Written by AbangNara | June 26th, 2015

Apakah perkara pertama yang anda lakukan apabila bangun pagi? Adakah apabila anda bangun, benda pertama yang dicari ialah handphone? Kononnya nak check Facebook la, Twitter la, Instagram la. Tak tegur dah ahli keluarga atau rakan-rakan serumah yang lain. Mata terpaku menghadap handphone, kononnya sibuk melihat perkembangan dunia online. Mulut tue memang tak terbuka langsung untuk berborak dengan orang di depan mata.

digi ertisosial

bini punya cun kat sebelah pun lagi rela menghadap handphone

Senang je nak tahu anda ketagihan handphone atau tidak lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Kalau anda melakukan perkara-perkara di bawah, kemungkinan besar anda kena pergi mendapatkan bantuan ketagihan.

1. Masa sahur sebelah tangan suap nasi, sebelah tangan pegang handphone

Selain makan, masa sahur sepatutnya digunakan untuk berborak lebih-lebih lagi kalau anda tinggal dengan family. Sebelum kewujudan handphone, topik perbincangan yang selalu diborak ialah plan masa raya, mana nak beli mercun dan apa plan hari ini. Sayangnya sekarang ini semuanya sepi bak garuda datang melanda sebab mata masing-masing melihat handphone je.

2. Terbaring kepenatan di sofa, handphone tetap melekat di tangan

Puasa memang penat jadi memang selalu kita akan berbaring serta merehatkan diri di sofa. Seronok bila adik beradik dan member-member lain turut sama tergolek. Kalau dulu, sambil tengok tv, sambil berborak pasal lauk nak buka puasa. Gelak-gelak, lawak melawak dan bertanya perkembangan sampai masing-masing tertidur. Sekarang nie semua orang sibuk update status ‘lapar Ramadhan’ di Facebook. Sedih!!!

3. Pergi bazar, amik gambar, sambil tunggu makanan siap, main handphone

Selaku seorang manusia yang suka berborak, Abang Nara selalunya akan bertanya dengan tukang jual di pasar Ramadhan sambil menunggu juadah yang dipesan siap. Soalan pelik-pelik je. Contohnya ‘meniaga masa Ramadhan je ke‘ atau ‘harga boleh tahan mahal juga ye bazar sekarang nie?’. Selalunya si peniaga pun akan berborak balik dengan Abang Nara. Sekali sekala ada interaction best juga. Tak adalah muka masam je tengok handphone macam ada masalah negara.

4. Sebelum berbuka, habis diuploadnya semua gambar lauk-pauk

Ayam percik, murtabak, roti jala, popia dan kesemua lauk pauk di atas meja akan diupload ke Instagram dengan hashtag #laukberbukahariini #alhamdulillah #rezekiberbuka. Kalau ada 20 lauk, 20 gambar lah  yang akan dimuatnaik. Sepatutnya pukul 7 tue ramai-ramai duduk atas meja dan bercerita tentang hari yang dilalui, bukan masing-masing sibuk amik gambar je. We need to communicate!!!

Kadang-kadang Abang Nara rasa kehidupan kita di zaman moden ini makin menyebabkan kita tidak memahami #ertisosial yang sebenar. Masing-masing sibuk dengan handphone di tangan. Tak ada lagi random talk dengan strangers, dengan ahli keluarga pun dah tak semesra dulu dan paling sedih, kita lebih selesa berkongsi secara online, bukannya secara real life.

Secara jujur, Abang Nara pun termasuk dalam kategori ketagihan ini. Kadangkala bila tengok anak main sorang-sorang, baru terperasan akan kesibukan diri dengan handphone. Terus letak handphone kat tepi dan luangkan masa dengan anak tercinta.

Sempena Ramadhan ini, apa kata kita sama-sama, berjanji untuk putuskan talian seketika, eratkan kembali hubungan bermakna. Sama-sama kita jalani kehidupan sosial yang sebenar, tanpa menghadapan sebarang handphone, iPad, komputer atau tablet. Marilah kita wujudkan kembali #ErtiSosial yang sejati.

digi

Confirm ramai yang menangis kalau Abang Nara ajak ber’puasa’ handphone selama sebulan kan? Hehehe. Jangan risau. Kalau sebulan Abang Nara pun confirm akan terketar tangan. Bersempena dengan kempen #ErtiSosial oleh Digi, Abang Nara telah berjani selama sehari sahaja untuk cuba ‘hidup’ tanpa handphone bagi merasai kehidupan sosial yang sebenar. Tarikhnya ialah 10 Julai (Jumaat) ini, bermula jam 7 pagi sehingga waktu berbuka. Sepanjang 10 Julai ini, Abang Nara akan banyakkan berborak dengan ahli keluarga, menegur strangers dan menolong mereka yang memerlukan.

digi

Adakah anda berani menyahut cabaran ini? Atau anda memang tidak boleh hidup tanpa telefon di tangan anda? Jangan jadi seorang yang pengecut. Jom ramai-ramai kita jayakan kempen #ErtiSosial dari Digi ini. Mari kita putuskan talian seketika dan eratkan kembali hubungan bermakna. Layari www.digi.my untuk informasi lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to 4 Tanda Anda Ketagihan Handphone Di Bulan Ramadhan Ini

  1. IZZAT says:

    Jujurnya, artikel berbayar dan iklan yang memenuhi setiap pelusuk ruang di Beautiful Nara bakal menjadi penyebab makin kurang pembaca singgah di sini. Saya faham sebagai blogger, ini cara anda menjana pendapatan tetapi ingat, kalau tak ada reader, iklan pun tak akan masuk. So, harap anda cari kaedah sesuai untuk atasi masalah lambakan iklan dari content.

    0

    0
  2. Anyss says:

    Assalamualaikum,
    tepon banyak membantu bila kita gerak keseorangan…makan sorang, pi bazar ramadhan sorang…menunggu sorang2

    0

    0
  3. mimi says:

    mimi just say..apa yg nara tulis ni..itulah yg nara pernah buat.

    0

    0