Written by AbangNara | December 27th, 2012

Perkahwinan Siti Fazurina dan Hykal boleh dikatakan penuh dengan kontroversi. Namun begitu, sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang gambar ketika majlis pernikahan mereka berlangsung. Terima kasih kepada The Photolicious, kini pembaca BeautifulNara dapat melihat betapa berserinya mereka berdua di hari bahagia.

gambar nikah fazurina

Abang Nara membaca komen-komen anda mengenai kepentingan restu seorang ibu di dalam entri sebelum ini. Agak menarik juga. Ada pembaca yang berkongsi pengalaman hidup mereka sendiri. Ada yang bahagia, dan ada yang sengsara. Sila ke entri ini untuk membaca komen-komen daripada pembaca BeautifulNara.

gambar nikah fazurina

Bagi Abang Nara, restu ibu nak tak nak memang perlu didapatkan. Sekarang ini mereka sudah pun bergelar suami isteri. Jadi Fazurina dan Hykal perlu berusaha untuk memenangi hati si ibu. Selalulah datang melawat, bawak buah tangan dan sentiasa bertanya khabar. Insya-Allah suatu hari nanti pintu hati si ibu akan terbuka jua.

gambar nikah fazurina

Kepada Fazurina dan Hykal, selamat pengantin baru. Layari rumahtangga dengan penuh kesabaran. Lebih-lebih lagi dengan dugaan yang telah menimpa anda. Semoga berbahagia sehingga ke hujung hayat. Kredit gambar kepada Facebook The Photolicious.

P.S: Permohonan pakej komunikasi rebat RM200 untuk belia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

106 responses to (3 GAMBAR)Majlis Pernikahan Siti Fazurina & Hykal Daripada The Photolicious

  1. gadis senasib says:

    tahniah…ape2 pun tabah la menghadapi dugaan yang akan mendtg….

    0

    0
    • joyah says:

      majlis besaran begini ibu ayah dan keluarga tiada.. sedih sgt…

      buat hykal.. tolonglah cari kerja, jangan jadi lelaki pemalas, 2 tahun anda tak bekerja, tunggu fazurina bagi duit setiap bulan, ibu ayah mana yg ingin anak bersuami dengan lelaki macam tu.. sedangkan kekasih pun, dok makan hasil girlfriend, ni kan suami dah rasa berhak, nanti asik makan hasil bini je..

      0

      0
      • Anonymous says:

        tahniah…

        ingat nnti kamu juge akan menjadi seorang ibu.. nnti kamu juga tak da hak utk menghalang anak gadis kamu untuk berkahwin dgn sesiapa shj. ingat la hidup ini roda.
        jgn menangis jika suatu hari nnti anak kamu pun membelakangi kamu dalam menentukan hidupnya.

        0

        0
      • hijau says:

        ooo itu ke citernya…masa kecoh2 sblum tgok gmbar laki die ni, aku ingatkanla laki die mcm aaron aziz tp mcm wafi exlaki anne

        0

        0
      • Anonymous says:

        suka hati korang lah..
        orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa.. jd sila lah ikut iman mesti aman nnti…

        yg anak akan jadi ibu, yg ibu pernah jadi anak so sama2 lah bermuhasabah diri.

        0

        0
      • cik kiah says:

        cantik jugak…

        0

        0
      • Kak Cham Kuat Gosip & Tido says:

        what can i say is TAK BERBALOI KAHWIN DGN LAKI MUKA MCM NI SAMPAI X DAPAT RESTU MAK BAPAK! lain la kalu dgn Ady Putra ke, Eza Gionino ke, atau pun paling2 koman Gunawan pelakon sinetron Aliyah tu!

        0

        0
      • dadu says:

        assalamualaikum
        korang kalo nak nasihat or nak tuduh2 tu better baca sumber yg lain. jgan harapkan satu sumber je. ni ha… aku tgok blog gosip yg lain… hykal n keluarga nina tu tinggal satu kondominium yg sama cuma lain level. hykal tu pernah merisik tapi x diterima oleh mak dia. pernha juga terbitkan dua buah drama n dia juga rakan kongsi kpd syarikat nina tu. adik nina tu siap pernah jd pelakon kot. ha lagi satu, saudara mara dia semua ada. family dia je yg xde kan.

        tgok link ni

        http://www.ohbulan.com/keluarga-kenal-suami-saya-kami-bukan-kahwin-lari-fazurina-dunia-anita/

        0

        0
      • hilman yong says:

        Pelik btol. Nape pompuan suka jugak kat lelaki tak bekoje. Lepas kawin nnti baru taw langit tinggi ke rendah idop dengan suami yang tak bekoje.

