Selesai sudah. Hanya dengan sekali lafaz, Memey Suhaiza kini sah bergelar isteri kepada Norman Hakim. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua.  Pada majlis tersebut, Memey menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran. Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.
Abang Nara suka tengok gambar majlis pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Cantik-cantik baju dan hantaran yang digubah. Semoga perkahwinan ini bakal menamatkan segala kontroversi yang melanda kita. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka berdua.
Lagi 49 gambar pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Nantikan gambar majlis persandingan mereka berdua tidak lama lagi.
Kredit gambar kepada Mstar, OhBulan dan Annas Easkey.