Written by AbangNara | June 8th, 2015

Zaman sekarang ini, dengan kemudahan Internet yang ada, tak boleh tidak mesti setiap hari kita akan update status Facebook, muatnaik gambar di Instagram dan berWhatsApp group tanpa henti. Orang kata kalau tak makan nasi tengah hari pun tak apa, asalkan boleh main Internet. Kalau yang jenis ketagih, tangan kanan suap nasi, tangan kiri pegang handphone tengok Facebook. Fuh!!!

klik dengna bijak

nie dah ketagih tahap gaban nie

Di Malaysia, ada beberapa perkara yang sering dilakukan oleh pengguna Internet yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Ada sesetengah tue berkongsi maklumat yang terlampau banyak (oversharing) sehingga boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan orang tersayang. Meh sini Abang Nara bagi contoh.

1. Check in lokasi

Kalau korang tengok kat Facebook, mesti ada kawan-kawan yang selalu check in lokasi. Contoh macam “Tengah makan-makan di Restoran Sambal Hijau”. Kalau tempat best, selalunya akan muat naik gambar sekali. Yang ini okay tak bahaya. Yang bahayanya bila kita check in di rumah/tempat tinggal/tempat sunyi dan tulis “dah kat rumah dah, malam nie tak ada orang. Saya tinggal sorang je”. Siapa tulis alamat penuh lagi.

Kalau ada orang jahat/pencuri/perompak yang baca status ini, tak ke mereka akan menjadikan kita sebagai mangsa? Senang sangat kerjanya. Alamat rumah dah tahu, lepas tue duduk sorang-sorang pulak. Memang mengundang bahaya betul. Orang kata memudahkan kerja si orang jahat pulak.

2. Kongsi maklumat peribadi

Yang ini tersangatlah bahaya. Abang Nara cukup marah bila orang share nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nama emak dan maklumat-maklumat peribadi yang lain. Kalau yang lagi over siap share gambar kad pengenalan lagi. Pergh!!! Ini memang berbahaya. Semua informasi ini boleh digunakan oleh orang lain untuk buat loan bank ke, pinjam along ke, buat akaun palsu dan macam-macam lagilah. Itu yang tiba-tiba kita baca ada kes tak pernah beli kereta tiba-tiba datang surat dari bank cakap loan dah tertunggak 3 bulan. Sebab oversharing macam nielah.

3. Share semua jenis berita tanpa buat penyelidikan

Ini selalu terjadi di Facebook dan Whatsapp. Kalau kat Facebook tue asal nampak tajuk menarik je, terus tekan butang share. Tak baca pun dulu isi kandungannya. Entah betul ke tak. Yang penting share je terus. Konon concern dan sentiasa up to date dengan perkembangan terkini. Padahal berita palsu.

Kalau kat Whatsapp plak jenis yang suka-suka forward mesej. Stress juga Abang Nara dibuatnya. Masalahnya kebanyakan forward mesej tue memang tak betul. Tambah masalah lagi, Abang Nara baca sekali je mesej tue dah tau mesej palsu/menipu/rekaan. Tapi tetap ada juga yang share. Tak tahulah tak ada common sense atau memang hobi diorang suka forward mesej.

4. Terlebih kongsi gambar-gambar peribadi

kdb

Abang Nara kadang-kadang buat yang ini terutama bila melibatkan bab gambar anak. Memang Abang Nara suka upload gambar Aariz dan Arissa. Tapi sekarang ini Abang Nara tengah cuba kurangkan. Dunia Internet ini macam-macam jenis orang ada. Ada yang suka tengok gambar kanak-kanak dan berfantasi lain macam. Orang panggil pedophilia. Takut plak kalau gambar anak sendiri jadi mangsa.

5. Update status yang sepatutnya dipendamkan dalam hati

Korang pernah tak jumpa kawan yang super annoying semua benda nak cerita kat Facebook? Fuh!!! Abang Nara memang tak tahan sungguh lebih-lebih bila berkaitan dengan kehidupan peribadi mereka. Gaduh laki bini pun nak share kat Facebook ke? Tak puas hati dengan kawan baik pun nak luah perasaan kat Facebook ke? Apa kata jumpa face to face dan setelkan. Tak ada selesainya masalah kalau tulis kat FB tue. Lagi makin teruk adalah. Lepas tue satu dunia pun tahu masalah yang sedang korang hadapi. Malu beb!!!

