Written by AbangNara | August 28th, 2017

Cuaca Malaysia memang panas. Kalau jalan kat luar 5 minit pun ketiak dah berpeluh. Badan pun cepat rasa tak selesa. Melekit semacam je. Kebosanan pun mudah melanda diri sekiranya seharian bekerja di pejabat atau mendengar kuliah di universiti. Kena pulak lecturer yang mengajar pulak tak menarik atau kerja kat ofis tak banyak sangat. Aircond pulak sepoi-sepoi bahasa je bertiup. Memang confirm anda akan bosan punya.

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada mereka yang sedang kebosanan,
Abang Nara telah membuat kajian yang cukup mendalam dan berjaya menemui 5 minuman terbaik yang pasti akan mengembalikan kesegaran badan anda sekelip mata. Orang kata terus body kita akan “refresh”. Segar kembali 100%. Abang Nara dah try dah kesemua minuman ini. Effectnya memang amazing!!! Jeng, jeng, jeng. Inilah 5 minuman tersebut:-

1. Air mata kucing

image

Di kala panas matahari membahang di atas kepala, kesegaran pasti akan tiba di kala tekak kita dibasahkan dengan minuman air mata kucing. Rasa manis itu akan menyelinap ke dalam seluruh tubuh kita. Satu cawan confirm tak cukup. Minimum kena 3 cawan barulah padu!!!

2. ABC

image

Salah satu aktiviti yang selalu Abang Nara lakukan bersama isteri ketika kebosanan melanda ialah pergi minum Air Batu Campur (ABC). Pergh nikmat. Lebih-lebih kalau jumpa ABC yang letak kacang ekstra. Fuh. Memang refreshing sungguh.

3. Cendol

image

Dulu waktu bekerja di Technology Park Malaysia, bila time-time boring tak ada kerja, Abang Nara dan kawan-kawan akan start engine kereta dan pergi pekena cendol. Kelazatannya tak terkata. Mata yang kuyu akibat kebosanan terus jadi segar bugar. Matahari yang panas terus rasa sejuk. Terbaik!!!

4. Teh tarik

image

Ah, teh tarik. Tak ada sesiapa yang akan menolak ajakan kawan-kawan dan rakan sepejabat untuk segelas teh tarik di kala kebosanan melanda diri. Sambil duduk minum teh tarik, sambil berborak tentang kehidupan. Sambil bergelak ketawa. Memang menyeronokkan. Badan pun rasa segar dan bersemangat untuk kembali bekerja.

5. HOMESOY Honey Melon

HOMESOY_Honey_Melon_BM

Baru-baru ini, wife Abang Nara telah membeli HOMESOY Honey Melon ini. Abang Nara memang tahu sangatlah jenama HOMESOY yang popular dengan minuman soyanya itu. Tapi yang ada perisa Honey Melon ini first time dengar. WIfe Abang Nara kata ini produk terbaru Homesoy dan rasanya memang sedap serta menyegarkan. Abang Nara cuma angguk-anggukkan kepala sebab malas nak layan. Hehehe.

Jadi suatu hari tue masa tengah bosan tak ada idea nak update blog, maka Abang Nara pun bukalah peti ais. Ternampak pula HOMESOY Honey Melon nie. Teringat kata-kata wife Abang Nara yang ia amat sedap dan menyegarkan. Terus Abang Nara tuang dalam gelas.

Setelah duduk di kerusi sambil menghadap laptop, Abang Nara pun meneguk HOMESOY Honey Melon ini.

Pergh!!!! Rasa dia memang sedap yang amat. Dan paling penting, memang menyegarkan. Mata Abang Nara terus segar bugar. Refreshing sungguh. Kebosanan yang melanda tadi ghaib sekelip mata. Memang mengkagumkan.

Maka Abang Nara pun tambah segelas lagi dan lagi dan lagi HOMESOY Honey Melon sampai terus habis sekotak. Sedap sangat sampai tak sedar habis semua dah diminum. Terus Abang Nara call wife minta belikan sekotak dua lagi untuk buat stok. Kini HOMESOY Honey Melon adalah minuman feveret terbaru Abang Nara. Rasanya yang menyegarkan memang terbaik.

Apa pula feveret minuman anda yang menyegarkan di kala panas membahang dan kebosanan melanda diri? Kongsikan di ruangan komen.



PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to 5 Minuman Nie Kalau Pekena, Pergh!!!! Memang Menyegarkan!!!

  1. Ugly Nara says:

    Serius aku cakap kat ko Nara .. Hodoh bebenor ko ni. Jangan ah keluarkan muka hang kat blog hang ni.