        Semoga berbahagia hingga hujung nyawa

        0

        0
      • cek nah says:

        macam tau je joyah ni kan.. tinggal 1 apartment juga ke beb?

        0

        0
    • kamariah says:

      tahniah fazurina…semoga kekal hingga hujung nyawa…
      tabah dan sabar mengharungi alam rumahtangga…
      semoga…

      0

      0
    • Selitone says:

      Gini jer lah…

      Kedua belah pihak banyakkanlah berSABAR… cuba duduk semeja, hadapi kenyataan… Sebesar mana pun marah di pihak anda.. TETAP HUBUNGAN ANTARA IBU-ANAK ITU TIDAK AKAN TERPUTUS. Cuma mungkin servis *(tanggungjawab) jer bertukar tangan. (sempat lagi nak berlawak bodoh tuu…)

      Yer… memang… memang anak anda tidak mendengar atau mengikuti nasihat pihak anda… tetapi REALITINYA, mereka berdua telah pun selamat berkahwin. Sepahit mana pun hempedu itu, terpaksa jua pihak anda telan. Jika sebelum ini anda melarang perkahwinan mereka MUNGKIN kerana takut anak anda tidak bahagia… KALI ini berdoalah untuk kebahagiaan mereka agar apa yang pihak anda khuatirkan tidak berlaku. Itu yang sebaik-baiknya.

      Tak rugi hidup saling maaf bermaafan…

      0

      0
      • Anonymous says:

        terbaik

        0

        0
      • mohd ariffin abas says:

        kerana org ketiga, kerana cinta, pengorbananan ibu selama ini di ambil mudah… hingga restu ibu tidak di ambil peduli, ….. mmg terguris amat hati seorang ibu.. aku sendiri prnah mengalami nya 27 thn yg lalu…. kenikmatan hidup ku rasa tk sampai setahun… cobaan demi obaan ku alami, dugaan hidup lepas satu, satu aku harus tempohi.. akhirnya, perkahwinan tu gagal… kini hidup ku sungguh bahgia dgn anak2…. kesal kemudian mmg tak berguna….kini ibu ku juga rasa lega dn boleh menarik nafas yg panjang dn lena tidur malam….
        aku sedar betapa peri penting nya restu ibu… tanpa restu beliau, Tuhan tk akn beri ku kebahgiaan seperti mana org lain mengecapi kebahgiaan hidup berumahtangga… aku kesal dgn tindakan aku dulu…
        HARAP secebis kisah ku dpt di jadikan panduan…..
        maaf jika ada yg terguris

        0

        0
        • Zasssssss says:

          betul tu…tanpa restu ibu & ayah , apa yg kita buat krg menjadi.Aku pn gagal krn tdk mendengar kata org tua dulu.Jika aku ikut nasihat mrk , pasti I am somebody now.Krn cinta maut ku dulu , aku menjadi pendek akal.Kini aku akan tebus masa kebodohanku dgn mempastikan ank2 meneruskn apa yg aku cita-citakn dulu.Kpd para gadis , bkn nk materialistik tp carilah bakal suami yg komited dgn kerja walau apa jua kerja asalkan halal & mampu menanggung keluarga

          0

          0
      • nanee says:

        sokong… Selitone.. benda dah jadi, redaknlh kehidupan anak dan suami aman damai.. x rugi pun.. allah suka maaf bermaafan..
        Semoga fazurina dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.

        0

        0
  2. Mak Bidan says:

    okla tu…

    0

    0
    • berlari says:

      dah kawen ni harap si suami carilah keje..jgn nak habeskan duit bini je..bini tu pun bknnye ade job sntiase..blum ada anak takdela rase beban sgt,bile da ade anak nti,duit bini kau pun tak ckup..ckup2la goyang kaki je..logik lah mak fazurina tak restu..tanak hidup anak dia tak bahagia..papepun doakan je la yg terbaik..

      0

      0
      • Zaza says:

        Btul tu, pengalaman perit aku sendiri bercinta dengan buah hati aku yang xpernah komited dengan keje. Cuma bezanya aku dapat restu dari keluarga untuk berkahwin kerana aku merahsiakan sifat suami aku yang suka berhenti kerja dan lebih senang menganggur. Bercinta 9tahun tapi berkahwin hanya 2tahun.Baru aku tahu petapa deritannya kahwin dengan lelaki menganggur dan tdak bertanggungjawab. Bercinta cukup hanya dengan kasih sayang…LPs berkaHwin, dengan kasih sayang semata…dapur tak kan berasap..duit bukan segalanya tapi segalannya perlukan duit.

