Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar sudah hampir seminggu bulan Syawal berlalu. Namun begitu, masih lagi terasa kemeriahan Aidilfitri. Hujung minggu ini pasti ramai yang akan buat rumah terbuka. Kalau sudi, jemputlah Abang Nara sekali ye.
Raya tahun ini pasti lebih meriah buat Fouziah Gous kerana sudah bergelar tunangan orang. Tahun depan bila dah sah jadi suami isteri, pasti lebih best. Boleh bersalam-salaman memohon maaf. Pasti lebih terasa kesyahduan di pagi raya. Tak gitu?
Abang Nara suka tengok gambar keluarga Zizie Ezette dan Bung Mokhtar ini. Memang jelas terserlah kebahagiaannya. Semoga pasangan ini akan dikurniakan berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga tidak lama lagi. Beberapa keping lagi gambar selebriti-selebriti tanah air menyambut Aidilfitri dengan membaca artikel ini sepenuhnya.