5 Tempat Best + Hotel Awesome Untuk Sempurnakan Percutian Anda

Hiburan

5 Tempat Best + Hotel Awesome Untuk Sempurnakan Percutian Anda

Bercuti. Semua orang mahu bercuti. Tetapi nak mendapat satu percutian yang best dan sempurna amatlah susah. Penat otak nak brainstorm tempat holiday yang best, nak book tiket kapal terbang yang berbaloi, nak pilih hotel yang best dengan harga berpatutan, nak plan aktiviti dan macam-macam lagilah. Memang serabut dibuatnya.

Advertisement

Jadi untuk memudahkan anda yang teringin pergi bercuti tetapi tak berapa rajin nak merancang/membuat kajian, Abang Nara senaraikan 5 tempat percutian yang best beserta dengan hotel awesome di situ khas untuk anda semua!!! Siap dengan harga sekali. Anda tinggal tekan klik nak beli je. Inilah senarainya:-

PENTING (Baca ini dahulu): Semua tawaran yang Abang Nara kongsikan ini adalah dari laman web www.airasiago.com.my yang sah sehingga 27 Ogos ini untuk percutian bermula hari ini sehingga 31 Disember 2017 kelak. Jadi anda bertindak cepat sebelum tawaran awesome ini tamat. Selain itu ada juga diskaun sebanyak RM100 menggunakan diskaun kod “GETRM100” dengan pembelian minimum RM1000.

1. Langkawi + Hotel

Pantai yang indah, suasana yang happening, banyak tempat bersejarah untuk dilawati, ada cable car yang best dan makanan yang sedap-sedap, percutian ke Langkawi pastinya tidak akan mengecewakan anda. Yang penting jangan lupa bawak sunblock. Kang terbakar kena terik matahari.

confirm rileks satu badan dapat berendam dalam swimming pool favehotel Cenang Beach Langkawi ini

Bermula dari RM576 setiap seorang, anda boleh mendapat tiket pergi balik Air Asia ke Langkawi beserta penginapan 2 malam di hotel-hotel di Langkawi. Memang berbaloi-baloi. Nak tambah berbaloi, masukkan kod “GETRM100” untuk diskaun sebanyak RM100 apabila membuat tempahan di www.airasiago.com. Boleh bawak anak bini bercuti dengan harga rendah macam nie. Tak gitu?

2. Krabi, Thailand + Blue Andaman Lanta Resort

Sekiranya anda teringin bercuti ke luar negara, cadangan pertama Abang Nara ialah merasai keindahan semulajadi pulau-pulai di Krabi, Thailand. Abang Nara dah pernah pergi. Memang terkesima dibuatnya. Airnya amatlah jernih sampai nampak ikan berenang depan mata. Kalau anda suka island hopping, Krabi memang tempatnya. Confirm puas hati.

Jimatkan percutian anda dengan membeli tiket kapal terbang ke Krabi dan hotel bertaraf 3 bintang Blue Andaman Lanta Resort di www.airasiago.com pada harga RM523 seorang. Ini adalah untuk penginapan 3 malam tau. Memang offer ini tengah laku macam pisang goreng panas. Siapa cepat dia yang dapat. Jangan fikir lama-lama.

P.S: Sekali lagi jangan lupa masukkan kod diskaun “GETRM100” untuk penjimatan yang lebih.

 

3. Taipei , Taiwan + Hotel dari RM864 seorang

hotel sebelah pantai. Apa lagi korang nak? Takkan tak teruja kot?

(keindahan bandar Taipei yang memukau)

Sekiranya anda tidak pernah menjejakkan kaki ke Taipei, Taiwan, ini adalah peluang terbaik untuk anda ke sana dengan bajet bermula dari RM864 seorang. Taipei cukup terkenal dengan bangunan Taipei 101, National Palace Museum, Longshan Temple dan banyak lagi. Taipei juga adalah muslim friendly jadi senang nak cari makanan halal.

