Written by serenity | October 7th, 2014

Pagi semalam, bintang Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan, 28, selamat melangsungkan pertunangan dengan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 25.

Loading

Engagement Of Nubhan & Afifah Hidayah #nubhan #nubhanafifah #samsultahirkaseh #rozanamustaffa #mua #weddingdress #wedding #photographer #kasehbutikpengantin #kameraman #jurugambarkahwin #jurufotoperkahwinan

View on Instagram


Menurut laporan Berita Harian, Majlis diadakan di kediaman keluarga tunangnya di Seremban 2. Khabarnya, perhubungan mereka berlangsung sejak enam tahun lepas di Pulau Pangkor ketika Nubhan menjalani penggambaran manakala tunangnya pula bercuti di situ.

Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir.

Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal kami memang melalui cinta jarak jauh.

Saya boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini. Tapi Alhamdulillah ia semakin dipermudahkan. Selalunya menerusi panggilan video kami melepas rindu.

Pada mulanya juga dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh.

Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan ini. Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua hingga tiba hari perkahwinan yang khabarnya bakal berlangsung setahun lagi.

Set gambar pertunangan ini ialah dari Samsul Taher Kasih Photography. Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.




PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to (5 GAMBAR)Nubhan Selamat Bertunang Dengan Bakal Doktor Gigi

  1. laila says:

    Tahniah…

    0

    0
    • mekD says:

      rajin sikit nubhan nak gosok gigi lepas ni.

      0

      0
    • puikkk says:

      lol..abe nubhang kito nk kawin doh…wuuuwww…
      sama santekk same padann.. pndi abe kito pilih hok nk jadi bini.. bdn langsing tinggi cmni percaya la klu model..klu aweks abe jebat tu..sangsi sgt klu kata model.. :P :P

      0

      0
  2. Somebody says:

    tahniah

    0

    0
  3. ninie says:

    Nubhan ni tak pernah dgr pon gosip psl dia,ke aku yg tak tau…
    elok la tu tetiba je dh btunang,sweet je tgk semoga kekal ke Jannah..
    tak payah berkepit,gosip pung pang 24 jam mcm sesetengah tu…

    0

    0
    • hah says:

      ala . artis sekejap naik sekejap turun , mmg la xde gosip . . sbb wartawan malas nak ambik tau . x hot katenya … brcinta dah 6 tahun pun wartawan buat x kisah .. kesian nubhan . . huhu … cer shila and fynn , trkejar2 wartawan buat gosip menbabi buta , kat situ baru nampak market sbnr .. gosip 2 kena kasi panas kaw2 bak kata wartawan .. haha

      0

      0
  4. We know that chat room is the only place where we can find strangers for friendship.

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    tahniah….jaga baik2 ye bakal wife tu,jgn jadi mcm artis tu dpt doktor tapi x pandai nak hargai…

    0

    0
  6. wAwA says:

    ada iras2 fouziah ghous… ^^. Tahniah!

    0

    0
  7. […] (5 GAMBAR)Nubhan Selamat Bertunang Dengan Bakal Doktor Gigi (11) […]

    0

    0