Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli yang sudah sah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Sunway Montana, Desa Melawati petang semalam.
Majlis berkenaan berlangsung dengan cukup indah sekali dan Amyra kelihatan begitu cantik dan anggun mengenakan busana berwarna putih. Amar juga cukup kacak dengan berpakaian kemeja berwarna putih sedondon dengan Amyra.
Amar dan Amyra bakal bernikah pada 11 November depan dan majlis persandingan pihak perempuan akan diadakan sehari selepas mereka disatukan sebagai suami isteri.
Majlis resepsi pihak lelaki pula bakal diadakan pada 19 November depan.
Semoga segala perancangan mereka untuk berkahwin dipermudahkan. Harapnya dalam tempoh bertunang ini mereka diberikan kesabaran dan toleransi.
Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan Amar Baharin dan Amyra Rosli dengan membaca entri ini sepenuhnya.