Written by serenity | August 13th, 2013

Bagi peminat industri hiburan Korea Selatan di seluruh dunia, nama Lee Byung Hun bukan nama yang asing. Diangkat sebagai pelakon lelaki yang menerima bayaran termahal di Korea Selatan, Byung Hun juga semakin dikenali di barat kerana pembabitannya dalam filem-filem Hollywood seperti GI Joe: Retaliation dan Red 2. Byung Hun bukan saja boleh melakukan babak aksi, malah dia ialah seorang pelakon karakter yang bagus melalui filem-filem seperti I Saw the Devil dan Joint Security Area (JSA) serta drama Hallyu seperti IRIS dan All In.



Sabtu lepas, pada usia 43 tahun, pelakon ini telah berkahwin dengan rakan seindustri iaitu pelakon jelita, Lee Min Jung, 32. Perkahwinan yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Busan ini diiktiraf oleh pihak media sebagai ‘perkahwinan abad ini’ kerana kehadiran peminat dan juga bintang-bintang terkenal Korea Selatan untuk meraikan hari bersejarah mereka.




Antara yang hadir dengan pasangan masing-masing ialah Jang Dong Gun, Kwon Sang Woo, Lee Bum Soo, Yu Ji Tae, Jun Joong Ho dan Jeon Hye Jin. Manakala bintang lain yang turut hadir ialah Choi Ji Woo, Kim Min Jong, Kim Soo Ro, Kim Tae Hee, Song Seong Hyeon, Jung Woo Sung, Shin Hyun Jun dan ramai lagi.

Menurut Byung Hun, dia memilih Min Jung kerana sukakan cara wanita itu berfikir. Pasangan ini telah bertolak ke Maldives semalam untuk berbulan madu.

Lagi 33 gambar dari majlis perlahwinan Lee Byung Hun dan Lee Min Jung dengan membaca entri ini sepenuhnya.

































57 responses to (38 GAMBAR)Majlis Perkahwinan Aktor Terkenal Korea Lee Byung Hun dengan Lee Min Jung

  1. Shhh says:

    Sapa ni ta kenal pun…sbbb aku tak minat K-POP..hehehehe

    0

    0
  2. Farhana says:

    Cunnya minjung

    0

    0
  3. kk says:

    Lol, xdak kena mengena ngan kpop langsung, kan Lee Byung Hun nie pelakon GI Joe. haha

    0

    0
  4. tingtong says:

    oooo..43 tahun????..kalau di malaysia kategori bujang lapok…senario negara maju..

    0

    0
    • Ajoy says:

      Umur pun nak jadi isu? Sebab tu la kat Malaysia ni ramai yang bercerai. Tak matang lagi dah gatal nak kawin. Orang kumpul duit biar betul betul stabil dulu. Biar lambat tapi kawin itu sekali ja seumur hidup.

      0

      0
      • BUNKFACE NO.1 says:

        kumpul duit ke OR tak laku tak ada org nak ?? org Malaysia ni kalau kawin lambat tandanya TAK LAKU, bagi alasan kumpul duit konon..kt Malaysia kalau hensem, kaya dah lama kena rembat dgn betina garik, kalau tak laku tu ckp jelah tak laku. tak payah bagi alasan kumpul duit

        0

        0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          kenapa komen aku kena tumbdown ? mesti ada pakcik2 tua yg terasa..yelah umur 43 tahun tak kawin lagi, lama benar kumpul duit smpai umur 43 tahun, TAK LAKU CAKAP LAH TAK LAKU TAK ADA ORANG NAK BOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

          0

          0
        • BUNKFACE NO.1 says:

          ORG MALAYSIA KALAU UMUR 43 TAHUN TAK KAWIN LAGI..TU NAMANYA TAK LAKU, PERUT BUNCIT SAPE NAK..JGN NAK SAMAKAN DGN ORANG KOREA DORANG UMUR 43 TAHUN STILL MANTAIN…

          0

          0
        • minah jambu tukar kaler merah biru says:

          betol cakap kau tu Bunkface minah jambu setujuuuuuuuuu la sangat …jantan kalau umr dh 43 tk payah la nk kawin2 tol tk .. kalau dia shut pn ntah2 tk kena tepat pada waktu Nye tol tk bunkface ku sayangggggggggggggg muah !!

          0

          0
        • bangsat punya bunface says:

          bangsat la komen ko. aku mcm nak ludah2 je kat muka ko. puihhhh!

          0

          0
        • lu apehal bro says:

          mentality masyarakat mesia. mendengki aje keja. itu yang bila kawin awal dikata gatal. kawin lambat pulak dikata tak laku.

          ah malaysian. macam ni perangai sampai kiamat pun tak maju.

          0

          0
      • berlari says:

        Tak semestinya kahwin muda tu gatal.. Nak elak fitnah n maksiat.. Aku pun kahwin muda jgk.. Umur 20 dah kahwin.. Beza 7 tahun dgn suami aku.. Tapi aman bahagia je hidup.. Yg kahwin cerai tu sbb ilmu tak cukup dah nak kahwin.. Hal kahwin bkn benda main.. Jenis kahwin tak pikir dugaan lepas kahwin boleh hadap ke tak tu yg cerai.. Aku tak setuju langsung org ckp kahwin muda tu gatal..