        0

        0
  3. joyah says:

    majlis besaran begini ibu ayah dan keluarga tiada.. sedih sgt…

    buat hykal.. tolonglah cari kerja, jangan jadi lelaki pemalas, 2 tahun anda tak bekerja, tunggu fazurina bagi duit setiap bulan, ibu ayah mana yg ingin anak bersuami dengan lelaki macam tu.. sedangkan kekasih pun, dok makan hasil girlfriend, ni kan suami dah rasa berhak, nanti asik makan hasil bini je..

    0

    0
    • semua saya suka says:

      meriah jgk majlis dia.. patut ibu dia makan hati huhuh.. semoga berbahagialah dgn suami tercinta ye.. pape pun ibu anda jgn dilupakan..kite sentap camner pun, kenang balik jasa ibu kita yg mengandungkan kita, lahirkan kita dan besarkan kita..bkn sng tu..nati Fazurina pun insyaallah akan bakal menjadi ibu,so bila dah start mengandung dan melahirkan nanti baru tahu camner rasa dugaan ms mengandung dan perasaan seorang ibu..mmg indah saat itu walupn kene hadap sakit mcm2.. Pd suami Fazurina, jadilah seorang suami yg baik dan bertanggungjwb, paling penting jgn pisahkan hbgn anak dan ibu, usahalah utk mereka rapat semula..kalau suami Fazurina ikhlas, Insyaallah Allah akan permudahkan..Amin..

      0

      0
  4. sepahtun says:

    erm cantik da pakai tudung.. tp mst ade sebab mak die x restu perkhawinan die kn.. kite xbole tunding jari kesalahan kt die je.. mungkin ade slh phm.. kdg2 mak bapak kite ok je cume kalu ade yg menghasut 2 yg wat xok..

    0

    0
  5. miss nurul says:

    tahniah. lepas ni buat kenduri lain pulak yek. cian org tua..tak dapat jemput kengkawan. sbb tu kot yg dia merajuk & terkilan. apepun restu org tua itu sangat2 perlu. redha Allah dtg dari redha & restu ibubapa. moga bahagia milik kita semua :-)

    0

    0
  6. jungie says:

    1st

    0

    0
  7. amira nor says:

    hmm sabar lah dengan dugaan ni…

    0

    0
  8. kak timah says:

    nyampahnya xdapat pessssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  9. Oxy 10 says:

    Restu mak ayah mmg penting…

    TAPI

    Haritu ada tengok kuliah UAI kat youtube..katanya, masyarakat melayu ni pelik..mak tak ada hak nak bantah anak dia kahwin dgn siapa, tapi ayah berhak sebab ayah wali..

    Apa-apa pun, jangan tuduh fazurina macam2…kita tak tahu apa kemelut sbnrnya

    0

    0
    • Anonymous says:

      habis klau ayah dah takde takkan mak terpaksa biar je klau anak nak kawin dgn orang yg tak elok.
      tak faham la aku…nnti kalau dh kena dera bgai dgn laki tu tau pulak nak balik cari mak

      0

      0
      • saya suka gosip says:

        ayh xde..datuk..pakcik..dan setrusnye..sehingga hakim..xde mak dlm snarai..cume x sdap la kn kalo x dpt restu..huhu

        0

        0
        • Anonymous says:

          mmg mak takde dlm senarai masa nak kawin.. tp mak la akan dicari dulu bila ada masalah nnti.. seburuk2 mak pun dia yg bergadai nyawa nak lahirkan anak… ingat mati nnti pun berbintikan nama mak…

          0

          0
    • iz says:

      mmg cam tu pun…hak ape2 mmg letak kat ayah..cam bagi name kat anak nanti..tapi xramai yang tau…hak kat ayah sbb ayah yang byk tanggung dosa ank, isteri semua…

      0

      0
      • cik joyah says:

        mak tak de hak nk tentu kan anak nk kawen dgn siapa.. takkan mak nk tengok je anak menjahnamkan masa depan sendiri… cth anak duk tangkap cintan ngan mat bangla… dek tak da hak mak kene biarkan je!? susah payah kendong 9bln nk beranak sikit punya sakit tu belum bab bersengkang mata jg anak sakit tibe2 kata tak ada hak…

        0

        0
        • Anonymous says:

          tu la..mmg le tak de dlm rukun nikah nama mak tu tp takkan la ko nak anggap mak ko org asing terus lpas ko tangkap cintan kan…
          nabi kata seorang anak patut hormat yag pertama pad ibu, yg kedua pada ibu, yg ke tiga pun pada ibu, yg keempat baru bapa.. nmpak tak bertapa tinggi darjat seorang ibu tu…