    8

    2
  2. Anonymous says:

    Tinggi betol pwer spek abg nara ni

    11

    0
  3. wekkkkkkk says:

    MANA GOSIP PANAS NI, BOSAN LAK..ZZZZZZZZZZZZZZZ, tgh free gosip sejuk datang, tengah busy gosip panas lak tiba..

    0

    0
  4. :) says:

    cube la google sikit keburukan minum air soya ni..

    banyak keburukan dari kebaikan

    1

    0
    • yongtaufoo says:

      ko silap dik..air soya byk kebaikan..yg kau google tu fake articles, ramai je org bangang yg buat articles mcm tu..yg kau percaya dah kenapa? Tuhan jadikan soya tu byk khasiatnya..berpada2 la makan/minum soya tu, jgn berlebih2..apa saja yg berlebih2 akan membawa kemudaratan..kalau org Islam, Allah terang2 sebut apa yg boleh dimakan, apa ygtidak..takde pulak Allah kata jgn minum/makan yg terhasil dr soya..so, rajin2 sikit membaca dan mengkaji, bukan baca cerita merepek dan tak kaji lgsg terus percaya..dlm cerita 3 idiots ada scene pasal manusia yg tak guna otak kalau dijual mahal..sebab apa? sbb tak diguna..seolah2 brand new gitu

      0

      1
      • wekkkkkkk says:

        ada satu kaum tu di disini, (anak bos la) masa dia hamil 2-4 bulan, hari2 mau minum soya panas yg jual di tepi2 jaln tu (apek/nyonya niage la) despatch hari2 mgadu kt aku, bini bos ni, kalau hamil, rutin aku pagi2 mesti cari apek/nyonya cari air tauhu panas, smpai apek tu pggil aku (despatch) tu “soya panas”. Bini bos kata, kalau amalkan setiap hari utk hamil fasa prtama minum, anak akan kulit brseri dn putih melepak. Hari2 minum 1 gelas je,..lebihpun..tapi yg panas baru buat tu yg bgus…bukan dlm kotak.

        Tapi jgn fikir lain pulak ya..jika makbapak puith…maka anak putih la..jika sebaliknya…kena minum kopi jelah.

        0

        0
      • :) says:

        aduii main agama pulak..

        kalau malas nak selidik tu banyak pulak nak mengomen yer..

        masalah air soya kat Malaysia ni, banyak sangat soya proses..google dulu boleh? kau tu yang dah kena brainwash “kebaikan soya”

        kalau soya fresh dari ladang, perah depan mata mungkin la banyak khasiat..

        0

        0
  5. shopia lorren says:

    Suka minuman biji barley + kembang semangkuk letak sikit gula batu…jgn letak ais biar suam2 …pergh !!! Better for kidney. Tak minum ais la bang Nara…no good for lady…nenek saya kata la…

    Ikut tekak memasing la kann

    1

    0
  6. senjakala says:

    air kedondong asam boi the best!

    0

    0
  7. Anonymous says:

    wehh nara. Belanja la kita orang. Mcm2 iklan dah ni.

    0

    0
  8. Mia says:

    Mesti power specs nara tinggi ni.. nampak cerminye tebal sampai mata nara nampak sepet je.. buat laser nara.. x pun boleh kot nipiskan cermin mata tu.. sorry.. lari topik sikit.. hehehehe

    1

    0
    • aku says:

      a ahhh….. abg nara, klu bukak spek nmpk ape2 tak? ke mmg tak nampk ape?

      0

      0
    • BunnyLynBaLok says:

      Betol lah nara..pergilah jumpe Dr Muhaya tu..ko duit banyak kan..dari ko asik g jalan2 n soping on9..baik ko spend duit kali ni repair mata ko tu..tebal sgt spek tu..pastu makan carrot byk2..justmy2cent

      2

      0
  9. bininara says:

    sian abang nara muka hudoh macam dinosaur, perangai macam haram jadah..mulut serupa longkang………………….asyik bagi orang gaduh….artis yang dia suka puji melambung yang dia tak suka kutuk and jatuhkan…….

    pi cermin muka hang dalam toilet bowl insaf insaf lahhh sikit hari nak mampuih dah!!!!

    1

    0
  10. CIKQIAH LONGKANG says:

    nara, kau takde ke niat nak buat spek lain yg senonoh sikit rupanya? buruk nau spek ko nara oii..muka ko dah la tak hensem, spek mcm apek kunyit..kasi bikin baru laa..yg boleh kasi upgrade sikit muka kau tu…

    2

    1
  11. Hikmah says:

    Dah pernah cuba HOMESOY Honey Melon,,sgt best..anak pon suka mnum…

    0

    0

Leave a Comment

Optional