Written by AbangNara | June 21st, 2017

Pulau Bali yang terletak di Indonesia merupakan salah satu destinasi percutian luar negara yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Terkenal dengan keindahan alam yang mempesonakan di samping keunikan budaya yang lain daripada mana-mana tempat di Indonesia, tidak hairanlah ramai yang telah melancong ke Bali berkali-kali. Malah ada yang menjadikan Bali sebagai tempat wajib lawat setiap tahun. Itulah kehebatan pulau penuh keunikan ini.

bali airasia

kuil di Ulun Datu Beratan yang cukup popular di kalangan para pelancong

Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke Bali selepas Hari Raya Aidilfitri kelak, Abang Nara ingin berkongsi 7 aktiviti yang boleh anda lakukan ketika melawat pulau ini.

1. Berenang dengan ikan lumba-lumba
bali airasia

Abang Nara pasti ramai yang tidak tahu bahawa kita boleh berenang bersama ikan lumba-lumba di Bali. Perkhidmatan ini kini semakin popular dan menjadi tumpuan di kalangan pelancong. Selain berenang bersama ikan lumba-lumba, aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama si comel ini ialah memberi makan, mencium serta mendapat urutan “manja” darinya. Ini pasti akan menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang hidup anda.

2. Berehat di kolam renang “infinity”

bali airasia

Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, Abang Nara cadangkan menempah hotel yang mempunyai kolam renang infinity atau dalam bahasa omputihnya, “infinity pools”. Anda akan dapat berehat, menenangkan minda dan me”relax”kan badan di dalamnya sambil melihat pemandangan yang memukau. Untuk makluman, ada banyak hotel yang menyediakan “infinity pools” di Bali. Jadi anda ada banyak pilihan.


3. Mencuba “flyboarding” di Nusa Dua

bali airasia

Anda seorang yang suka melakukan aktiviti lasak dan mencuba sesuatu yang baru? “Flyboarding” di Nusa Dua ini pasti akan membuatkan anda teruja. Bayangkan diri anda terbang di atas air seperti di dalam gambar di atas. Berdasarkan review yang Abang Nara baca, sekali dah cuba, confirm nak buat lagi 2,3 kali. Memang seronok sangat-sangat.


4. Menjamu selera di gunung berapi

bali airasia

Bayangkan anda menikmati pisang goreng dan kopi Bali sambil menikmati pemandangan gunung berapi di Gunung Batur. Adakah ia agak menakutkan? Sebenarnya, aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti “wajib” para pelancong yang melawat Bali. Malah ada restoran seperti Madu Sari Restaurant yang menyediakan makanan buffet untuk mereka yang meluangkan masa di sini. Anda pasti akan tercengang melihat keindahan pemandangan Gunung Batur sambil menikmati makanan anda.

5. Menikmati “sunset” di Pantai Tegal Wali

bali airasia

Sekiranya anda melancong ke Bali bersama isteri tercinta, apa kata luangkan sedikit masa untuk bersama-sama menikmati saat romantis melihat matahari terbenam di Pantai Tegal Wali. Pemandangannya memang memukau. Sambil-sambil itu bolehlah bercerita mengenangkan kembali detik-detik pertemuan, detik-detik perkahwinan serta saat-saat manis sepanjang anda bersama. Confirm anda akan jatuh cinta sekali lagi dengan si dia.

6. Menjamu selera di atas sawah

bali airasia

Salah satu restoran yang terkenal di Bali ialah Pomegranate & Sardine. Selain daripada kelazatan makanan yang disediakan, keunikan restoran ini ialah kerana ia terletak di atas sawah padi di Seminyak, Bali. Sambil menikmati makanan, anda boleh melihat pemandangan sawah padi hijau yang luas terbentang. Jiwa anda pasti akan “relax’ dan tenang meluangkan masa di sini.

7. Melihat keunikan ‘Kecak Dance’

bali airasia

Sekiranya anda menjejakkan kaki ke Uluwatu, Bali, pastikan anda tidak terlepas untuk melihat keunikan tarian tradisional mereka yang dikenali sebagai “Kecak”. Jutaan pelancong telah terpegun, terkesima dan terpaku melihat kehebatan tarian dan muzik yang menggabungkan unsur api dan cerita dongeng yang cukup menghiburkan.

Fuh amcam banyak kan aktiviti ‘awesome” yang boleh dilakukan di Bali? Ini baru sikit Abang Nara kongsikan. Banyak lagi yang anda boleh terokai sekiranya anda melancong ke Bali bersama AirAsia yang sedang mengadakan promosi harga RM169 (all in fare). Untuk makluman, AirAsia terbang 8 kali sehari ke Bali dari Kuala Lumpur. Maksudnya memang Bali nie best sangat-sangat dan menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka.
airasia baliJadi tunggu apa lagi? Dengan AirAsia, anda boleh terbang ke Bali hari ini sehingga 23 November 2017 dengan hanya RM169 (all in fare – one way) sekiranya anda melakukan TEMPAHAN SEKARANG di www.airasia.com. Harga “special” ini akan tamat pada 25 Jun ini. Kalau anda merancang untuk terbang bersama orang tercinta, Abang Nara sarankan tempah “premium flatbed” untuk lebih keselesaan. Romantik pun romantik juga. Cuma RM599 sahaja (all in fare – one way). Jangan lupa untuk melakukan 7 aktiviti “awesome” yang telah Abang Nara kongsikan di atas apabila anda menjejakkan kaki ke sana. Maklumat lanjut layari www.airasia.com.

9 responses to 7 Aktiviti Awesome Di Bali Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui

  1. Cupcake says:

    Di mana Aries April,tyra bank,transformer,eclipse, saraa, zaza, ain dan member2 tahun 2009-2011 yg dulu?? Anda sume guna lg x blog ni?? korang awesome!

    0

    0
  2. Ros says:

    Apelah yang ada kat tempat Hindu kuat ni. Baik pegi Kerala, dah confirm2 sama je level kesyaitonan sama.

    3

    1
  3. sri wangi says:

    Hati2 dengan makanan dorang.. tak semua yg ada ayat quran tu halal.. kalo nak mkn yg betul2 halal, Mc D & makanan padang yg besar2. Yg kecik tu byk orang hindu atau batak yg bukan islam. Wallhua’lam

    1

    0
  4. anon says:

    Hmm….pass, tak menarik langsung. Buang masa & duit je…

    1

    0
  5. Kudakayu says:

    Tanah bala tunggu nak kena bencana alam je banyak sangat patung pemujaan…

    0

    0
  6. melati says:

    tak kisah lah Cantik ker tidak….yg saya Kesian kan Minah RM50 juta ni (Neelofa)…VISA pun sangkut tk dpt lah nk tgk Benda2 Cantik kt Obersi…wakakakaakakakakakakakakaa…Niaga juta2 tapi VISA pun sangkut…..hmmmm

    0

    0

Leave a Comment

Optional