Written by shahzeeq | June 29th, 2016

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang adalah pusat membeli belah outlet yang semakin dikenali ramai. Untuk makluman anda, Mitsui Outlet Park ini terletak di pertengahan jalan ke KLIA dan klia2. Kelebihan Mitsui Outlet Park yang sering menjadi sebutan ramai ialah barangan berjenama yang dijual disitu adalah jauh lebih murah berbanding tempat biasa.

 photo pic1.png

Untuk Aidilfitri ini, macam-macam persediaan yang telah disediakan oleh Mitsui Outlet Park khas untuk para pengunjungnya. Selain daripada tawaran diskaun dan promosi kaw-kaw, ada 7 sebab yang meWAJIBkan anda mengunjungi Mitsui Outlet Park sempena Hari Raya kali ini.

1. Boleh dapat sampul duit raya ekslusif Mitsui Outlet Park

 photo pic2.png
Raya tinggal beberapa hari sahaja lagi tapi masih belum ada sampul raya? Ish, ish, ish. Tak payah kelam kabut nak minta mak ayah korang carikan. Hujung minggu ini, silalah ke Mitsui Outlet Park. Sambil bershopping, korang boleh dapatkan sampul duit raya ekslusif untuk digunakan di pagi raya kelak.

2. Ada persembahan tarian, dikir barat dan macam-macam lagi

 photo pic3.png

Selaku seorang lelaki, Abang Nara tahu betapa bosannya meneman sang isteri membeli-belah. Tapi kalau dah tempat shopping, selalunya tak ada aktiviti lain yang boleh dibuat atau disaksikan. Namun di Mitsui Outlet Park, ada persembahan tarian, dikir barat, buat teh tarik dan macam-macam lagilah. Biarkan bini anda shopping puas-puas sambil anda menikmati keindahan persembahan tradisional rakyat Malaysia.

3. Boleh belajar ikat sampin

 photo pic4.png

Budak-budak muda sekarang ini pagi-pagi raya sibuk nak suruh emak tolong ikatkan sampin (Abang Nara suruh bini). Raya tahun ini tunjukkan kematangan anda. Pergilah belajar ikat sampin daripada mereka yang pakar di Mitsui Outlet Park. Seronok kalau pergi dengan adik beradik dan kawan-kawan lelaki. Boleh gelakkan secara berjemaah bila sampin yang dipakai terlucut. Heheh.

4. Belajar menganyam ketupat

 photo pic5_1.png

Bayangkan tiba-tiba di malam raya anda dengan muka tenangnya pergi ke dapur nak menunjukkan skill menganyam ketupat kepada ibu mertua. Tak ke naik saham? Bila ditanya “kau belajar kat mana anyam ketupat nie?”, anda hanya tersenyum dan menjawab “Mitsui Outlet Park mak”. Mak mertua anda terus mengeluarkan arahan supaya semua menantunya pergi ke Mitsui Outlet Park tahun hadapan.

5. Ada aktiviti untuk kanak-kanak

 photo pic6_1.png

Budak-budak kalau ikut mak ayah shopping, pantang tak tengok je terus hilang daripada pandangan. Tu yang selalu ada pengumuman “kanak-kanak lelaki, berusia lebih kurang 4 tahun, memakai baju petak, diminta ibu bapanya hadir ke kaunter kanak-kanak hilang”. Bukan apa budak-budak nie memang cepat bosan kalau tak ada aktiviti. Di Mitsui Outlet Park, ada aktiviti mewarna, main congkak dan macam-macam lagilah untuk diorang. Confirm anda boleh shopping berjam-jam dengan tenang.

6. Boleh lukis karikatur wajah anda

 photo pic7_1.png

Abang Nara dah cakap memang banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Mitsui Outlet Park ini. Kalau anda dah belajar anyam ketupat, dah belajar pakai sampin serta dah tengok persembahan tetapi wife anda masih tak habis shopping, jangan risau sebab boleh buat karikatur wajah anda pula. Jangan lupa bawak anak-anak sekali untuk dilukis. Confirm diaorang suka tengok muka dalam bentuk kartun.

7. Shopping, shopping dan shopping

 photo pic8.png

Mitsui Outlet Park adalah syurga membeli-belah anda lebih-lebih lagi di Aidilfitri ini. Pelbagai jenama seperti Versace, Bally, Hugo Boss, Crocs, Bonia, Sembonia, Timberland dan Levi’s akan mendapat diskaun sehingga 90%. Siap boleh dapat wang tunai kembali (cash back) jika anda berbelanja sehingga RM300. Syok kan? Kalau nak lebih efektif, anda boleh tengok barangan yang termasuk di dalam promosi di laman web Mitsui Outlet.

Jadi hujung minggu ini, kalau anda masih membuat persiapan Aidilfitri dan inginkan kelainan, keseronokan dan penjimatan yang terbaik, bolehlah ke Mitsui Outlet Park untuk membeli-belah. Confirm puas hati punya. Abang Nara pun akan bawa anak bini hujung minggu ini. Selamat bershopping!!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 responses to 7 Sebab Anda Perlu Berkunjung Ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Sempena Aidilfitri Ini

  1. ira says:

    kat sini mmg best..murah pon murah

    0

    0
  2. kole susu says:

    Sebab Kelapan: Cina nak Raya jadi kena le kumpul duit yg Melayu belanja kat sini. Yg kuat belanja Melayu, Yg miskin Melayu, Yg berhutang Melayu tetapi yg kaya raya Cina

    0

    0
  3. Anonymous says:

    bodoh semata2 sampul raye

    0

    0