Pada malam Jumaat lepas terlah berlangsung Anugerah Skrin (ASK) 2013. Untuk kategori Drama, ‘Mawar Putih Tanda Perpisahan’ telah diangkat sebagai Drama Terbaik, manakala Pengarah Terbaik ialah Eirma Fatima untuk drama ‘Aku Bukan Malaikat’. Manakala kemenangan untuk kategori filem kebanyakannya diungguli oleh Filem Kil dengan anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Nik Amir Mustapha) dan Pelakon Wanita Terbaik (Cristina Suzanne Stockstill).


KATEGORI DRAMA
Drama Terbaik – Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)
Lakon TV (skrip) Terbaik – Mazlan Manan
Pelakon Lelaki Terbaik – Wan Hanafi Su (Hari-hari Terakhir Seorang Seniman)
Pelakon Harapan Terbaik – Shasha Al Khred (Kawan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Hasnol Rahmat (Tunggu Sekejap)
Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)
Pengarah Terbaik – Eirma Fatima (Aku Bukan Malaikat)
Videografi Terbaik – Mohd Faizal B. Mohd Ali (Mawar Putih Tanda Perpisahan)
Drama Komedi Terbaik – Primeworks Studios (Mentua VS Mentua)
Drama Rantaian Terbaik – Surat Dari Langit Biru (Rashbir Media Sdn Bhd)
KATEGORI FILEM
Lakon Layar (skrip) Terbaik – Nik Amir Mustapha (KIL)
Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (SAM)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Khir Rahman (Rock Oo)
Pelakon Wanita Terbaik – Christina Suzanne (KIL)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Miera Liyana (Pecah)
Pengarah Terbaik – Nik Amir Mustapha (KIL)
KATEGORI BUKAN DRAMA
Bual Bicara Terbaik – Bella (NTV7)
Dokumenteri / Majalah Terbaik – Salam Muslim (Astro Oasis)
Laporan Khas Berita Terbaik – Buletin Utama : Kanta Kpop (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)
Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
Rancangan Realiti Terbaik – Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)
Set gambar dari ASK 2013 ialah hasil bidikan Fadhli Anas. Lagi 27 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sila ke laman web Fadhli Anas untuk melihat gambar-gambar lain.


