          0

          0
  10. cik doy says:

    dah selamat.. pasni cuba jernihkan hub dgn mak lak.. berkat ksbaran dan buktikan yg leh bahagia insyallah.. ade restu nanti

    0

    0
  11. dee says:

    Alhamdulillah syukur da selamat…ini bukan kawin lari…majlis berlangsung dgn meriah…dgn sempurna cuma berwalikan hakim kerna wali sah x nak mewalikan dia…insya’allah banyakkan berdoalah wahai Fazurina n suami mohon pada ALLAH swt agar hati ibu lembut dan merestui perkahwinan kamu…..

    0

    0
  12. Alahai says:

    Errmmm x tahu nk ckp mcm mane.. I dulu pun b’cinta bagai nk rak ngn bf tp both family x setuju.. Dah kering air mata bagai akhirnya b’pisah juge… Tp skrg alhamdulillah i bahagia ngn suami i dlm ertikata BAHAGIA biler m’dpt restu dari IBU… & my ex bf pun bahagia ngn family dia.. Moga Fazurina cpt2 b’baik smula ngn Ibu… Anak2 perlu kenang jasa & p’gorbanan sorang IBU demi melahirkn & m’besarkn anak2.. Jadilah ank yg m’genang budi yer ~_~ A’way Selamat Pengantin Baru…

    0

    0
    • Anonymous says:

      tu maknanye…xde jodoh dgn bf…klo dah jodoh…ade restu ke.. xde restu ke…klo dah jodoh jd je kahwin…mcm sy…mls nk cite…pnjg….

      0

      0
  13. cikikaka says:

    tahniah… lepas ni cuba ambil hati mak dan dapatkan restu.. moga bahagia dunia akhirat..

    Pada ibu pula, (ibu bapa yang beriman tidak akan membebankan anak-anaknya dengan kerenah yang menguji kesabaran mereka) .. Fikirkanlahh…

    0

    0
    • cella says:

      so ko nk kate ibu dia xberiman lah.. walawehh.. korang ni jgn pndai cakap ye.. aku pasti korang2 ni yg sokong si fazurina sbb korang belum jadi ibu lagi..belum pernah rase sakit mngndung, sakit beranak bagai.. boleh la kate cenggitu…
      mak yg mgndung 9 bulan, besarkan anak.. bile beso jd cmni.. mak yg jage anak dari kecik smpai dah berbulu,ttiba prasaan syg tu boleh plak kat jantan lain, xde rase sayang sikit pon ke kt mak tu bile wat mcm ni? xkire la sikap setengh ibu yg mnyakitkan ke yg mcm mne skali pon, ibu tetap ibu! hormat tu wajib.. kalau pangkat ibu xbesar, xde la syurga diwah telapak kaki ibu! even skang ko dah berlaki, skang surga ko bwah tapak laki..hdup ko belum tentu aman slagi hati ibu kau terluka.. bile jd mcm ni, mula la kate ni sume ketentuan Allah.. korg ni blaja agama xabis la kan..abis tu kalau ade org pembunuh, perogol,dorg ckp, ‘ape nak buat dah mmg aku perogol, dah tertulis.. selagi boleh betulkn keadaan, boleh ubah semuanya.. tapi OTAK BEBAL yg mnentukn perjalan hdup korang..

      0

      0
      • jesy says:

        sy seorang ibu , jd boleh la sy komen yer.. fazurina dh usaha mohon restu, tp ibu dia x setuju.. mmg benar hati ibu mudah terluka.. ape lg anak yg dikandung 9 bulan , di tatang bagai minyak yg penuh, di beri pendidikn, akhirnyer berpaling dr ibu, untuk lelaki .. kerana cinta.. hati maner x sakit, hati maner nk restu.. bagai anak kte di ajar jd kurang ajar, tetapi dorg skrg dh kawin, dh sah.. asalkn sang menantu jg anak kte dgn baik, pandai ambil hati dan tunjukkan dia boleh buat anak kte bhgia insyaallah restu dan doa seorang ibu tu akan dtg pelan2..hati ibu ni penuh rasa kasih syg.. xde ibu nk anak menangis , sengsara… buat fazurina dan suami, kalau anda berdua berusaha dgn doa dan tawakal yg berterusan , insyaallah keluarga akan trima.. mengalah la sbb anda dh buat slh.. bg sang ibu, ade org ALLAH uji dgn sakit penyakit, ade ALLAH uji dgn kesusahan ekonomi , ade ALLAH uji dgn hubungan sesama manusia… terima ujian ALLAH dan berdoa lah semoga anak2 kte sentiasa bhgia dunia akhirat.. maner yg kurang, kte ajar.. nasihat… benci x selesaikan ape2.. :)

        0

        0
        • cikikaka says:

          saya cakap ni sbb saya ni seorang ibu.. Klu tak xdela sy ckp mcm tu. Sy ckp ni bukan ckp kosong. Pakar motivasi sendiri.yg penah ckp. Kepada CELLA’.. Bukan awak sorang yg dah jd ibu.