Banyak lagi sebenarnya ‘oversharing’ yang dilakukan oleh pengguna Internet di Malaysia ini (termasuklah Abang Nara). Kadang-kadang kita buat benda itu tanpa sedar. Sebab itulah Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC) telah mewujudkan kempen Klik Dengan Bijak untuk melahirkan pengguna Internet Malaysia yang bertanggungjawab, bermoral dan selamat. Menarik juga perkongsian yang sering dilakukan di www.klikdenganbijak.my dan Facebook Klik Dengan Bijak. Pelbagai tips, informasi dan peringatan diberikan.
kdb

Selaku penulis blog, Abang Nara juga bertanggungjawab untuk menulis fakta dan tidak mengeluarkan fitnah yang mampu merosakkan kerjaya seseorang selebriti. Abang Nara sedang berusaha lagi ke arah itu. Kadangkala ada juga yang terlepas pandang. Sebab itulah Abang Nara sayang pembaca BeautifulNara. Ramai yang hantar email menegur diri ini. Namun khas untuk mereka yang sering mengomen di sini, sila pastikan komen anda bijak, tidak memaki hamun, kata-kata yang ditulis positif dan tiada unsur fitnah. Dalam erti kata lain, komenlah dengan bijak.kdb

Jom kita sama-sama jadikan Internet di Malaysia ini satu enviroment yang selamat, seronok dan menggembirakan. Klik dengan bijak hari ini juga ke www.klikdenganbijak.my dan Facebook Klik Dengan Bijak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to 5 Perkara ‘Online’ Ini Dianggap Remeh Tetapi Sebenarnya Amat Berbahaya

  1. ash says:

    mmg pn, kengkadang mls nk komen takut nti terasa hati plak

    0

    0
  2. abang gelojoh says:

    Emmm.tulah. Bagus info begini.. Asyik disuapkan dgn gosip je. Bagus nara. Good job.

    0

    0
  3. Internet adviser says:

    Bagus sangat! Ditujukan buat Melati yang nak orang terjun KLCC tu!, Kak Jorah yang selalu negatif!, Minah Jambu sayang nonek, etc……….

    0

    0
  4. pupu says:

    baru kalini aku rasa bangnara share maklumat berinformasi utk aku utk semua. thumbs up bang nara!

    0

    0
  5. cinta hati says:

    Heeee tau pun abg nara…sampai anak gambar pakai pampers pun nk upload….bla diorg besar nanti terpkir apsal la parents buat camnih….

    0

    0
  6. melati says:

    Kena bagi tahu ker kalau Artis2 ke London…?… kalau Artis2 ke London naik Jet pribadi ker Naik 1st Class baru syok Dengaq…London setakat class ekonomi Org2 pakai MYVI kuning pun mampu…hehe

    0

    0
  7. nila says:

    baru lah bagus buat tajuk yg bukan mengumpat artis …orang baca jugak drp asyik cari pasal jaga tepi kain orang ….

    0

    0
  8. lan says:

    abg nara, mulut tempayan boleh ditutup ini kan pula manusia abg nara.walau apa pun cadangan abg nara org2 yg komen ni rasa itulah komen terbaik yg mereka boleh beri.masing2 ada pendapat masing2.takkan semua nak sama je.kan..ada yg berhemah ada yg meluahkan apa yg tersirat dan terpendam.kalau semua nak memuji menyusun ayat seperti para pujangga berhemah.bila nak game.itu tak iklas namaya.tak jujur.bagi saya biarlah yg mengomen tu tunjukkan keiklasan mereka.tak kira apa jua jenis komen asalkan ianya bukan dibuat2 dan tetpaksa.biarlah ianya dtg dari hati yg iklas.biarkanlah.inikan rempah ratus hidup..kalau tidak, hidup ini akan menjadi hambar dan membosankan ..cerita abg nara akan lebih menarik di baca dgn adanya berbagai reaksi pembaca. ya tak??

    bila

    0

    0
  9. rena says:

    Bahaya mengguna FB, kita boleh dijejak sampaikan gambar depan rumah pun boleh diambil. Itu pengalaman saya berhubung dgn seorang kawan FB dari Australia. Memang menakutkan. Sama dgn Wechat, ke mana kita bergerak, orang boleh jejak kita..100m, 200m. So becareful. As for Whatsapp, as long as orang tau no hp kita saje, gambar profile dah boleh nampak jika org tue ‘save’ no kita kat hp dia. So, better jangan letak gambar kita dgn jelas2 jika tak mahu privacy kita diganggu. Dan gambar2 dlm wechat & watsapp boleh copy paste…boleh buat dajal. Better dont put your picture bagi wanita.

