Written by AbangNara | June 10th, 2015

Tanggal 13 Februari 2012 adalah detik paling bersejarah dalam hidup Abang Nara. Itulah hari Abang Nara bergelar seorang ayah. Pejam celik pejam celik, tahun ini Aariz dah pun berusia 3 tahun. Sepanjang 3 tahun ini, Abang Nara bertuah kerana berpeluang melihat sendiri perkembangan Aariz. Kanak-kanak memang membesar dengan cepat. Daripada hanya tahu menangis, kini macam-macam dah Aariz pandai buat. Antara detik-detik yang paling awesome bagi Abang Nara ialah:-

dugro

1. Bila Aariz pandai sebut ‘mama’ dan ‘papa’

Ini memang terharu sampai tahap keluar air mata. Selalu kalau nak kan sesuatu Aariz hanya menangis. Namun apabila buat pertama kali Aariz menyebut mama dan papa. Terus berulang kali kitorang suruh dia sebut lagi. Excited tak ingat dibuatnya.

2. Bila Aariz pandai berjalan

Aariz berjaya melangkah dan ketika berada di rumah atuknya. Teruja habis satu rumah. Atuk dan neneknya siap main agah-agah suruh pergi berjalan ke arah diorang. Sekarang ini dah 3 tahun tak larat dah nak tengok bila berjalan kat luar. Punyalah laju.

3. Bila Aariz tak meragam duduk car seat
dugroHasil usaha keras emaknya yang buat tak tahu bila Aariz menangis, kini Aariz memang tak meragam langsung duduk car seat. Malah Aariz tahu yang itu memang tempat duduk dia. Asal naik kereta je terus pergi ke pintu yang ada car seat dia. Ada sekali tue balik Kelantan memang Aariz tidur je sepanjang perjalanan. Selesa betul.

4. Bila Aariz masuk sekolah
dugroSebenarnya bukan sekolah pun tapi lebih kepada playschool. Risau juga mula-mula Aariz tak pandai nak sesuaikan diri. Namun ternyata kerisauan Abang Nara tak berasas. Enjoy betul dia kat sekolah. Main gim, main nyanyi-nyanyi lagu, main bola dan macam-macma lagilahlah aktiviti. Cikgu-cikgu pun suka tengok keletah Aariz.

5. Bila Aariz berjaya buat satu ayat penuh

Aariz jenis yang berat mulut dan lambat cakap sikit. Jadi kalau dia nak susu selalu pun dia akan sebut “milk” je. Tak ada lah nak cakap “saya nak susu”. Risau juga mula-mula. Namun pada satu hari secara ajaibnya tiba-tiba Aariz berkata “Papa, I want milk please”. Rasa nak pengsan time tue. Pandai pulak anak aku ini. Siap cakap omputeh lagi.

Banyak lagi sebenarnya detik-detik indah membesarkan Aariz. Setiap kali Aariz berjaya buat sesuatu yang baru, selaku seorang ayah Abang Nara rasa terharu sangat. Air mata bergenang itu perkara biasa. Bangga melihat anak kita pandai dan mencapai milestone yang baru. Selaku seorang ayah, tugas Abang Nara mudah sahaja iaitu memastikan Aariz mendapat nutrisi yang secukupnya agar dia dapat belajar lebih banyak benda-benda baru dalam hidupnya dalam kondisi pembelajaran yang terbaik.
dugro Sebab itulah Abang Nara memilih Dumex™ Dugro® 5 Nutri sebagai growing up milk untuk Aariz. Untuk memastikan tumbesaran yang sempurna daripada segi badan dan otak, Aariz memerlukan nutrisi yang secukupnya. Dumex™ Dugro® 5 Nutri serba baharu dengan diformulakan dengan protein, kalsium, vitamin A serta lcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA (berbanding formulasi terdahulu) untuk menyokong perkembangan otak. Alhamdulillah setiap kali pergi check up doktor untuk perkembangan Aariz, doktor sentiasa berpuas hati dengan perkembangannya. Syukur sangat-sangat.
dugroHarapan Abang Nara agar Aariz terus membesar dengan sihat daripada segi fizikal dan mental bersama dengan Dumex™ Dugro® 5 Nutri. Tak sabar rasanya nak tengok apa lagi perkara baru yang akan dilakukan oleh Aariz. Doakan yang terbaik untuk Aariz. Buat ibu bapa di luar sana, kongsikanlah pengalaman dan pencapaian anak anda di ruangan komen. Mana tahu ada yang mencuit hati untuk dibaca bersama-sama. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

34 responses to 5 Detik Paling Awesome Buat Abang Nara Sejak Bergelar Seorang Ayah

  1. April says:

    Comelnya anak you Nara

    0

    0
    • Anonymous says:

      bila anak solat….takde ke?

      0

      0
      • twit says:

        To Anonymous June 10, 2015 at 4:53 pm
        Perlu ke komen macam ni. Budak ni baru umo 3-4 tahun. Kalau bagitau anak solat ko kata riak plak. Ni aku nak tanya, kau tu solat cukup tak?

        0

        0
        • abang gelojoh says:

          good job nara. :D tersenyum abg baca pengalaman nara. abg terasa jeles. tringin nk beristeri dan memiliki anak sendri.

          0

          0
        • Anonymous says:

          cakap je nk jual susu…. kan senang.

          0

          0
        • Anonymous says:

          anak nara akan lebih handsome….drp bapaknya. bibir dia pun cantik… jangan marah ye nara.

