Petang tadi, pelakon dan jurulatih kecergasan iaitu Sharifah Sakinah telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Aliff Adha, seorang juruterbang. Majlis mereka berlangsung dalam konsep ‘garden wedding’, di mana Sakinah dinikahkan oleh bapanya iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari.

Menurut BH Online, Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada Aliff. Sakinah menerima tujuh pasang kasut jenama Adidas koleksi terbaharu dan Aliff pula diberi sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola. Sakinah bagaimanapun memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran dan mas kahwin.
Lagi 69 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Sharifah Sakinah.
Panggung Seni Tradisional 2015 kini kembali lagi dengan tujuh (7) kesenian tradisional yang akan diketengahkan pada kali…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 22 March 2015






















