          0

          0
      • Anonymous says:

        Saya juga seorang ibu CELLA. Tapi xdela emosional mcm awak. Sian anak2 awak

        0

        0
  14. macik adam says:

    semoga berbahagia ke akhir hayat. insyaAllah hati mak pasti akan terbuka menerima menantu nanti.

    Kena selalu amik hati mak. Nanti kalau dah dapat baby mak mesti sejuk hati. Allah dah aturkan untuk kita yang terbaik. usahalah ke arah itu.

    0

    0
  15. tah says:

    so xde la kawen lari klu da ade majlis mcm ni kan….selamat pengantin baru..

    0

    0
    • saya says:

      ha’ah..aku tak rasa dia kawen lari. meriah je majlis dia jemput jugak ramai org. wali pun guna bapa saudara. nikah pun kat m’sia idok le negara org. semua ok cuma keluarga dia je takde.

      mmg restu org tua tu penting. tapi sebagai org tua jgn la guna tiket tu utk guna kuasa veto. daripada doa tak elok utk anak yg blh hancurkan hidup anak & blh bawa anak ke neraka baik doa yg baik2 je. doa ibu kan sgt mudah dimakbulkan. ingat dlm kubur nanti doa anak yg soleh juga sangat membantu kita dlm kubur & akhirat nanti. kalo restu pastu anak sibuk dgn keluarga dia je sampai lupa ibubapa yg dah meninggal susah juga nak hidup kat alam lagi satu tu. kat dunia anak perlu doa ibu & dlm kubur nanti ibu sgt2 perlukan doa si anak.

      0

      0
  16. Anonymous says:

    amboihh… kalau gini kekdah majlis nye, bukanler kawin laghii name nyeeew…… congrats to both of u! :)

    0

    0
  17. Neny Neno says:

    Lebih baik nikah dr buat maksiat zina..
    Ibu bapa pun x tanggung dosa dh..

    0

    0
    • Anonymous says:

      betul.. klau dh perempuan tu bernafsu dgn penagih dadah or kaki judi pun nikah je lah kan asalkan tak berzina… tp bila dh lepas nikah nnti dh tahu langit tu tinggi ke rendah jgn sibuk nak merintih minta belas kasihan family pulak…
      masa nak kawin bkn main berlagak nak elak zina maksiat bgai… bila dh nikah sibuk pulak nak mintak cerai…

      0

      0
  18. ladygagoh says:

    amboihh… kalau da gini gaya majlisnye, bukan ler kawin laghii nama nyee… tahniah pengantin! :)

    0

    0
  19. Anonymous says:

    x macam last minit plan.. semuanya macam dh diatur.. btw congrats.. amek lah hati ibu tu, ingat die yang melahirkan kite..

    0

    0
  20. Anonymous says:

    mcm ni ke orang panggil kahwin lari?

    0

    0
  21. propa kejap... says:

    tahniah…semoga berkekalan hingga akhir hayat…dia bkn kawin larikkk tp nikah duduk..kalau larikkk penat laaa tok kadii nak nikah kan dia…haha

    0

    0
  22. Anonymous says:

    kalau la cam ni bukan kawin lari..cuma kawin tnpa restu jer…kalau kawin lari dh cam rita n aidil dulu….walau mcm mana pn benda dh berlaku…fazurina..balik la ke rumah ibu n mta mff ngan dia lagi…kalau awak kawin bahagia cam mana pn ngan haikal..tpi ibu awak berduka x guna juga…

    0

    0
  23. Nureza Aida says:

    Tahniah… Semoga berbahagia. InsyaALLAH ibumu akan merestuimu. Ibu mana yg sanggup tgk anak derita kan? Berusahalah memujuk hatinya. psttttttt cantik baju. I loikeeeee sangat

    0

    0
  24. mama gangnam says:

