Written by AbangNara | June 23rd, 2016

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun hampir ke 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Amcam puasa korang? Cukup tak? Sembahyang terawih buat tak? Bak kata para ustaz, 10 malam terakhir inilah kita nak gandakan lagi usaha kebaikan, kebajikan dan ibadah untuk mengejar LailatulQadar.

zabeeh

Salah satu amalan yang digalakkan di bulan Ramadhan ini ialah bersedekah. Insya Allah jika kita ikhlas, berlipat kali ganda pahala sedekah yang diterima di bulan Ramadhan berbanding bulan biasa. Macam-macam cara nak sedekah sekarang ini. Boleh sedekah wang ringgit masa solat terawih, boleh belanja kawan-kawan buka puasa dan yang paling mencurit perhatian Abang Nara ialah membuat ibadah aqiqah dan juga majlis berbuka puasa untuk umat Islam di luar negara yang kurang bernasib baik yang disediakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd.

zabeeh

ibadah akikah Ramadhan di Indonesia

Abang Nara pernah ceritakan tentang pengalaman menggunakan perkhidmatan daripada www.zabeeh.com.my ketika Hari Raya Haji tahun lepas. Alhamdulillah segala sijil pengesahan qurban yang dijanjikan oleh Zabeeh telah pun selamat Abang Nara terima. Untuk Ramadhan ini, Abang Nara berniat nak gunakan sekali lagi perkhidmatan Zabeeh Services Sdn Bhd untuk ibadah akikah serta majlis berbuka puasa buat umat Islam di negara seperti Indonesia, Myanmar, Filipina, Kemboja, Bangladesh, India dan Thailand. Seperti yang kita tahu, umat Islam di negara-negara ini tidaklah bernasib baik seperti umat Islam di Malaysia. Kadangkala nak buka puasa pun lauk tak ada.

zabeeh

yang ini pula ibadah akikah Ramadhan di India

Abang Nara pasti ramai yang berminat untuk melakukan ibadah akikah dan majlis berbuka puasa sempena Ramadhan ini. Zabeeh Services Sdn Bhd masih membuka tempahan untuk mereka yang ingin melakukannya. Ada beberapa cara mudah untuk anda melakukannya. Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa caranya (pilih salah satu sahaja):-

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada “Daftar Aqiqah Online”.
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Aqiqah”.
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan “Saya Nak Aqiqah”.
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

zabeeh

kanak-kanak Islam di Rohingya berbuka puasa

Insya allah segala amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini, terutamanya di 10 malam terakhir ini akan diterima olehNya. Yang penting niat kena ikhlas. Ibadah akikah dan majlis berbuka puasa daripada www.zabeeh.com.my ini hanya salah satu cara sahaja. Kalau mampu, boleh cuba. Kalau tak mampu, banyak lagi cara untuk kita melakukan amal ibadah. Semoga apa yang kita lakukan mendapat pahala dan dapat membantu umat Islam di negara-negara yang kurang bernasib baik. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online.

9 responses to Jom Bantu Mereka Yang Serba Kekurangan

  1. DIA says:

    salam, anak2 saya pon saya buat akiqah kat india.. ada ustaz kat masjid lama nilai tu asal dr india, so saya bg nama & duit kat dia.. dia akan hantar ke india tuk buat akiqah tuu. apa yg saya tau, dia akan buat kat rumah anak2 yatim…

    0

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      itu cakap diaaaa kau nk kena tau kt mana dia bawak duit2 tu leh pecaya ke ?? kite tk Nampak n kite tk tau ok…

      0

      0
  2. The truth says:

    Hello semua. Kalau nak tau 85% of grains (tau tak grains tu apa? Senang contoh grain adalah beras) goes to animal agriculture sebab korang semua ni batak sangat nak makan binatang. Kalau semua org makan plant based je masalah miskin takkan ada kat dunia ni. Kalau kata protein and calcium ni semua dpt dr binatang je, sila buat reach sendiri ya. Nak tangani masalah kebuluran senang je. Leave the damn animals alone and eat a vegan lifestyle. Batak sungguh nak makan binatang. Tau tak makan animal product ni lah punca kita sakit. Sila please buat research pasal benda ni!!!!

    0

    0
    • cricket says:

      Hoi, jgn nak tunjuk pandailah. Kalau tak leh mkn or tak bagus animal based protein, mesti allah dah haramkan kita mkn. Mcm babi tu. lngat kalau jadi vegetarian, kita sihat ke. Get yr facts right before posting yr comments. Jgn jadi jahil sngt. Linda McCartney tu, berpuluh2 thn jadi vegetarian, tapi mati kene kanser jgk. Sama lah dgn Steve Jobs yg vegan tu. Last2 mati sb pancreatic kanser. So seblm nak tunjuk pandai tu research dulu ye. Aku ni mmg suka baca medical journal & biografi.

      0

      0
  3. Qibti qarina says:

    Memang betul kebanyakan para yang sangat alim ulama mengurangkan makanan berdarah. Termasuklah semua agama diatas muka bumi ini. Salah satu sebab yang paling kecil adalah tidak mahu membunuh. Sebelum nak kondem saya, seeloknya kita2 semua jumpalah dulu dgn org yang sangat2 alim itu. Kebanyakan mereka berpuasa… Jika dikatakan nabi junjungan makan lembu kambing unta…itu sangatlah jarang2. Kebiasaan hanya roti kering, kekacang, kurma dan berpuasa sahaja…kerana perut yang sederhana kosong tinggi kekuatan rohaninya dan mudah mendapat ilmu.

    0

    0
  4. Esah says:

    Protein ada pada semua jenis kekacang, susu. tiap2 penyakit yg Tuhan turunkan disertakan dgn penawarnya. Dan penawar itu saya yakin 99.9% ada terdapat pada tumbuhan. Betullah, dulu saya ada sakit..saya dikehendaki makan berasaskan vegetarian dan air kosong…susu pun tak boleh…derita betul rasanya. Tapi sekarang, saya lah org yg paling bersyukur….masalah dalaman perut saya dan usus saya telah pulih sepenuhnya.
    Daging = 3 hari utk perut proses. Jadi sempat membusuk dlm perut. Tu sebab kentut bau bangkai.
    Maggie = 3 hari perut nak hadam sbb ada bahan yg mengenyalkan mee.

    0

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      syukur Alhamdulillah usus u dh baik ye..tapi u jangan selalu makan daging lembu atau kambing tapi kalau ayam tkpe..jaga kesehatan u ok esah..

      0

      0
  5. Azimah says:

    Owhh…saye pernah dengar jugak pasal apa yg awak story ni esah dari ustaz saye masa sekolah kecik2 dulu. Kebanyakan penawar datang dari tumbuhan. Kalau kat haiwan jenuhh…, nak ubat asma gigih pulak kang nak korek perut buaya amik buah pinggang dia ye takk? Silap haribulan kojol..buaya tu pun pupus sekali hahaha..

    Minah jambu, orang zaman dulu makan sikit2 je ayam. Potong kecik2 lagi. zaman sekarang potong kat leher jer. Pastu baham sorang…haha

    0

    0
    • Black Cat says:

      Ek eleh nk menipu x pndai pas2 dok puji diri sndiri plak hahaha…

      Bukan ke ko ngn esah org yg sama….hahaha agk2la nk menipu tpi x pndai…cehhh

      0

      0