Written by Bella | February 25th, 2015

Pelakon serta penyanyi Lufya Omar kini sudah bertudung sepenuhnya selepas menyambut hari jadi yang ke 30 baru-baru ini.

Penghijrahan beliau dilakukan secara perlahan-perlahan sebelum ini kerana terikat dengan beberapa komitmen kerja selain khuatir jika tawaran berlakon akan semakin berkurangan selepas mengenakan tudung.

Walaubagaimanapun, Lufya telah bangkit dan berazam untuk menunaikan hasratnya itu selepas mendapat nasihat daripada ibu tercinta.

 Ikutkan dari tahun ke tahun saya ada niat ke arah itu (menutup aurat). Tetapi ketika itu saya masih memikirkan soal kerja dan komitmen. Saya pernah menangis memikirkan hal ini kerana hati belum kuat untuk membulatkan keputusan bertudung.

Perasaan itu didorong dengan rasa takut dengan kebarangkalian serta kemungkinan tawaran seni akan putus. Tapi ibu saya selalu berpesan, rezeki Tuhan itu luas. Malah bertahun-tahun pesanan itu dititipkannya.

Tiada siapa yang tahu, sebenarnya Lufya telah ditimpa dengan pelbagai ujian termasuk kesakitan secra tiba-tiba dalam perjalanan memenuhi tuntutan agama Islam sejak Disember tahun lalu.

Pada satu tahap ketika ‘kesakitan’ itu menguasai diri, saya jadi lemah. Usaha itu dan ini juga bagaikan tak mampu untuk melawan ‘kesakitan’ berkenaan. Saya pernah jatuh pengsan ketika di lokasi penggambaran.

Dalam tiga hari, saya turun berat badan hingga 10 kilogram. Tapi saya percaya apa yang terjadi ini umpama ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat.

Ujian itu pasti ada apabila kita ingin berubah menjadi seorang insan yang lebih baik. Teruskan bertabah dan berdoa nescaya rezeki itu ada dimana-mana. Manis bukan wajah Lufya selepas bertudung?Lagi beberapa gambar Lufya bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Berita: BH ONLINE

 

11 responses to (4 FOTO) Lufya Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

  1. honey says:

    Alhamdulillah… rezeki Allah memang luas… InsyaAllah

    0

    0
  2. sakit mata says:

    Nara…tolong la jangan guna ayat berhijab tu..itu bukan berhijab itu bertudung namanya..tengok cara berpakaian masih menunjukkan bentuk badan…

    0

    0
    • Olga says:

      BERHIJAB MAKSUD KAU MCM BERJUBAH TU KE WAHAI NICK SAKIT MATA

      0

      0
      • hamba Allah says:

        Dari segi syarak, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.Jadi, betullah statement si sakit mata di atas.Lufya hanya bertudung bukan berhijab krn masih lagi mempamerkan bentuk tubuh dalam pakaian yang sedemikian rupa.Olga pls make reference before you voice out your statement. Janganlah jadi jahil yang tak boleh nak ditegur.Simpan sikit bodoh tu untuk anak cucu,jangan nak tunjuk sangat kat org.

        0

        0
  3. Anonymous says:

    comel

    0

    0
  4. bedah bedot says:

    Lufya bertudung, bukan berhijab. Betul tu….

    0

    0
  5. bee says:

    Semoga kerana Allah swt bukan kerana nk tackle anak sultan johor yg handsome dan terkenal ye. Semua pon tau kan dulu, awak sibuk canang citer rapat dgn.die, tup2 die bg statememt tertarik kpd wanita bertudung.jadik ikhlaskam kerana dia.sanh pencipta.ya.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Elok la. Bila pakai hijab nampak la sopan sikit.

    0

    0
  7. minah jambu sayang nenek says:

    kalau dh tk berape nk laku lebih baik bertudong aje ada jugak faedah..

    0

    0
  8. Mrs D says:

    Alhamdulillah.. Berubah kearah kebaikan…

    0

    0