Memang meriah!!! Itu yang dapat dikatakan mengenai Konsert ERA fm Sayang Sabah yang telah berlangsung pada 18 Januari yang lalu. Seramai 10,000 orang telah membanjiri 1 Borneo Gourmet Lane, Kota Kinabalu untuk menyaksikan artis-artis seperti Judika, Altimet, Awi Rafael, Faizul AF 2013, Candy, Dj Fuzz, W.A.R.I.S, Juzzthin dan Mark Adam.
Dibawakan khas oleh Biozip, Konsert ERA fm Sayang Sabah dimulakan dengan nyanyian oleh penyanyi yang berasal dari Sarawak, Candy. Seterusnya pentas persembahan menjadi semakin hangat apabil DJ Fuzz muncul bersama W.A.R.I.S dan Juzzthin. Mereka bertiga menyanyikan lagu Rembau Most Wanted, Botingkek dan banyak lagi. Memang havoc dibuatnya dengan sorakan para hadirin.
Kemunculan Mark Adam dengan lagu “Pencuri” memikat hati para hadirin. Penyanyi yang berasal dari Filipina ini turut mendendangkan lagu seperti Day Light (Marron 5), Sandiwara Cinta dan Si Katak. Kemeriahan makin terasa apabila Awi Rafael muncul menyanyikan lagu Bila Aku Kaya bersama Altimet. Tak henti-henti sorakan daripada para peminat penyanyi ini.
Sengaja ingin membuat gimik, penonton dikecewakan apabila pihak penganjur memaklumkan penyanyi Indonesia, Judika tidak dapat membuat persembahan di Konsert Era fm Sayang Sabah. Suasana bertukar menjadi gelap dan bingit dengan jeritan nama Judika! Secara tiba-tiba Judika muncul dalam kegelapan dan terus menyampaikan lagu-lagu hitnya untuk mengubat rindu para peminat. Memang terbaik gimik yang dilakukan.
Secara keseluruhannya, Konsert Era fm Sayang Sabah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan di luar jangkaan. Nampak gayanya selepas ini konsert sebegini harus diteruskan di negeri-negeri lain. Tahniah kepada pihak pengurusan terutamanya Era fm atas inisiatif menarik ini. Lagi beberapa gambar sekitar konsert dengan membaca artikel ini sepenuhnya.