Untu membuat sebuah filem cinta bukanlah satu perkara mudah. Jalan cerita kena cantik, ayat kena touching dan paling penting, dekat dengan hati penonton. Abang Nara dah berjaya menontononton filem 3 Temujanji. Terus terang cerita ni memang best. Lakonan Pierre Andre dengan Yana Samsudin dalam cerita ni sangat mantap. Jalan cerita pun sangat unik dan punya kelainannya yang tersendiri.
Semasa permulaan cerita ini Abang Nara rasa agak kurang menarik. Babak menarik hati wanita dengan harta kebendaan agak annoying dan cliche. Namun seiring dengan perkembangan cerita, baru lah nampak macam mana bermulanya detik percintaan antara Pierre dan Yana dalam filem 3 Temujanji ini.
Pendek kata, cerita ni unik sebab Pierre menunjukkan diri yang macho dlm cerita ini. Bukan senang untuk seorang lelaki mahu akur dengan syarat yang ditetapkan oleh seorang wanita. Bagi Abang Nara babak tersebut sememangnya gentlemen habis. Kalau lelaki lain, confirm menangis teresak-esak. Bukan senang untuk kita lepaskan wanita yang kita dah mula sayangi selepas 3 temujanji kan?
Abang Nara bagi markah 4.5/5. Lakonan memang first class, cinematography yang menarik dan soundtrack yang menarik. Cuma mungkin babak yang agak gedik boleh dikurangkan untuk memantapkan lagi filem ini. Sinopsis filem 3 Temujanji di bawah untuk tatapan anda.
Mengisahkan seorang wanita bernama Reanna yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Reanna mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna. Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Reanna percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.
Segala-galanya berubah apabila muncul Mikhail, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Reanna. Mikhail yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Reanna untuk tiga temujanji. Sikap Mikhail yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Reanna gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.
Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Reanna gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Reanna mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Reanna sedar kebodohannya lalu mengejar Mikhail. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mikhail dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.