6 Kesimpulan Daripada Video “Conversations Over Coffee”

Hiburan

6 Kesimpulan Daripada Video “Conversations Over Coffee”

Abang Nara baru sahaja selesai menonton sebuah video YouTube berdurasikan 16 minit 32 saat hasil karya JinnyBoy. Abang Nara memang video-video yang dihasilkan oleh JinnyBoy. Hampir kesemua videonya kelakar dan boleh menghilangkan stress. Namun video “Conversations Over Coffee” ini adalah dalam genre serius namun mempunyai mesejnya yang tersendiri.

Banyak pengajaran yang Abang Nara boleh simpulkan daripada video ini. Antaranya ialah:-

Advertisement

1. Teknik mengorat orang seni sangat berbeza

picanto

Kalau orang biasa mengorat, antara caranya ialah letak nombor telefon atas kertas, minta Facebook atau minta kawan tolong sampaikan salam, teknik orang seni sangat berbeza. Bukan semua orang boleh buat lukisan atas secawan kopi. Bila si awek tengok, pasti sedikit sebanyak hati akan cair jugak.

2. Lelaki kena berani untuk luahkan perasaan

Abang Nara bengang jugak dengan watak si hero dalam video ini. Lembap sangat nak luahan rasa cintanya kepada si awek. Sebagai seorang gentleman, kenalah berani. Jangan mengorat 3,4 bulan tanpa bagi hint atau meluahkan perasaan cinta. Kalau lambat sangat, nanti si dia kena rampas dengan orang lain. Tak gitu?

3. Wanita sukakan lelaki yang berikan perhatian terhadapnya

picanto

Dunia moden sekarang ini menyaksikan manusia lebih menghabiskan masa dengan telefon masing-masing. Awek depan mata pun taknak pandang. Berborak apatah lagi. Ini memang satu gejala yang tidak sihat. Awek/isteri/wanita/kawan perlukan seseorang untuk bercerita dengannya. Jadilah lelaki itu dan jangan jadi lelaki yang pandang telefon anda sahaja.

4. Kia Picanto yang baru memang awesome

picanto
Si awek di dalam video ini memandu kereta Kia Picanto. Memang perempuan sangat sesuai dengan Kia Picanto yang praktikal dan banyak ciri-ciri yang ada di dalam kereta sedan Ada start/stop button lagi. Rekaannya pun menarik. Paling penting senang nak masuk parking. Selalu kan perempuan kalau nak parking ambil masa berpuluh-puluh minit. Saiz Kia Picanto yang moden memudahkan lagi proses tersebut terutamanya untuk kaum wanita.
picanto
Abang Nara suka dengan ciri-ciri yang dilengkapi bersama Picanto baharu ini antaranya, lampu hadapan projektor auto serta lampu LED pemanduan waktu siang, kombinasi lampu belakang LED, stereng yang dilengkapi butang kawalan audio dan bluetooth. Selain itu dari segi keselamatan, ada enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), serta Kawalan Bantuan Pendakian Bukit (HAC). Power kan Kia Picanto 2013 ini?

5. Soundtrack video ini dinyanyikan oleh Hey Mun

picanto

Abang Nara ingatkan Yuna yang menyanyikan lagu di dalam video ini. Rupa-rupanya penyanyi yang berbakat besar ini ialah Hey Mun. Hey Mun berasal dari Petaling Jaya namun kini menetap di Sydney pernah memenangi pertandingan muzik di Amerika Syarikat. Lagu nyanyiannya dalam video ini memang sedap didengar.

6. Kalau dah jodoh, pasti akan ketemu jua

Perpisahan hanya sementara dan akan mengajar kita untuk menjadi lebih matang sehingga pertemuan sekali lagi terjadi. Walau terpisah sejauh mana pun, kalau dah tertulis jodoh kita dengan si dia, pasti akan ketemu jua. Abang Nara suka adegan pertemuan kembali si wanita dan si lelaki dalam video ini. Klasik!!!

Banyak pengajaran yang Abang Nara boleh simpulkan daripada video ini. Antaranya ialah:-
Sila tonton video ini dan kongsikan pendapat anda mengenainya. Jangan lupa ada tisu kat sebelah kot-kot air mata mengalir. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...