Tawaran kapal terbang dan hotel dari www.airasiago.com untuk percutian ke Taipei juga amat menarik. Dengan bajet sekitar RM864 seorang, anda boleh terbang dan meneroka bandar Taipei selama 3 malam dengan menginap di hotel pilihan anda. Tengok bajet anda macam mana. Jangan lupa untuk gunakan kod diskaun “GETRM100” untuk kurangkan lagi perbelanjaan anda sebanyak RM100 ketika membuat tempahan. (last day ialah 27 Ogos ini so kena cepat)

4. Bandung + hotel RedDoorz @ Dago Asri

Bandung sememangnya dikenali sebagai syurga membeli-belah, lebih-lebih lagi untuk bakal pasangan pengantin baru. Orang kata kalau balik dari Bandung confirm beg bagasi bertambah satu daripada asal sebab banyak sangat barang yang dishopping ketika berada di sana. Boleh kelabu mata dibuatnya, lebih-lebih lagi dengan harga begitu murah apabila diconvert ke RM. Tak shopping memang tak sah.


(puas hati shopping kat Bandung. Macam-macam ada)

Hotel RedDoorz @ Dago Asri ini adalah salah satu daripada puluhan kombinasi hotel dan tiket kapal terbang Air Asia yang ditawarkan di www.airasiago.com. Berbaloi-baloi sangat untuk percutian selama 3 malam. Fuh!!! Boleh shopping sampai lebam sambil merehatkan diri.

6. Seoul + 53 hotel Insadong

Last but not least, sekiranya anda peminat Kpop, peluang untuk terbang dan berjalan-jalan ke Seoul Korea pada harga tak masuk akal ini tidak boleh dilepaskan. Anda boleh pergi Namsan Tower, Myeong Dong, Gangnam, Dongdaemun dan juga Nami Island. Abang Nara berani jamin percutian anda ke Seoul akan menjadi percutian terindah dalam sejarah hidup anda.

Untuk percutian selama 3 malam dan juga kapal terbang, setiap seorang hanya perlu membayar RM1,382 sahaja. Hotel yang ditawarkan ini pula terletak di Insadong. Memang lokasi yang amat strategik. Berdekatan dengan semua tempat. Nak tambah berbaloi, masukkan kod “GETRM100” untuk ekstra diskaun RM100 ketika membuat tempahan di www.airasiago.com . Jangan lupa makan kimchi sebanyak mungkin ketika berada di Seoul.

Bukan setakat 5 lokasi ini sahaja yang ada promosi kaw-kaw awesome dari AirAsiaGo. Banyak lagi sebenarnya yang boleh korang cekidaut di www.airasiago.com Hong Kong ada, Sydney Ada, Bintulu ada, Johor Bahru ada. Semuanya dikombokan dengan hotel dan tiket kapal terbang. Harganya berbaloi yang amat. Ditambah pula dengan kod diskaun “GETRM100” seperti gambar di atas. Tak beli memang rugi.

Sekiranya anda dah ada tiket kapal terbang dan nak book hotel sahaja, boleh juga dapatkan diskaun 10% dengan menggunakan kod diskaun “ILOVEMY”. Hanya boleh digunakan untuk tempahan menerusi applikasi AirAsiaGo. So jangan lupa download app tue. Banyak tue 10% diskaun.

P.S: Berikut ialah tempat korang kena masukkan kod voucher diskaun sebagai rujukan.

1. Untuk pembelian menerusi komputer (kupon “GETRM100”)

2. Untuk pembelian hotel sahaja menerusi applikasi AirAsiaGO (kupon “ILOVEMY”)

Jangan lupa untuk lihat senarai-senarai hotel yang tidak terlibat di dalam promosi hebat ini di sini sebelum membuat tempahan penginapan. Maklumat lanjut layari www.airasiago.com. Selamat bercuti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...