        0

        0
        • Mirai Suenaga says:

          Kau jangan nak riak sangat. Sekali kena kat batang hidung kau, baru kau tahu.

          0

          0
        • sleinn says:

          ntah..aku sangat nyampah org kata kawin muda tu gatal. aku pun kawin awal gak, mmg sakit hati bila ada yg kata gatal. salah ke kahwin awal? ikot cara islam, nak elak maksiat.. better la kawin drpd buat benda x senonoh. tolongla buang stereotypr ‘kahwin muda itu gatal’

          0

          0
        • berlari says:

          Zaman nenek2 kita dulu [un kawen muda jgk tapi kekal je.. So jgn nak salahkan kawen muda tapi salahkan diri sendiri. Kalau tak mampu kahwin muda,jgn la kahwin.. Bila dah semua cukup n mampu baru kahwin.. Bila kahwin muda yg nak elek maksiat org cakap gatal.. Tapi anak2 muda couple buat dosa tak dikata gatal pulak.. Tu la pikiran org zaman skrg..

          0

          0
        • hihi says:

          x semestinya kawin muda gatal dan yang kawin lambat tu x laku… jodoh masing2.. ade cepat ade lambat

          0

          0
        • miss A says:

          sbb ko kawen muda la ko tknk ngaku yg kwen muda gatal..mne ad org nk ngaku diri gatal

          0

          0
    • Zain Sardin says:

      Umo 43 tapi tengok laa rupa dia macam mana kalo nak compare org mesia umo mcm tuh dah boroi kepala botak seme dah nampak cam pesara gomen jekkk, bukan tak laku tapi takder pompuan yg layak rasanyerrrr dia nak cari laa pompuan yg setanding aper laa korang nih sempit bonar otak tuh…

      0

      0
      • Anonymous says:

        kalau umur 43 muka hemsom cmni, still maintain lagik aku pun nak wehhhh..
        xsemestinya kawen lambat tu tak lku, kawen awal tu gatal.
        ape punya mentalitiiiiii tah.
        tu la dia, typical sunguh

        0

        0
  5. mencelah says:

    simple je pakaian tetamunye…klu kat m’sia pakaian retis nk g knduri mcm nk g mjlis anugerah..huhu

    0

    0
    • hatta domba says:

      kat sana tak larat nak belabuci bagai..sini kalau boleh bulu mata palsu pun nak gantung labuci.

      0

      0
  6. whiteboardmarkermerah says:

    Kpop mendenye. Mostly pelakon/models. Aku benci kpop, tapi drama/movies and variety shows diorang tak hambar macam music machine diorang. Can it even be called music? Meh.

    Ish Kim Soo Roo tu da naik badan plak. Makin handsome. Guest lists LeeByungHun and LeeMinJung sangat menarik! Aku sangat suka gambar malu sipu-sipu Lee Min Jung. Comel~ Tak available dah akak ni. Nangis la jejaka2 kat sane. hehe

    0

    0
  7. redeye says:

    muke diorg da nak sama..kata org pnjang jodoh..ape pon moga mereka bahagia selalu.. =)

    0

    0
  8. bunga rumput says:

    tahniah Byung Hyun & Min Jung. pasangan yg sgt sepadan. dari dulu mmg minat Byung hyun especially dlm IRIS and GI Joe. tak minat sgt Min Jung dlm BOF tp dlm Big, Min Jung sgt talented. Semoga berkekalan & dpt anak2 yg comel2 mcm mak pak dia. hehehe

    0

    0
  9. Aku says:

    Gambar no. 27 tu, yang lelaki macam Pak Nil tapi rambut je pesen lain.

    0

    0
  10. BUNKFACE NO.1 says:

    dia ni yg berlakon cite IRIS tu kan, tak sangka pulak dia ni pelakon korea termahal..nampak mcm biasa2 je

    0

    0
  11. lalalo says:

    Antara aktor Korea yg aku suka tengok.. Aku suka dia dalam IRIS..hensem!!

    0

    0
  12. mishmish says:

    tahniah lee byung hun ngan kim min jung… simple je, x mcm artis kita, grand, tp 2 3 bulan dh cerai…

    0

    0
  13. mamamia says:

    simple but nice..

    0

    0
  14. asam boi says:

    nnt bila dpt anak muke huduh saman le bini dia..pasal muke semua plastic surgery..hahahaha…

    0

    0
  15. ahkak puaka says:

    RATA2 SUMER BUAT PLASTIK SURGERI. NTI DPT ANAK X COMEL SBB MAK PAK RUPENYE PLASTIK SURGERI SDGKN ANAK YG LAHIR DR GENETIK YG ORIGINAL. LOL. KOREA + PLASTIK SURGERI BERPISAH TIADA.

    0

    0
    • Latyfa says:

      aku rsa perkahwinan org kafir atau setara dgnnya lebih bersederhana berbanding kta org melayu islam.. bila org melayu nk brubah..