    0

    0
  10. concern says:

    latest info.. kita boleh dijejak melalui google map..

    tak percaya, pi try type nama anda kat ‘search box’ dia.. n tgk la nanti screen akan tunjuk terus lokasi anda kat mana yg anda pernah check all around the world atas muka bumi ni

    saya dah try.. seramm sejuk kejap.. moral of the story, tak yah menggatal nak bercheck in status anda di mana anda singgah…..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    lg senang.. lgsung xde account FB…
    dulu ada.. tp at once.. rsa bnyak buang masa..aku delete..dh 2 thn dh..xde lak rasa tringin nak berFB lg…

    0

    0
    • doradia says:

      saya suka FB. tapi bila mengadap perangai kawan kawan yg busy body dan suke sentap tak tentu pasal… naik menyampah pulak dah nak berfb..

      lebih baik jadi silence reader dari active user.. hati pun tak sakit.. kita pun dapat elak dari sakitkan hati org walau x bermaksud begitu..

      dulu bersyukur sgt, application FB byk membantu jejak kasih kawan2 n secret2 admirer lama yg dah lama terpisah… tapi sekarang.. FB dah jadi mcm medan perang cyber.. tmpt bergaduh, show off, jenayah cyber, mksiat utk spouse yg curang dan pelbagai.. kawan lama pun dah jadi musuh baru kalo salah cakap dan deliver message.. belum masuk lagi watsapps, telegram dan bagai..

      saya salah sorang yg dah terkena… rela takde watsapp..dan guna tipikal sms dan call sahaja utk berhubung… lebih terkawal dan lebih afdal utnuk saya..

      sorry luahan perasaaan kejap

      0

      0
      • Anonymous says:

        ermm jadi silence reader pn nyampah gak. asik2 bace status owg yg ntah hape2 tue. ckit2 nak update status,msk ape,wat ape,tgk ape…pastu status cam bgus2 jer. so kesimpulannyer….skang sy dh closed account. suami pn x bgi aktif fb n whatsapp. hehe! umah tngga penuh dgn perhatian utk suami,istri n anak2.

        0

        0
  12. Anonymous says:

    dengan Tor Browser kau selamat even dari kerajaan haha

    0

    0
  13. lara says:

    aku rse ni lh tmpat yg ssuai utk luahkn prasaan sdihku..nk luah dlm fb,wechat,wasap,betalk n byk lg la org blh tau blake sape2..aku geram kt bos aku, smakin hri smakin tekanan aku kje sini..aku kje keda rncit, ade ke patut dia sruh aku angkat air mineral 1 kotak letak dlm keta dia..bos aku tu laki pttnye dia la angkat..aku dh la peknen 1 bln..sakit hati aku kje cni,mcm2 aku kne agkat,klu x buat kate aku mls

    0

    0
    • Anonymous says:

      bagitau boss kalo ada masalah kesihatan atau apa saja yg boleh jejaskan kerja ko… jangan di diamkan..

      bila bagi tau insyallah, boss akan faham la.. bukan semua org faham kita apa masalah dan kata hati kita.. kena belajar untuk sekali sekala cakap ‘tidak’ pada kehendak boss.. itu keperluan dlm semua bidang pekerjaan dari yg executive sampai lah ke general labour..

      bila kita pendam mula kita salah sangka.. positif positif.. jangan ikut melara sangat..

      0

      0
  14. concern says:

    nara terlepas lagi beberapa point…

    a) elakkan mengupload, mendownload or like sebarang iklan, games, info or applications takut ada virus yg boleh menjahanam habis semua gadget dan device yg kita gunakan untuk melayar internet..

    b) elakkan simply accept friend dari orang yg kita tak kenal di laman sosial… elakkan juga simply reply email yang di terima dari orang yang dikenali.. (hat ni byk dalam email)

    c) keperluan untuk netizen belajar menggunakan security applications yg disediakan supaya orang luar tak boleh sesuka hati stalk, browse dan copy kandngan bahan di dalam akaun social media kita.. memandangkan security application ni dlm BI.. jadi netizen kene la familiarkan diri dengan bahasa inggeris supaya lebih faham instruction yg diberikan..

    d) selain no talipon, elakkan dari berkongsi alamat email secara terbuka di dalam social media.. sebab alamat ini boleh digunakan oleh org tak bertanggng jawab untuk post iklan2 bervirus dan scam di peti email anda

    sapa ada point lagi sila tambah yee.. sharing is caring.. thanks nara.. info kali ni sgt berguna beb..

