Rasa seronok pula melihat gambar Zizie Ezette yang turut sama turun padang membantu suaminya, Bung Mokhtar berkempen untuk PRU13. Memang jelas kemeriahannya. Abang Nara pun kalau ada kesempatan nak juga merasai sendiri kehangatan kempen pilihanraya kali ini.
Menarik juga apabila Zizie Ezette berkongsi pengalamannya menerusi Mstar Online:-
Saya mengaku, selepas penamaan calon pada Sabtu lalu, saya hanya tidur dalam masa empat atau lima jam sahaja kerana saya perlu membantu suami untuk berkempen. Percaya atau tidak semasa hari penamaan calon, ketika suami berada di dalam dewan, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendekati saya yang berada di luar. Saya mengambil kesempatan itu untuk meminta mereka agar terus memberi sokongan kepada suami dan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya ini. Mudahlah bila isteri dan suami sama-sama popular
Bukan senang mahu turun padang ke pedalaman untuk bertemu penduduk-penduduk Kinabatangan. Memang pemimpin berjiwa rakyat sungguh Zizie Ezette dan suaminya. Semoga keputusan undian nanti akan memihak kepada pihak yang benar-benar layak. 4 lagi gambar Zizie Ezette dengan membaca entri ini sepenuhnya.