Dari dulu lagi, Abang Nara selalu sangat ternampak iklan 11street. Ada iklan di televisyen dan YouTube yang menampilkan Lee Min Ho (hensem betul mamat Korea nie). Lepas itu kat Facebook pun ramai yang bercerita pengalaman membeli di www.11street.my. Baru-baru nie masa Abang Nara jalan-jalan kat KL Sentral pun ternampak signboard 11street. Memang ada di mana-mana lah 11street nie.
Mula-mula memang nampak macam laman shopping online macam yang lain. Namun selepas menghabiskan kira-kira 2 jam membongkar segala isi www.11street.my, Abang Nara menjumpai 7 perkara yang sangat best tentang 11street. Meh sini Abang Nara kongsikan dengan anda semua:-
1. Shocking Deals – Lowest price guaranteed (jaminan harga terendah)!
Shocking Deals adalah cara untuk 11street memberikan para pelanggannya peluang untuk membeli belah tanpa sebarang stress. Pelanggan akan mendapat 110% pulangan balik 110% pulangan balik ke atas perbezaan harga dalam bentuk 11street kredit sekiranya menjumpai ada laman web utama lain yang menjual produk yang telah dibeli pada harga yang lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan dalam shocking deals.
Contohnya korang dah beli iPhone 6s di atas pada harga RM3,129 menerusi Shocking Deals 11street, tetapi tetiba esok lusa korang terjumpa ada laman web lain jual dengan harga RM100 lebih murah. Maka korang boleh dapat refund RM110 iaitu RM100*110%. Boleh faham kan penerangan Abang Nara nie?
Senang cerita harga produk yang ditawarkan menerusi Shocking Deals 11street nie memang tak akan ada laman web utama lain (contoh macam Zalora, Lazada dan lain-lain) yang lagi murah la. Sebab tue 11street berani buat offer macam nie.
Selain itu, di bawah Shocking Deals ada juga Shocking 11 di mana beberapa produk tertentu dijual dengan harga RM11 sahaja. Ada juga Shocking Bid di mana korang boleh bida bermula pada harga rendah dan bidaan yang paling unik akan bawa pulang produk tersebut. Best kan?
Ini adalah antara kelainan 11street yang paling awesome. Kalau korang peminat tegar Kpop, korang mesti suka Korean Street nie. Macam-macam produk dari Korea ada dijual di sini. Baju, pencuci muka, makeup, beg, alatan memasak, makanan, minuman dan macam-macam lagilah. Semuanya direct dari Korea.
3. Tawaran penghantaran percuma untuk kebanyakan produk
Siapa sini tak suka penghantaran percuma kan? Di 11street, ada tawaran penghantaran percuma atau dalam bahasa omputihnya, free shipping untuk kebanyakan produk. Kalau dapat free shipping, maknanya dah boleh jimat banyak dah. Sebelum buat sebarang pembelian, sila periksa terlebih dulu sama ada produk tersebut menawarkan free shipping. Berdasarkan pencarian Abang Nara, ada lebih 400,000 produk yang memberi tawaran ini. Dah cukup banyak dah la kan?
4. Kempen, promosi dan offer sepanjang masa
Siapa sini tak suka diskaun? Ish,ish,ish. Ada ke? Confirm la semua orang suka kan. Barang di www.11street.my dah la memang murah, ditambah lagi dengan diskaun. Selain itu ada juga kempen-kempen dan promosi-promosi yang sudah pastinya memberi peluang kepada para pelanggan 11street mendapatkan produk impian mereka. Nasihat Abang Nara, silalah selalu bukak website 11street sebab memang selalu ada promosi dan kempen yang super best. Contohnya sekarang nie ada kempen “11street Genie Tell Us Your Wish“. Abang Nara dah pilih dah wish Abang Nara. Harap-harap menang.
5. Daily Deals yang menarik setiap hari
Di www.11street.my, setiap hari akan ada “Daily Deals” yang sangat-sangat menarik. Contohnya hari ini (Rabu 7 Oktober 2015), “Daily Deals” yang ditawarkan adalah untuk alat perkakas rumah. Apa yang lagi best tentang “Daily Deals” ini adalah ada kupon diskaun macam dalam gambar di atas. Namun kupon ini adalah terhad jadi siapa cepat dia dapat. Maksudnya setiap hari korang kenalah bukak 11street untuk tengok “Daily Deals” yang ditawarkan.
6. Ada applikasi 11street untuk mobile
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, tak sah kalau tak ada applikasi mobile untuk produk anda. Abang Nara dah download dah applikasi 11street. Sambil-sambil makan tengah hari kat luar, boleh bukak phone tengok apa promosi yang sedang ditawarkan. Lepas itu selalu ada notification dihantar bila ada promosi best. Jadi kita tak akan terlepas peluang. Satu tips, kadangkala promosi di applikasi 11street adalah berbeza dengan di website. Jadi memang wajib download app ini. (cari “11street” untuk Android dan iPhone”.
7. Sistem grade pembeli dan ganjaran yang awesome!Â
Semakin banyak kita membeli, semakin banyak kelebihan yang akan diperolehi melalui sistem grade pembeli 11street ini. Tengok tue berapa banyak kupon yang boleh kita dapat. Itu belum kira point ganjaran yang diberi bila grade kita meningkat. Senang cerita, makin banyak yang kita spend di www.11street.my, makin banyaklah penjimatan yang bakal dilakukan. Terbaik kan?
Abang Nara cerita banyak-banyak pun tak guna, korang kena layari sendiri www.11street.my dan rasai sendiri kehebatan, perbezaan dan kelebihan laman web membeli-belah ini. Abang Nara dah buat beberapa pembelian dan sedang dalam proses menunggu ketibaan barangan tersebut. Nanti dah sampai Abang Nara akan share dengan anda semua. Selamat membeli-belah di 11street!!!