Written by AbangNara | April 9th, 2012

Untu membuat sebuah filem cinta bukanlah satu perkara mudah. Jalan cerita kena cantik, ayat kena touching dan paling penting, dekat dengan hati penonton. Abang Nara dah berjaya menontononton filem 3 Temujanji. Terus terang cerita ni memang best. Lakonan Pierre Andre dengan Yana Samsudin dalam cerita ni sangat mantap. Jalan cerita pun sangat unik dan punya kelainannya yang tersendiri.

filem 3 temujanji

Semasa permulaan cerita ini Abang Nara rasa agak kurang menarik. Babak menarik hati wanita dengan harta kebendaan agak annoying dan cliche. Namun seiring dengan perkembangan cerita, baru lah nampak macam mana bermulanya detik percintaan antara Pierre dan Yana dalam filem 3 Temujanji ini.

filem 3 temujanji

Pendek kata, cerita ni unik sebab Pierre menunjukkan diri yang macho dlm cerita ini. Bukan senang untuk seorang lelaki mahu akur dengan syarat yang ditetapkan oleh seorang wanita. Bagi Abang Nara babak tersebut sememangnya gentlemen habis. Kalau lelaki lain, confirm menangis teresak-esak. Bukan senang untuk kita lepaskan wanita yang kita dah mula sayangi selepas 3 temujanji kan?

filem 3 temujanji

Abang Nara bagi markah 4.5/5. Lakonan memang first class, cinematography yang menarik dan soundtrack yang menarik. Cuma mungkin babak yang agak gedik boleh dikurangkan untuk memantapkan lagi filem ini. Sinopsis filem 3 Temujanji di bawah untuk tatapan anda.

Mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Reanna gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Reanna mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Reanna sedar kebodohannya lalu mengejar Mikhail. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mikhail dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.

P.S: Menangi hadiah yang sangat menarik dengan menyertai pertandingan filem 3 Temujanji di Facebook MIG Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 responses to 3 Temujanji – Filem Cinta Yang Lain Daripada Yang Lain

  1. pawangMANTAP says:

    sume citer genre mcm ni same je.. xde makne kelainannyer..choi!

    0

    0
  2. akukah says:

    3 lines tue da mcm syampu patene.. patene taja ke?

    0

    0
    • Nenen che ta vs nenen kak pah says:

      Another rubbish. Xtau la nape ek, bukn nk kutuk tp dr iklan jer pun dah tau citer ne low class. Jalan cerita yg very x kreatif….mmm msh x dpt tanding ombak rindu…sy cadangkan, para pengarah or bakal pengarah pegi la ambik ilmu kat holywood atau paling dkat pun kat thailand… Filem dorg smua hebat..n jgn plak pegi kat indon, kang ada plak filem hantu yg mcm cerita lucah!

      0

      0
      • Anonymous says:

        another rm10 to be wasted, klu setakat nak masuk wayang bwk awek pastu buat wayang seniri, bleh la citer2 mcm ni..

        0

        0
  3. Kurus says:

    “Untu” pun bolehhhh…. utk abang nara

    0

    0
  4. BIBI says:

    FIRST!! AHAHAH

    0

    0
  5. aaaa says:

    ok la..

    0

    0
  6. nanako says:

    asal wat filem je lain dari yang lain. takde la statement klise lain. pastu baru 2-3 hari tayang, dah masuk astro first. apa yang lainnye dik non

    0

    0
  7. […] menontononton filem 3 Temujanji. Terus terang cerita ni memang best. Lakonan Pierre Andre … Continue reading → This entry was posted in Gosip and tagged Cinta, Daripada, Filem, Lain, Temujanji, yang by […]

    0

    0
  8. kikicap says:

    kenapa hero die PIERRE ANDRE ? bg la hensem sikit

    0

    0
  9. ODAH says:

    mcm nak best jer coz ada yana samsudin.. :)

    0

    0
  10. ela says:

    sini takde chance nak tgk. tunggu vcd kuar ler

    0

    0
  11. chentalove says:

    yana sgt cute…

    0

    0
  12. mimo says:

    alahaiii kalau cerita dari metrowealth je mesti hancur and tak best! macam hantu dalam botol kicap. story line hancur! takyah pergi tengok pun takpe, bazir duit beli ticket jeee.. Mimo tengah tunggu KL Gangster niiii heheee

    0

    0
  13. chinta hati says:

    kesiannye kat diana amir..org masih blh tgk rambut die,wlaupn die dh btudung skrg..harap2 keikhlasan die bertudung dpt keberkatan dari Allah.. amin..

