Pergh~~ Meriah, cantik dan awesome sangat-sangat majlis pertunangan Sarimah Ibrahim dan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang lebih mesra dengan nama Jamie. Majlis serba indah ini telah berlangsung di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Sarimah kelihatan sangat cantik berseri-seri di hari bahagianya itu.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah sepakat memilih tarikh 2 April 2015 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Abang Nara suka mendengar kata-kata Sarimah Ibrahim di bawah ini yang memang tepat dan jitu:-
Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah.
Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti
Memang benar manusia sentiasa berubah dan tiada manusia yang sempurna. Kita berkahwin untuk melengkapkan diri dengan pasangan masing-masing. Semoga segalanya berjalan lancar buat Sarimah dan Jamie sehingga hari pernikahan kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: Proton Iriz Active yang memukau