    Tahniah & Selamat pengantin baru kpd Fazurina & suami…w/pun terpalit sedikit kontroversi…mudah mudahan dugaan ini adlh permulaan kpd kebahagiaan hakiki utk anda berdua & family…InsyaAllah
    Berusahalah utk mendapatkan redha & restu dr ibu anda…marah bkn tandanya benci, tp marah tandanye syg….percaya lah hubungan anda sekeluarga akan pulih seperti sedia kala jika ada doa,usaha & percaya pd ketentuan dariNya….yang baik itu dtg dariNya & yg buruk itu dtg dr kekhilafan diri kita sendiri…ade hikmah ats setiap ape yg berlaku…
    #sentiasa berdoa utk kebaikan & semoga ikatan kekeluargaan anda akan bertambah kukuh#

    0

    0
  25. Menyampah says:

    moga bahagia…dh x tahu nk komen apa la…

    0

    0
  26. cece says:

    hmm.. cantik nye fazurina… baju sume cntik… harap besabar. g pujuk mak ye. satu2 nye mak yg awak ada… dulu pun family sy x restu.. sy pelik la knp fmly x ska.. sbb sy nmpk dia ok je.baik je.. at last.. br taw knpe…dia mmg trok..huhu.. fmly dpt rasa kot..mereka taw apa yg tbaik tuk kite.. tp arap2 xtjadi kat fazurina.. smoga bbhgia :-)

    0

    0
  27. bunga says:

    tahniah…

    0

    0
  28. melati putih says:

    benda dah jadi, doakan dan restukan jer lah..
    semoga semuanya baik-baik… :)

    0

    0
    • Pe'ah jambul oren says:

      mmg benda dah jadi pun kan.. mcm kau la ‘melati putih’ oiii… diam2 kau gi rumah yusof haslam kan? very the filem ‘melati putih’ sgt kau.. apa2 pun aku sokong ayat kau mendoakan semuanya baik2… cheers!!!

      0

      0
  29. aini says:

    serius aku x kenal sape dia ni? apapun moga kekal hgga ke akhirat.

    0

    0
  30. Mak jemah pemalu says:

    Kita sebagai pembaca ni doakan jelah yg terbaek wat Fazurina n husband juga family nye…sebagai ibu…myb ibu sudah meredhai serta merestui die berkahwin tp mungkin rajuknya masih ade…walaupun ramai pembaca kata, ibu jgn terlalu ego dlm memberi restu…iya memg betul..tp ibu ttp ibu..ibu mane yg xsyg anak, n ibU mana yg xnak anak bahagia..lama2 nnti akan ok gak..carik2 bulu ayam, lama2 bercantum jgk..
    Yg penting Fazurina n suami perlulah sellu mengambil hati ibu n family wlu camnerpun penerimaan dorang n paling penting dekatkan diri dgn Allah serta berdoalah agar ibu akan lembut hati dgn kita..Allah lah tempat kita mengadu n meminta..insyaAllah..jika sellu meminta padaNya, doa kita akan dimakbulkan..jgn putus asa..

    0

    0
  31. aku says:

    nak komen lebih2 pon..diorang dah sah nikah. doakan jer diorang bahagia & fazurina tak disia-siakan. tp tak berbaloi tinggal keluarga kerana cinta..restu keluarga AMAT penting dalam menjamin kebahagiaan rumahtangga. take time untuk amek hati keluarga & jgn outus asa. buktikan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik, lambat laun lembut hati keluarga.ajal, maut dan JODOH di tangan TUHAN, namun syurga di telapak kaki IBU walau ibu mertua, kena ingat masa mengandung & bersalin nanti, doa ibu akan memudahkan proses kelahiran kita nanti..

    0

    0
  32. Kipas econ says:

    Selamat pengatin baharu..umm..hati seorang ibu akn lmbut jugak..kite jgn ptus asa nk pujuk..tp takut kalau adk bradik fazurina jd btu api..jauh kn laa..

    0

    0
  33. dia says:

    semoga kalian berbahagia hingga ke ujung nyawa, beralah & pujuk lee hati ibu tuu. mana ada mak yg tak nak tgk anak dia bahagia.

    0

    0
  34. Dya says:

    Nak ckp pasal restu ni kan, aku nak kongsi sket. Kerana nak dptkan restu, hati aku sendiri yg saket, jiwa aku sendiri yg meronta. First situation, ble ade laki yg nak kawen ngan aku parents aku suruh aku lupakan die. Dorang x suke laki ni. Alasan, atok die berpoligami. Klu ade alasan yg lain, aku x tau la kan. Dan, sampai skrg aku x jumpa jodoh aku lg. Second situation, ble aku dpt sambung belajar. Aku mmg da plan and mmg aku bercita2 nak belajar dkt luar negara. But then, sekali lagi aku tlh dihalang dan ditentang. Jiwa aku sgt memberontak. Mmg btl, perkataan REDHA itu sgt payah.