    0

    0
  14. haramjadah says:

    Terus terang cerita ni memang best. Lakonan Pierre Andre dengan Yana Samsudin dalam cerita ni sangat mantap. Jalan cerita pun sangat unik dan punya kelainannya yang tersendiri.

    ~~banyaknye sangat…menipu btolla nara nih.bosanla tengok pierre nih

    0

    0
    • Ros Putih.. says:

      Cite cam best jer..tpi dia pnya hero tak best la sebab PIERE ANDRE..dia ni cam serabut ckit la..tak ensem pn ye.

      0

      0
  15. Kurus says:

    jap jap
    aku nk backup david teoh jap..

    aku tengok wo… filem mig..
    walopun tk selalu kt panggung

    0

    0
  16. sam fans says:

    ak rs kalo letak sam hero ke,br la meletop..takat pierre xpyhla..he is so yesterday

    0

    0
  17. Anonymous says:

    xpe la, ape2pun xkan ade filem sesampah karipap2 cinta… aku mampu habiskan separuh je tgk cite tu, tu pun download je, dh hampir muntah darah walau tgk separuh, aku xtau ape nasib aku klu tgk sampai abis cerita tuu..

    0

    0
    • Anonymous batang 9inci says:

      Yg kau 2 bodoh sgt nk p download wat pe? Ish. Kalu aku la citer2 mcm ne org bg free pun aku xnak tgk..poster low class, jalan crita x menarik, hero x hensem (ronggak plak 2). Moral of the story sila fikir panjang sblum nk download filem low class!

      0

      0
      • Anonymous says:

        pastuuu ko ingat aku download aku bayar ke??? ko ni bangang asal mana???? lerr aku download je la dh free, tp dh mmg sampah aku x sanggup la tgk..ko ni ckp mcm rempit kelas bawahan….

        0

        0
      • Anonymous says:

        ko lagi la bodoh! internet tu kau langgan pecuma ker???? oooo x pun ko pakai internet kat ofis buruk kau tu…nampak sgt kau pekeja yg suka curi tulaaaaaaaaaaaaaang!! bangang punya orang!

        0

        0
      • Anonymous says:

        omg, bodohnye ko niiii!!! ape kene mengena LANGGAN internet ngan download free?? ko ni bangang ke ape?? btw LANGGAN?? ko ni asal ulu banat mana guna perkataan LANGGAN ni?????? ko ingat line internet tu guna utk pakai download movie pastu xboleh buat bende lain dah ke??? ko asal gua mana ni?? bodohnye ko niii!!bangangnya ko ni?!! mesti mak ko malu dpt anak bodoh mcm ko!! dasar x pegi sekolah, merempit, jadi sampah masyarakat!! pakai internet ofis???? wtf??? ko ni mesti x kerja, xpun kerja cuci longkang, xpun menysuahkan mak bapak ko bg mkn kat biawak hidup mcm ko kan kan???

        0

        0
      • Kipas Susah Mati Neelofa says:

        Waaarrrkhhhh….. kah..kah..kah…kah…kah…kah…!!!
        Kelakar baca komen korang….

        0

        0
  18. lovelime says:

    mmg sepatutnya kite support film tempatan tp sy sendiri tak blh tgk pierre andre nie lg belakon mmg rase nak gelak bkn nak gelak kekurangan dia jerk tp selalunya klu dia jd director mesti dia heronya sebab apa?sebab org lain tak nak ambik dia jd hero…serious tak mnt lah~kesian pelakon lain tak pasal2 sebab pierre kena tempias…sorry yerk pierre:D

