Written by Bella | March 20th, 2016

Jihan Muse akhirnya telah bergelar isteri kepada Ungku Hariz pada jam 3.20 petang tadi selepas sembilan tahun bercinta.

Majlis yang berlangsung di laman kayangan Shah Alam itu cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak. Jihan dan Ungku Hariz tampak cukup anggun dan segak dalam busana rekaan Rizman Ruzaini.

Jihan ketika ditemui pihak media sempat meluahkan rasa syukur kerana hubungan beliau dan Ungku Hariz ke jinjang pelamin jua. Jihan berharap perkahwinan beliau akan diberkati dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya (majlis) berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan pada saat-saat akhir kerana kesibukan kami berdua dengan komitmen kerja.

Saya berharap perkahwinan akan berkekalan ke akhir hayat kami dan diberkati. Walau kami sudah lama berkawan masih banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari selepas berkahwin. Kami percaya tolak ansur dan musyawarah sangat penting dalam setiap perkara yang kami lakukan.

Difahamkan majlis resepsi pasangan tersebut yang bertemakan klasik bakal diadakan pada 27 Mac ini di Menara NAZA TTDI, Shah Alam.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Jihan dan Ungku Hariz, sembilan tahun bercinta bukanlah satu perkara yang mudah tetapi kekuatan cinta menyatukan mereka dalam satu ikatan yang sah pada akhirnya.

Berikut kami sertakan beberapa foto khas sekitar majlis akad nikah Jihan dan Ungku Hariz dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit foto: Project2pi

25 responses to (28 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Jihan Muse & Ungku Hariz

  1. lolol says:

    cantik

    0

    0
    • Ozlyn says:

      Bagus Jihan…low profile. Separuh tu…kompang je lebih, kawin nya idak. Diam2…ada hasil. Tahniah..

      0

      0
      • kuis sket says:

        Kejap lagi ada lah ustazah2 poyo peeling maksum cakap…”kalau hari2 bertudung kan elok”! …

        0

        0
        • Puteri says:

          Pakai tudung tu dah mmg wajib pun. Tak salah kot klu bg peringatan. Nak tunggu maksum baru blh tegur org smpi bila pun takkan maksum. Maksum tu bkn utk mnusia. Ada faham??????

          0

          0
    • melati says:

      Makan hati Fazura…cantik tapi xde saper nak kawen. Perangai hudoh tunggu la ko sampai berkulat, berkepam dan berkusam!

      0

      0
    • Hijau says:

      Ungku hariz tu orang johor ke?

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Cantikk…suka..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Jihan cantik sgt sepadan dua dua. Tapi asyik mention 9 tahun bercinta tu je dr post lama smpi yg harini. Bosan pulak bacanya

    0

    0
  4. juzrin says:

    tahniah kuji semoga kekal hingga ke jannah…like u olls..berdua

    0

    0
  5. Ros says:

    ko mmg cool jihan, sempoi.

    0

    0
  6. emm says:

    cntik sgt si jihan..smoga brkekln hingga jannah

    0

    0
  7. baby says:

    Sweet je nmpk jihan..semuga kekal bahagia selamanya…

    0

    0
  8. Selamat Pengantin Baru, cantik dan secocok…moga kekal hingga kejannah

    0

    0
  9. Confused says:

    Just nak Tanya, Nama last name perempuan tu sebut macam mana?
    “moo-se” variasi kepada nama melayu Musa atau “mi-us” as in English word “muse”.

    0

    0
  10. Anoni says:

    sorry jihan tak cantik tapi sweet, tahniah lols!

    0

    0
  11. Anon says:

    Jihan nmpk ageing dari laki
    Muse tu Musa sebenarnyer…

    0

    0
  12. So sweet you ni jihan……moga you n hariz kekal till jannah keyh

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Eh jihan kawin dgn roslanlah…hehe

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Cantikk…chia..chia..p

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Sama cantik sama padan

    0

    0
  16. Anonymous says:

    cantik dia pakai tudung, nampak muda jelita!

    0

    0
  17. cinta says:

    Yg bawah dulang brselendang macam haram…!!!

    0

    0
  18. zzzzz says:

    takda seri. sbb dah biase sgt tgk dia make up cenggitu
    #bukanhatersjihan
    #ilovejihan

    0

    0
  19. Anonymous says:

    yg pengepit2 smua tu… x payah la berselendang bagai kalau pakai nye cenggitu… hmmm alahai….

    0

    0