    0

    0
  35. hoi says:

    sedih tgk yg post nara pasal dia dpt peluk mak dia beberapa saat je tu.aku rasa mcm adik beradik dia je yg hasut mak dia ni.mak mana tak sayang anak,tp kalau dah kena hasut,ramai lak tu memang sedikit sebanyak termakan jugak.mak ayah pun,kalau anak nk kawen jgn la ditentang habis-habisan tanpa usul periksa.cmni la jadinya.anyway,tahniah fazurina.at least dia kawen secara sah.

    0

    0
  36. non anymous says:

    kata hantaran 30,000 kan.. tertanya2x jugak mana laki tue dapat duit sebanyak tue sedangkan x kerja.. pape pon tahniah la.. semoga kekal selamanya.. doa yg baik sudah..tkot terkena batan idung sendiri baru taw

    0

    0
  37. Anonymous says:

    tp tak tahu nape nmpk kalau diorg tak settle kan perkara ni..lmbt laut masjid yg dibina akan terlerai juge.doa seorang ibu amat penting utk kebahagian anak. Setiap yang di tuturkan oleh ibu itu umpama doa. Minta ampun la kepada ibu. Semoga bahagia ke akhir hayat.Amin.

    0

    0
  38. Roundtable says:

    Tahniah…cantik..lepas ni banyaklah berdoa agar ibu ikhlas merestui.Buat si ibu, anak anda telah selamat bernikah.Itu lebih baik daripada buat maksiat.Buangkanlah keegoan anda.Walaupun pahit untuk diterima,namun jika saya seorang ibu,saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak .

    0

    0
  39. lelaki idaman says:

    yg nak berkawen tu kawen je la dgn sape anda kehendaki kalo x restu pon xpe leh kawen ia ttp sah.. kalo idop asyik nak pk org sekeliling pon x guna..tp akibat kene tgung sndiri yer.. =)

    0

    0
  40. who cares says:

    selamat pengantin baru fazurina & suami..semoga bahagia hingga jannah =)

    * xdpt bayangkan camne perasaan dia nikah tanpa ibu & adik beradik…sedihnyaaaaaaaa ='(

    0

    0
    • pengantin says:

      perasaan? biasa-biasa je..
      aku nikah cuma ada:
      – imam yang menikahkan
      – abang aku (wali)
      – suami aku
      – aku
      – 2 orang saksi dari pejabat agama
      nak wat cane kan..
      dah nasib aku..
      yang penting, aku mohon keberkatan Allah.

      0

      0
      • who cares says:

        oh! kes kau bg aku sedih jugak…xpela…janji sah disisi syarak & diberkati Allah =)

        papepun..semoga bahagia hingga jannah & dapat anak2 yg soleh/solehah ye pengantin =)

        0

        0
      • Anonymous says:

        ye…seorg ibu mmg kene hormat..tp takkan sampai sume perkara..kite kene ikut ckp ibu walau bertentangan dgn hukum…pkr kan lah…sy adalah seorang anak dan serg ibu…

        0

        0
  41. n says:

    u deserve better i guess

    0

    0
  42. Anonymous says:

    Rina,

    Tunggu la bila ko ada anak nanti..ko akan rasa apa yang mak ko rasa hari ni..

    0

    0
  43. kitty says:

    woo..gile kurus sianlah llaki 2 kne hempap…dh jodoh dia bio laa..

    0

    0
  44. Penyibuk sejati dan abadi says:

    Serius , Fazurina cute gile time dia nikah … smg bhgia hgga ke anak cucu cicit ciut ..

    0

    0
  45. UncleRon says:

    ler…rempit rupanye…no wonder laa…

    0

    0
  46. ifah says:

    pegalaman saya 5tahun bru ibumertua terima ,,itu pun saya dgn suami byk brsabar ..setiap bulan suami akan blik ke rumah ibu dia saya xhalang anak dgn ibu ,,syukur dgn kesabaran kami sekuarga dh brsatu ,,kdg2 ibu nk ikut pilihan dia sediri ,,anak ada pilihan sediri ,,masa kami nk khwin pun kami ada jumpa org pejbt agama ,dhulu bru buat keputusan nk khwin bila pejbt agama ,benda baik buat apa nk halang2 ,,kami kena byk brsabar jer ,,dgn penuh kesabaran dan sentiasa brdoa ,hati ibu dh boleh terima ,,sekrg klu xblik sebulan dh mula telefon bila nk blik ,,,utk pasangan fazurina.byk la brsabar dan byk kan sembhyg minta hati ibu kita lembut ,

