Written by AbangNara | August 12th, 2015

Di kala anda membaca artikel ini, kemungkinan besar wife Abang Nara sudah pun selamat melahirkan anak ketiga hasil perkahwinan kami. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat dimurahkan rezeki bab mendapat anak ini. Namun menjadi seorang ayah bukanlah satu perkara yang mudah. Besar tanggungjawabnya, lebih-lebih lagi dalam memastikan masa depan anak-anak terjamin dari segala segi termasuklah kesihatan, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Ini adalah 4 perkara wajib yang Abang Nara lakukan untuk setiap anak-anak Abang Nara.

1.Berikan suntikan vaksin secukupnya

sspn

Dengan gerakan anti vaksin yang semakin menular, Abang Nara memang cukup risau kalau anak-anak Abang Nara terkena jangkitan penyakit yang sukar diubati seperti tibi, batuk kering dan sebagainya. Memang kalau sampai masa je, Abang Nara terus bawak anak-anak ke hospital untuk dicucuk. Tak ada nak tangguh-tangguh.

2.Sediakan ‘car seat’ untuk anak-anak dalam kereta

sspn

ini bukan kereta Abang Nara

Malang memang tidak berbau lebih-lebih kemalangan yang melibatkan jalan raya. Kebelakangan ini memang banyak tragedi emak ayah selamat tetapi si anak tercampak keluar dari kereta sehingga maut. Salah satu punca ialah kerana tak letakkan anak-anak di ‘car seat’. Kerajaan Malaysia pun bakal wajibkan penggunaan car seat tidak lama lagi. Nasib baiklah wife Abang Nara memang mempunyai kesedaran yang tinggi bab-bab ini. 2 orang anak kedua-duanya selamat kami ajar duduk dalam car seat ketika dalam kereta.

3.Bawa terokai dunia luar

sspn

Aariz memang suka main skuter nya setiap petang di laman rumah sementara Arissa sekarang memang setiap petang ajak pergi playground (budak baru boleh berjalan). Di hujung minggu pula Abang Nara cuba luangkan masa bawa mereka pergi ke tempat yang lebih luas untuk bagi peluang mereka meneroka dunia luar. Tak adalah terperuk je duduk dalam rumah. Banyak sikit perkembangan minda. Tak gitu?

4.Buka akaun SSPN-i

sspn

Abang Nara dah buka untuk Aariz dan Arissa akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) pada tahun pertama kelahiran mereka lagi. SSPN-i ini memang banyak kelebihannya. Satu ia menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk tabung pendidikan anak mereka bila nak masuk universiti nanti. Dah habis SPM nanti, tak adalah kelam-kabut baru nak cari duit untuk si anak. At least dah buat persediaan untuk mereka sejak kecil lagi.

Yang keduanya, duit simpanan tersebut boleh mendapat pelepasan taksiran cukai sebanyak RM6,000 setahun. Yang ini Abang Nara paling suka sebenarnya. Serampang dua mata. Makin banyak simpan, makin kurang bayar cukai. Simpan untuk anak-anak, tapi mak ayah pun boleh dapat faedahnya. Terbaik!!!

Disahkan patuh shariah, setiap tahun SSPN-i memberikan dividen yang agak tinggi juga untuk para penyimpannya. Tahun 2014 hari tue kalau tak silap sebanyak 4.25%. Not bad jugaklah kan? Lagi best simpanan menerusi SSPN-i boleh dimulakan serendah RM20 dan ia dijamin oleh kerajaan Malaysia.

