lah doakan yg baik2 kat dorang ni. Org berkahwin sebut lah baik2. Aku tgok kalau org bukan Islam kawin, baik2 je ucapan atau komen org kat caption tu.

    0

    0
    • makcik busyboda says:

      ko baru lahir ke dear. org melayu hasad dengkinya tinggi. bkn semua la, mcm aku ni positive thinking tp ni culture yg susah nk hilang. cuba bc sejarah melayu.

      0

      0
  13. shukri's admire says:

    Perfect ahh wedding korang .. I like !!! Hope korang dpat baby yg cute2 , yg ad lesum pipit ?? Hahahaha .. By the way , congratulation abg shuk .. Hihihihi

    0

    0