    0

    0
  15. kak lin buat adk lara says:

    Adik lara tdk salah meluahkan perasaan kpd rakan2 di media sosial. Cuma akak rasa adik perlu perbnykkn luahan hati adik kpd Pemegang Hati Manusia iaitu Allah. Jk kita terlalu bergantung dgn manusia, tdk semua perkara boleh selesai. Jk kita mengadu kpd Allah, Allah akn beri ilham dan kekuatan kpd adik. Insya Allah. Allah akn pandu adk bgmn menyelesaikn masalah. Cnthnya akn ada kekuatan yg kita sndri tdk kita sangka utk brkata TIDAK kpd bos yg kurang peka ini. Mungkin jg Allah akn lembutkn hati Bos adik itu sbgmn doa rasulullah utk mlembutkn hati Saidina Omar. Jgn berputus asa, jaga kesihatn dn kandungn adk adalh lbh utama.

    0

    0
  16. Ohh...my.............ID says:

    Aku suka semua point abg nara especially yg no.5 hihihi
    Ini lumrah, kebanyakn org serba sikit tu mesti ada buat gini tp tidak sedar diri.
    (time kwn dia buat sesi luahan perasaan yg meroyan tu, dia kutuk habis2 kt belakang mengata si polan tu buat “esei” dlm fesbuk, tapiiii time diri dia sendiri yg tulis status “bagai-bagai” dia lupa la pulok) kikikikih..tepuk dada la beb..

    Kekdg silent reader ni konon je mcm bagus, pdhl dia la paling byk bercakap mengata org. Contohnya si mek ni besfren dgn semua org, baik la sgt lemah lembut tutur bahasanya depan org, belakang ko… “ee dia tu asik selfie wefie dlm jamban pon jadi” “hari2 si dia tu citer psl boipren” “kesian dia mcm terhegeh2 dgn boipren” “dia tu hari2 tayang pic anak” “si polan tu mcm dia sorg je tahu masak” “hari2 uplod pic masak” “rindu kt laki pn nk tulis kt fesbuk” <– ni la ayat2 si mek yg konon silent reader tu, depan kita konon wahhh semalam masak ape tu tengok pic ko update nmpak sedaapppp, tapi hakikatnye belakang ko segunung dia mengata ko ( mgkn ko je yg tak pernah tahu)
    Nak dijadikan citer, time dia plk kawen, ada anak, ada laki…dia plk yg beria bagai semua bijik butir nk tulis kt wall.

    Kesimpulannya : Apa je yg kekwn kita buat/tulis biarkanlah itu cara dia, life dia… (setiap org ada cara memasing) kalau dia terlebih meroyan, tak salah kalau sbg kwn ko nk tegur dia ckit dgn berhemah. Bukan depan baik belakang mcm pukimak… Kt sini pn dh boleh nilai siapa sebenarnye "K.A.W.A.N" kite……..

    Manusia ni ada pasang surutnya, hari ini dia terleka, tugas kawan la utk menegur, esok lusa kita plk yg tersungkur, siapa tahu kannn… so beringat2… Jangan mudah percaya sgt dgn org, what goes around comes around.

    Point no.2 dan 4 tu, ada pengalaman ckit la. Kita kalau cerita kt kekwn mmg la dorg akan menganjenggg aje, sbb xpecaya yela aku bukan artis, siapa la nk stalker dan edit gambar kita kannnn… Tp ingat, dlm dunia ni boleh je kalau nk jadik benda byk yg x mustahil. Even pic watsap pn org bole screenshot dan simpan, setiap kali ko tukar profile/status pn dia akan noticed. Gmbr fb ko semua album dia buka dan tgk. Hari ni ko mgkn rasa dia kawan..alahhh kekwan je pon "hellooo itu kata kita, esok lusa blom tentu lg" pernah dgr x ayat ni………………..
    "alahhh xpe aku pandai jaga diri" yes kau mmg pandai jaga diri mgkn ko ada blackbelt kottt tapi ingat "org sekeliling ko blum tentu boleh kawal diri dia tgk ko"

    #kita nk mengata org lain hidung kembang, tp sedar tak yg telinga kita pn kembang. 2×5, 5×2 jer.
    # Dia tu tepat kul12 je dh hilang, amik anak la, amik laki la, amik nenek la…
    habis tu yg ko petang2 je hilang, berasap la minum ptg la, apela… lebih kurang je… korang dua sama je tp tak sedar diri.

    Setiap org ada kekurangan cuma di bahagian/cara yg berbeza..Manusia takde yg sempurna. Cuma yg boleh terima seadanya kekurangan kita tulah kawan dan sahabat kita.

    0

    0