    0

    0
  19. Zaza Muhammad says:

    stakat ni pegang record personal aku, filem ‘Azura’.. tgk xsmpi 15 minit, trus xble layan dah… ‘Ombak Rindu’ plak, sempat gak abis, tu pun sbb nk tgk Maya Karin… Gane2 pun tgk lu. jgn sbb tgk trailer atau the making trus judge filem tu ok ke tak… Kura-kura cinta, asalnye rerase cam ntah apa2 cite dia, tp ble gak tgk smpi 2 3 kali.. tgk lu… cite Avatar yg billion2 kutipan pun aku tgk stengah jam je… Resident Evil yg kurang kutipan tu ble plak tgk berkali2…
    stakat ni, klu cite yg drama camni, filem ‘Nurkasih’ je yg btul2x ‘terasa’ <– personal view.. diulangi personal view. gane2 pun aku xpernah kate filem2 yg aku tak suke ni filem sampah wpun aku tak suke tgk, respect hasil keje org…

    0

    0
  20. peminat artis korea says:

    sume cite melayu sy tgk kat wyg..bangge tak..ni sbb nak sokong cite melayu la nih….tp smpai skrg masih xde prubahan.masih d takuk lame.ombak rindu tu best pon sbb penulis cerita tu.pengarah filem melayu ni x kreatif langsg!klu xpandai pegila blaja dr bawah.ni tak, ade modal ade kabel tup2 dah jd pengarah.pastu pengarah senior plak xmau terima pendapat org mude,filem ntah ape2 jugak…hish xpaham betolla dengan pengarah2 sume ni.buat cite syok sendiri.pelakon belakon mc tut pon ok je bg dorng.klu pengarah kat luar negara tu(maksud sy korea la sbb sy peminat korea kan) dorng make sure pelakon die mantap (handsome gile),heroin cun, berlakon tip top, story line pon mantap abis.

    0

    0
  21. ck says:

    mcm ikut citer omputih tu, xigt plak tajuk..jln citer mcm copy paste

    0

    0
  22. Kitorang dah tengok, boleh baca review Filem 3 Temujanji di KakiWayang.com

    0

    0
  23. Lagubestbest says:

    Filem tahun ni iklan astro first macam best tapi bila tengok full, taraf drama tv3 je. Haih.. Sebab sekarang HD display jadi filem tak nampak teruk sangat tapi semua filem macam buat janji siap je (kalau makakan tu orang boleh kata macam tak cukup something) .. Adnan Sempit 2 filem tangkap muat, 7 petala cinta terlalu ringkas, haih.. Plz MIG, sy nak tgok filem up sikit.

    0

    0
  24. cik sri says:

    kalau citer pierre xyah la g tgk. Kompom xbest.

    0

    0
  25. cik receptionist says:

    Filem MIG = Bosan…asik2 heroin same..klu tak yana, intan ladyana..baik layan filem chow kit, bulan dpn ..Lagu OST pn bes..pe tajuk ek

    0

    0
  26. akirakaede says:

    bunohan juga filem terbaik.selepas filem yasmin ahmad.dari aku layan filem MIG,sinetron indon lagi tangkap syahdu.

    0

    0
  27. sedeyhhh says:

    em pelik ngn diana amir berlakon dlm filem nie…sbnrnye die ni bertudung betul ke x?konpius

    0

    0
    • lantakpilah says:

      zaman sblum die pki tudung. outdated sket filem ni br nk kuar. panggg!!!

      0

      0
    • Sara says:

      Diana amir ada pesan kat fb dia. “jangan keliru.. masa cita tu masih dalam process penggambaran, diana masih belom berhijrah”

      0

      0
  28. Sara says:

    Tolong la.. Aku dah tgk.. mcm hampeh. aku bla awal sebab tak sanggup nak teruskan tgk cita ni. Terus terang dari hati aku.. cita ni tak sesuai untuk remaja. Bukan sebab ada adegan 18sx ke ape.. tapi sebab moral yang ditunjukkan…
    1) mcm tak de kualiti hidup.. Keje tak seberapa.. asyik cakap pasal cinta je..
    2) lelaki yang kejar sgt pompuan..
    3) last skali.. perkenalkan prinsip mengarut 3 temujanji ntah ape2.. lepas tu menyesal jadi la perigi cari timba.

    ini ke nak dijadikan contoh kepada anak muda yang tgk? stop producing this kind of rubbish movie!

    sorry kepada yang terasa

    0

    0