Dan benda yang paling Abang Nara suka tentang SSPN-i ini ialah setiap tahun akan ada promosi yang menarik buat para penyimpannya. Tahun 2015 sahaja ada 3 jenis promosi iaitu Promosi Simpanan Vaganza!, Simpanan Bonanza! dan Simpanan X-Tra Bonanza! SSPN-i. Dengan simpanan serendah RM500, para penyimpan berpeluang memenangi hadiah yang menarik. Antara hadiah yang ditawarkan seperti BMW 320i, Honda HR-V, Proton Iriz, Motosikal Yamaha 135LC dan banyak lagi. Kelabu mata dibuatnya!!!

sspn

Kalau nak sembang lebih keistimewaan SSPN-i memang 2 mukasurat pun tak akan habis. Senang cerita keputusan Abang Nara untuk menyimpan di dalam SSPN-i memang antara satu langkah yang terbaik untuk masa depan anak-anak tercinta. Korang pula macam mana? Nasihat Abang Nara, simpanlah selagi boleh untuk anak kita. RM20 sebulan pun tak apa. Lagi 18 tahun Insya Allah akan nampak impaknya. Jangan lupa layari www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut. Boleh juga LIKE Facebook PTPTN untuk sentiasa mendapat maklumat terkini promosi yang ditawarkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to 4 Perkara Wajib Yang Abang Nara Lakukan Untuk Anak-Anak Tercinta

  1. Tabung kat bank says:

    Bagus … bagus … abg nara …. bapa yg baik.
    Hehehhehe … rupanyer nak promote SSPN.
    Kaum bapa menabung utk ank2 kay …!
    Cerah masa depan ank2 n parents pon tak sakit pala .. sok bile nk msk uni x yah susah nak cari duit utk persiapan ke uni tu. Duit dah siap dlm bank.
    Org cina dr dulu lg zmn nenek moyang kite, simpan duit utk ank2 nak lanjutk pel , mmg mrk dah siapkn awal2. Ada yg jual sayur ikan kat pasar tp blh antar ank kat obersi. Org malyu kena displinkn diri menabung utk ank2 tau. Aameen.

    0

    0
    • Rahimah says:

      Tak payah la nk malu kan kaum melayu kalau ya pun.
      Jgn jadi pengkhianat bumiputera..
      Nanti tumbuh bisul pat pussy kau

      0

      0
      • laaa .. kite kene carut plak ... says:

        Laaa apa plak ni … akk ni mncarutkn kite. Hello … name akk tu mksudnyer sngt indah tp bhsa akk sungguh buruk dn x mlambangkn nama tu. Ini bkn kite yg cakap tau. Ape nak malu klu itu 1 kelemahn kite prbaiki la. Akk gi lah ceramah2 dr bank , lecturer kite pon bg tau kat smua studnt mlyu wlpn ada bngsa lain kat situ. Org mlyu paling kurang mnabung, jd kite blaja la tmbh income mcm bizns on line ectra. Jd blh menabung la. Akk kate Offcr bank, Lecturer dn konsltn insuran (ceramah kat kilang2) tu smua pngkhianat ke?. Sy tau sbb kwn2 ramai susah kat uni. Bace la kat nwsppr, nengok news ke.

        0

        0
        • laaa .. kite kene carut plak ... says:

          Kite tnye kwn2 .. ada ayah keje kg jer tp bnyk menabung. Bila ank nk msk uni. X de bnyk masalah kew tp ada parents both keje blh tahan tp bila nk msuk uni pinjam sana sini nk beli kelengkpn. Lps tu ank dorang ni pinjm kat kwn uni lak. Liat bayar lak tu. Bila kite tngk gambr , bile cuti sek dr kecik smpi besar vacation memanjang. Gi vacation x salah tp manage kew dulu ikut budget. Gadget canggih2 lak tu. Displin penting utk urus kew. Ank cina parents ada stall kecik tp dorang tunjuk buku savings dr kecik wow riban2. Keje kg pon klu ada displin mcm kwn kite idop tenang.

          0

          0
      • Beba says:

        Tah akak Rahimah ni, sentap tak bertempat. Takder pun dia malukan kaum Melayu, dia bagi saranan jer. Elok lagi saranannya. Tu la dia.. Melayu… pantang dipetik.

        0

        0
  2. intan says:

    tahniah abg nara…murah betul rezeki abg nara…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Congrats bro !!!
    Respect apa u buat..