          0

          0
        • Kak Wan says:

          Besok besar jgn join politik ye. Rakyat Malaysia dah muak dgn jawapan skema dari Najib dan menteri kabinet. Tanyalah apa pun, jawapan Najib seolah2 mcm rakyat Malaysia ni xde otak nk fikir. Silalah berundur Najib.. sebagai ahli UMNO, saya mohon sgt2. Prestasi PM yg palinh teruk dlm sejarah.

          0

          0
  2. syah says:

    Lastly, promote susu rupenye. Hahaha

    0

    0
  3. sayang says:

    Biasalah nara… untung nara dapat produk free..

    0

    0
  4. hpmurah2u says:

    macam rupe nara la…hihihih

    0

    0
  5. Anonymous says:

    anak sy dua2 x bole mnum susu nie. sowg hampir semput sowg lagi cirit birit yg teruk. bl tanye member2 upenyer….mereka pn alami yg same. tapi depend gak pd anak masing2 jz sy mmg boikot hbis brand nie coz terseksa bl anak sakit teruk aritue. ingatkan disebabkan cuaca upenyer bl doc cek disebabkan susu. sekian… tapi sy note kat cni bkn x bgi sape2 try… setiap anak lain2.

    0

    0
    • green says:

      Anak aku n anak sedara aku n anak kwan aku minum elok je, mcm nk jatuhkan brand ni jekkk. sebab nara promote, dan dan tu la dia nk bg komen buruk. puihhhh

      0

      0
      • Anonymous says:

        ko kenape????? dah anak branak sepupu sepapat ko elok dah arr. da aku kate sume anak same. bace sampai hbis dulu. aku bgitau pengalaman aku jer. rase2 klu ko gune bgus…esok gi beli selori susu nie. xda sape halang.

        0

        0
        • Yulanda says:

          bukan semua susu elok…kena pandai2 adjust dan try mana yg sesuai. anak aku tak sesuai…sebab selalu berkahak bila minum susu ni. mungkin anak korang cheap baby. :(

          0

          0
  6. Naa says:

    Mcm tinggi anak abg nara ni.

    0

    0
  7. ha ha says:

    Cakap jadi raja gossip Malaysia mcm Aswan Ali. Sbb belajar dari bapak Dia

    0

    0
  8. Kak pun nak komen says:

    Anak sy minum susu ni..saja nak cuba sbb packaging nmpk bagus, sekali habis naik bintik merah pd badan ,muka dan kaki. 2 kali cuba 2 kali kena. Konpom lh susu..now minum dutch lady..cerdik bukan main..alhamdulilah..

    0

    0
  9. mummy cat says:

    Sorry to say la nara, there is little point of wearing car seat if the child is not properly restrained, car seat is not installed properly, or not the correct car seat group. Make sure you strap your child betul2 dalam car seat. Klu pakai car seat riban2 pon tp klu x pakai betul xde guna nya.

    0

    0
    • Hafizah says:

      You have a point mummy! Setakat bangga anak blh duduk dkt car seat, kebanyakan anak2 mmg blh duduk dlm car seat, when u strapped them down, itu yg tantrum begins! Apedaaaa nara

      0

      0
  10. nor says:

    trasa excited plak baca crita pkmbgn Aariz… rasa tak sabar tunggu ‘ulat’ dlm rahim ibu ni nak kluar raya nih hhehehe… moga anak nara jd anak baik2, hormat n syg papa n mama nya..

    nota ulat: ibu sayang ulat ibu ^_^

    0

    0
  11. LeYa says:

    Tahniah Abg Nara.. kanak2 memg cepat membesar… Comel nye anak abg nara..

    0

    0
  12. Cempaka says:

    Comelnya Aariz! Rasa macam nak picit-picit pipi dia! Geram tengok!

    0

    0
  13. mama shinchan says:

    anak saya pon minum dugro…mmg beli satu karton haa…xsemua baby sesuai dgn susu ni…kene try n error la…ade anak yg sesuai minum susu murah…ade yg sesuai minum susu mahal…semua bergantung kpd baby tu…ape yang penting macamane kita mencorakkan anak anak itu…toksah gaduh gaduh ye huhuhuhu…sekian

    0

    0
  14. Anonymous says:

    yg baik datang nya drp allah bukan susu.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    aku baru nk cakap. hanis suara muka lonjong batu lesung tu pun 90 hebu ke?
    eeee..please la mak bapak zaman sekarang. memang autoteller machine bergerak la kau ni jadinya hairul hoi. amat bersimpati.

    0

    0
  16. Eyda Sukiman says:

    Alhamdulillah.Melihat anak-anak membesar depan mata memang sangat teruja.Tambah-tambah bila mereka mula pandai akan sesuatu perkara.Alhamdulillah semoga Aariz membesar dengan jayanya,sihat,bijak dan menjadi anak yang soleh untuk bekalan ibu ayah Aariz kelak ya ????????.

    0

    0
  17. Cipap merah says:

    Sekarang dah besar aariz.. Rasa macam lifa nara ne sebahagian dari hidup aku haha..dari belajar korea.. Dari mula2 nara kahwin dulu.. Jumpa awek cun.. Isteri mengandung.. Anak lahir.. And now dah besar aariz.. Tahniah nara..nara jom buat biography booksn

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Abang Nara ni baru je post artikel pasal keburukan over sharing personal information dekat Internet. Ini iklan susu punya pasal kemahennn semua benda duk canang pasal anak dekat sini. Contradicting lah artikel-artikel Abang Nara ni :/

    0

    0
  19. seronok tgk perkembangan anak2 kan.. kita ingin yg terbaik buat ank2 kita,, smoga ank2 kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah ..berjaya dunia dan akhirat .amin

    0

    0
  20. How sweet and cute your boy!

    0

    0