Ketika belajar di Korea dulu, Abang Nara memang menyimpan niat untuk pergi melancong ke Tokyo. Namun atas kesuntukan masa dan kekurangan wang, niat suci murni itu gagal direalisasikan. Sedih memang sedih, tetapi hasrat untuk melihat keindahan bandar Tokyo tidak pernah padam. Ia sentiasa tersemat di lubuk hati yang paling dalam.
Niat Abang Nara untuk melancong ke Tokyo kembali membara selepas berlangsungnya Matta Fair di PWTC pada hujung minggu lalu. Walaupun Abang Nara tak dapat hadir kerana ada majlis perkahwinan adik tercinta, kawan Abang Nara berjaya menceritakan kemeriahan Matta Fair dengan begitu terperinci sekali. Dengan ratusan tawaran pakej pelancongan dan tiket kapal terbang, ribuan pengunjung telah membanjiri Matta Fair. Antara ruang yang telah mencuri perhatian para pengunjung ialah negara matahari terbit, Jepun.
Jepun ini memang terlalu banyak tempat untuk dilawati. Namun kalau tak pergi ke Tokyo, maka tak lengkaplah lawatan anda ke negara Jepun. Selepas menghadiri Matta Fair tersebut, kawan Abang Nara berjaya rumuskan 5 sebab kita perlu melawat Tokyo tahun ini juga.
1. Penduduknya yang teramatlah sopan santun
Yang ini rasanya tidak perlu diperkatakan lagi. Satu dunia tahu betapa sopan santunnya rakyat Jepun termasuklah penduduk Tokyo. Kalau terlanggar bahu kita, siap tunduk-tunduk minta maaf. Kalau kita tanya jalan ke tempat tertentu, confirm akan dipastikan kita sampai ke tempat itu. Kadar jenayah pun antara yang terendah di dunia. Abang Nara berani jamin anda akan rasa selesa dan selamat di Tokyo.
2. Makanan halal amat mudah didapati
Selaku orang Islam, sudah pasti kita mahu memastikan makanan yang masuk ke dalam perut kita adalah halal. Walaupun bukan negara Islam, amat mudah untuk memperolehi makanan halal di Tokyo. Siap ada applikasi smartphone untuk memudahkan kita mencari restoran halal di Tokyo. Jadi tak perlu risau kelaparan di Tokyo.
3. Sistem pengangkutan yang teramatlah efisien
Tahap kecekapan sistem pengangkutan Tokyo sudah terkenal seantero dunia. Kalau train dijangka datang 10.30 pagi, memang pukul 10.30 pagi akan sampai train tersebut. Bukan 10.31, bukan 10.32 atau ataupun 10.29. Memang sharp on time. Ini memudahkan kita selaku pelancong untuk merancang perjalanan. Lagi best, kesemua tempat-tempat pelancongan, bandar-bandar wajib lawat dan yang sewaktu dengannya boleh dilawati dengan menggunakan train.
4. Bandar Shibuya yang happening sampai pukul 3 pagi
Kalau dah ke Tokyo, tak lengkap rasanya kalau tak singgah ke Shibuya. Inilah antara tempat paling happening untuk melihat budaya terkini, shoppping sakan dan melihat kemodenan Tokyo. Shibuya dibuka setiap hari sampai jam 3 pagi. Jadi boleh lepak sampai lebam. Sekiranya anda seorang wanita, Abang Nara jamin anda mesti suka Shibuya. Jangan sampai rambang mata dan tak nak balik sudahla.
5. Tokyo Disneyland
Tak perlulah Abang Nara ceritakan lagi keseronokan Tokyo Disneyland yang merupakan antara Disneyland terbesar di dunia. Bukan budak-budak je yang akan suka, mak bapak budak pun tidak dapat mengawal diri sebaik sahaja masuk ke taman tema ini. Daripada tips yang diberikan, dicadangkan agar jangan pergi ke Tokyo Disneyland di hujung minggu. Kalau tak habis masa beratur je.
Amcam teruja tak nak pergi Tokyo? Abang Nara terasa nak book tiket pergi sana hari ini juga. Untuk lebih memudahkan dan menyenangkan anda, Abang Nara nasihatkan anda ambil pakej percutian ke Tokyo bersama mana-mana agen pelancongan. Mereka pasti pakar bab-bab Tokyo ini. Biasanya, dengan menggunakan agen pelancongan, anda memang tak perlu risau tentang tiket, tempat tinggal, makanan, tempat nak gi lawat, tukang translate dan sebagainya, semua setel. Syok kan?
Untuk maklumat lanjut, layari GoTokyo.org. Arigato gozaimas!!!