      ??????? ?????????? ???? ?????? ?????? ?????? ???? ?????? ?????? ??????? ?????????????? ???? ????????? ???????? ????????
      “Berikanlah mas kawin (mahar) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian yang penuh kerelaan.” (QS. An-Nisa:4)

      “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba saha-yamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karuni-Nya.” (An-Nur: 32)

      Dari Aisyah bahwa Rasulullah pernah bersabda “Sesungguhnya pernikahan yang PALING BERKAH adalah pernikahan yang BERMAHAR SEDIKIT.” (Mukhtashar Sunan Abu Daud)

      Dari Aisyah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara tanda-tanda berkah perempuan adalah MUDAH DILAMAR, MURAH MAHARNYA, dan murah rahimnya.” (HR. Ahmad)

      Dari Abu Said Al-Khudri bahwa Rasulullah SAW menikahi Aisyah dengan mahar alat-alat rumah tangga yang bernilai lima puluh dirham (HR Ibnu Majah)

      Rasulullah SAW pernah menikahkan anak-anak perempuannya dengan mahar yang murah. Sebagian sahabat menikah dengan emas yang beratnya tidak seberapa dan sebagian lain menikah dengan mahar cincin dari besi. Rasulullah mengawinkan Fatimah dengan Ali dengan baju perang. Beliau juga pernah menikahkan seorang laki-laki dengan mahar mengajarkan 20 ayat Al-Qur’an kepada calon istrinya.

      Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam telah bersabda yang diriwayatkan dari ‘Uqbah bin ‘Amir Radhiallaahu anhu,
      ?????? ?????????? ??????????.

      “Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.” [HR. Muslim, Abu Dawud]

      CINCIN BESI bisa jadi MAHAR.

      ~~ Rasulullah saw bersabda,

      ?????????? ?????? ???????? ???? ????????.

      “Carilah sekalipun cincin yang terbuat dari besi.” [HR. Bukhari]

      SubhanAllah…

      MUDAHKAN PERNIKAHAN… dengan MAHAR MURAH.
      Jangan MEMPERSULIT PERNIKAHAN… dengan MAHAR MAHAL.
      MUDAHKAN Pernikahan… SULITKAN Perceraian.
      Jangan TAKUT NIKAH… jangan GUSAR… karena MAHAR…
      Karena NIKAH adalah Sunnah Rasulullah

      0

      0
    • SakitOtak says:

      Bukan semua Korean actress buat surgery.

      0

      0
  16. bunga says:

    baru tengok cerita I saw Devil bulan puasa hari tu. Kalau tak sure tak tau sape dia ni. Ngeri cerita tu tapi pada aku lakonan dia mmg bagus

    0

    0
  17. lailan says:

    chukae!!! lee min jung and lee byung hun… so sweet!
    dan song seung heun, kwon sang woo, so ji sub tersangatlah hensem!!what a hottie!! tapi apsal xde gambar TOP dan SUZY? dorg attend kot majlis tu.. and mind u, he’s not related to kpop at all.. xde kene mengene langsung k! mostly guests dorg tu top actress and actors in korea…

    0

    0
  18. cikFai says:

    My favorite actor and actress telah berkahwin.. Amat comel… huhuuh

    0

    0
  19. Madara Uchiha says:

    Lelaki tu sedap la dia punya “bawah” tu kang…

    0

    0
  20. kak chah says:

    kak chah kenal yg lelaki tu je..sbb pernah tgk dia berlakon kat cerita apa tah..yg perempuan tu kak chah tak kenal pulak..lagipun kak chah mmg bukan peminat korean artist (artist Holliwood or Msia pun kak chah ramai tak kenal dan tak minat sebenarnya..huhu) tapi pasal mereka ni berkahwin kak chah nak ucap CONGRATULATION to both of u!! pada kak chah, mereka sama cantik, sama padan :)

    0

    0
  21. am nobody says:

    Salam. Tak mau komen apa2 pasal gambar artist ni..tak kenal pun, hehe..tapi saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN pada semua Muslim commentors, silent readers (mcm saya) dan owner of this blog Nara & family..EID MUBARAK everyone :) Salam.

    **am nobody**

    0

    0
  22. sasya says:

    cer tengok kepala lutut pic perempuan

    0

    0
  23. kindaichi says:

    x kesah la org nak kata apa kat kau lee byung hun…tua ke apa ke..yang penting kau dah kawin..bini cantik pulak tu…dah berlakon kat hollywood segala…retis malaysia mampu kah…tua tua pon, body mantap seyh…six pax siap…congrates….

    0

    0
  24. bastardised rejaman sihir says:

    apadaaa….cina kawin pun hangpa sibuk nk gaduh…tgk je la gambar…

    0

    0
  25. abcdefg says:

    laaa..dah 40an kee…asal hensem sgt??

    0

    0
  26. Lols says:

    adeh.. bila aku nak pi blajar di korea nih?! huhuhu Tahniah!

    0

    0
  27. aki says:

    mmg stail lah..umo 43 body meletopp..nk kne tanye tips nie..

    0

    0