Tanggal 25 Disember 2015, kira-kira jam 9.20 pagi, Nabila Huda telah pun selamat bergelar isteri kepada Mohd Izwan Johar di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Akad nikah telah dilangsungkan oleh ayah Nabila Huda iaitu Amy Search. Mohd Izwan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Nabila. Bagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas tujuh dulang.
Sama-samalah kita doakan agar perkahwinan kedua Nabila Huda ini berkekalan buat selama-lamanya. Selamat pengantin baru diucapkan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit WhiteLipsStudio.