    0

    0
  4. Jib... says:

    Abg nara nie keje ape ye…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    ha ah saya dulu pon macam bangnara gak tak penah miss bawak anak pegi cucuk, bawak check up anak sulung sampai umur 4 tahun punyalah menjalani tanggungjawab seorang parent. yang tu story anak sulung.

    anak kedua pon dari masa mengandung lagi tak penah miss check up, siap dengan amik vaksin H1N1 masa mengandung sebab percaya sangat cucuk ni melindungi kita. sehinggalah anak kedua lahir dan menten bawak pegi check up dan ambil segala cucuk-cucuk ni. nak pulak anak-anak kalau cucuk-cucuk ni tak nangis langsung, lagi la bersemangat waja perdana sehinggalah masa anak kedua cucuk setahun (cucuk MMR), dalam dok elok-elok je tuuuu tetiba ekzema mencanak-canak naik kat pipi, segala pelipat seluruh badan, kulit kepala tertanggal, hari-hari kena tukar cadar sebab darah dan nanah menjadi corak baru kat cadar. masa tu ada tak pakar-pakar kesihatan/misi-misi nak datang tolong? ada tak pakar imunologi datang tengok buat laporan? takde bangnara. yilek. nada. bo liau mei you. bawak pegi doktor biasa, salahkan genetik. bawak pegi pakar kulit, salahkan keturunan. bawak pegi jumpa pakar kanak-kanak pon salahkan genetik dan keturunan.

    tu belum lagi pandangan mata orang ramai yang tengok anak kami ni macam alien, macam jijik sangat, macam kita ni tak pandai jaga anak, salahkan kita sebab lepas lahir tak cuci uri betul-betul, uri tak gonyoh dengan garam 3 gantang (padahal garam tu 5 gantang pakai). hari-hari nangis mengenangkan nasib diri ini. salah apakah padahal sebelum umur setahun ni elok-elok saja, ceria, badan bersemangat sampailah lepas cucuk setahun rambut anak gugur, badan susut sangat sampai nampak tulang temulang macam anak terbiar, asyik nangis tak berhenti sebab gatal satu badan…

    jadi, apa yang nak saya cakap kat sini, jangan terlalu yakin dengan benda ciptaan manusia wahai bangnara. janganlah bagi pandangan kami yang tak vaksin anak-anak ni ikut trend terbaharu. sekali dah kena kat anak sendiri, baru tahu langit tak selalu cerah, baru tahu vaksin ni tak 101% melindungi.

    nak vaksin taknak vaksin sila ambil tahu kenapa, sebab apa tiba-tiba ramai parents sekarang tak berapa nak percaya kat vaksin. jangan perlekeh usaha kami makbapak yang bersengkang mata jaga anak-anak kami atas kesalahan kami sendiri; tak ambil tahu dan perlekehkan orang yang tak vaksin.

    0

    0
  6. Rafiq says:

    Ade lg 1 yg penting,
    Amek pelan takaful utk anak2..
    Perlindungan + Medical Card + Simpanan Pendidikan..
    nk tau mcm mne?? boleh contact sy.. Klo area klang valley tu, kite jmpe terus je..
    012.7060331

    0

    0
  7. Muslim says:

    Maa shaa Allah.. anak2x merupakan amanah dari Allah Ta’ala ek. Nak beri tambahan jer sikit dari segi kerohanian anak pulak. Kita boleh didik anak solat dari kecil lagi. Doakan mereka setiap hari. Dan jika ada kesempatan boleh bawa berjumpa ulama’ yang soleh, sekali sekala untuk didoakan.

    Semoga anak2x kita kenal Allah dan pegang teguh sunnah Nabi saw, dan harapan nanti mereka faham tujuan maksud hidup di dunia ni sementara, dan akan kembali ke kampung akhirat selamanya.

    Paling best, bila kita didik Islam pada anak kita, nanti in shaa Allah, bila kita masuk kubur, mereka akan doakan kita dan segala amalan soleh mereka akan masuk saham akhirat kita, aamiin..

    benda wajib gak ni kan hehehe.. semoga Alllah sentiasa menjaga kita semua hambaNya.. aamiin..

    0

    0