    0

    0
  47. miss anne says:

    perkahwinan yang diwalikan oleh
    wali ab’ad sedangkan wali aqrab masih ada maka perkahwinan itu tidak sah. – so ?? status perkahwinan diorg…..????? hmm…apa nak jadik..bila hukum nikah tidak dititikberatkan…

    Susunan wali mengikut tertib adalah:

    Bapa kandung

    Datuk sebelah bapa ke atas

    Saudara lelaki seibu-sebapa

    Saudara lelaki sebapa

    Anak saudara lelaki seibu-sebapa

    Anak saudara lelaki sebapa

    Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa

    Bapa saudara sebelah bapa sebapa

    Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah

    Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah

    Bapa saudara seibu-sebapa

    Bapa saudara bapa sebapa

    Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa

    Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah

    Bapa saudara datuk seibu-sebapa

    Bapa saudara datuk sebapa

    Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah

    Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah

    Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).

    Sekalian asabah kepada seorang muktiq

    Raja/Sultan.

    0

    0
    • Anonymous says:

      klo dia dah guna wali yg ade tu…maknanye…yg lain 2 tu xde la…mcm awak je la pndai…org tu takkn tak rujuk pej .agama…hmmm….

      0

      0
  48. aq say says:

    tiap2 kejdian pasti ada sebabnya..kalau tal tersurat jodoh fazurina dengan suami takkan menjadi jugak…..tue guna nya redha!!berbaiklah wahai ibu dan anak yang pasti tiap2 kebaikan pasti ada nikmatnya….berilmu beramal bertakwa amin!!

    0

    0
  49. Pengkritik tidak bertauliah says:

    UAI kata ibu langsung x ada kna mgena dlm hak kewalian. kalau bapa/abg/adik lelaki/pakcik/ank sdara llaki etc jga tdk bsetuju utk jd wali nikah, maka pgantin prempuan blh guna wali hakim masa akad nikah nanti. Jd w/p Fazurina ni xdpt restu drp ibu dia, pkhwinan dia ttap sah d sisi Allah.

    0

    0
  50. Lahaulawalakhuwataillabillahii’azim….

    0

    0
  51. Shalalalala says:

    Ni laki tak kerja mesti bini tanggung semua termasuk mas kahwin ler yer. Nak harapkan konek laki jer? Haishh.. Sekrg tgh angau bolehlah. Tunggu 2,3 thn nanti + ada anak.. Lagipun selaku pelakon suam2 kuku ni susah sikit. Bkn nak kutuk tapi hakikatlahhh.. Hakikat.

    0

    0
  52. nocomment says:

    ade ke mak dia kate kawen lari….sempat ke deme ni nak lari kalau ghupe ini bajunye….

    0

    0
  53. Anonymous says:

    selamat pengantin baru bt fazurina&hykal

    0

    0
  54. Zaza Rina says:

    Cerita-cerita artis ni elok kita jadikan pengajaran dalam hidup kita. Saya sedar bahawa pernikahan/perkahwinan ini melibatkan ramai pihak. Memang susah kalau nak jaga hati semua pihak. Memang betul, jodoh di tangan Tuhan. Walau apa pun, kepada bakal pengantin, fikirlah masak-masak dengan siapa kita hendak hidup susah senang sehingga hujung nyawa.

    0

    0
  55. potpet says:

    mana korang tahu lelaki ni tak kerja ah? kalau betul, mmg patut la mak dia tak restu..cinta tak boleh kasi kita makan hari2..cinta boleh bertahan selagi mana pihak2 mencintai sama sendiri..bila dah takde perasaan tu, bye bye aje laa..esok2 lepas kawen byk duit nak pakai..bila ada anak, bertambah2 lagi belanja..kalau betul la si lelaki ni mmg jenis makan duit hasil perempuan, good luck la to pengantin perempuan..**btw, pengantin perempuan ni sapa ah?? tak pernah kenal pun..species artis suam2 kuku la ni,,

    0

    0
  56. Anonymous says:

    klau mak tak restu mmg ALLAH akan bayar cash…contohnya…..dlm perkahwinan tu msti ada dugaan dan kesusahan……mmg boleh baik balik sbb mak dan anak,tp hati mak tetap rasa tawar disebabkan tindakan anak yg mendahului org yg br dikenalinya….. so,sapa ada situasi mcm ni,kena pandai2 la amik hati mak balik dn brusaha mggembirakannya.

    0

    0