Written by AbangNara | September 4th, 2014

Isnin 2 September 2014 baru-baru ini Lebih 1200 orang telah menyertai acara Senamrobik Merdeka anjuran stesen ERA fm bersama penyampai-penyampai segmen JoHaRa Pagi ERA semalam bersamaan 1 September 2014. Acara yang bermula pada jam 6 pagi dan berakhir sekitar 10 pagi menyaksikan aktiviti-aktiviti senaman seperti Zumba serta pelbagai gaya senaman yang di ketuai oleh juru tari terkemuka Alam Wakaka.

eraSelain itu, turut memeriahkan lagi acara Senamrobik Merdeka semalam adalah barisan artis-artis tempatan seperti Elfira Loy, Forteen, Hanie Soraya, Azhael, Amira (AF 2013), Aisyah (AF 2013), Nomad, Fida Ibrahim serta ramai lagi selebriti menyertai aktiviti sihat ini. Turut memeriahkan lagi Senamrobik Merdeka semalam seperti Raja Syahiran (Pemenang Bakat JoHaRa 1) , Hafifi Mansor (Pemenang Pingat Emas Sukan Komanwel), dan Adik Rykarl (Kobe).

Menjadi tumpuan orang ramai apabila, YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan telah melakukan lawatan secara mengejut di laman Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Beliau tidak ketinggalan menyertai Senamrobik Merdeka bersama-sama orang ramai.
eraSempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 pada tahun ini. Ini merupakan suatu keunikan yang dianjurkan oleh stesen ERA fm apabila menggabungkan suatu semangat kemerdekaan dan kesukanan bersama-sama pendegar. JoHaRa Pagi ERA juga telah bersiaran secara langsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa sambil bersenam.

Pihak ERA fm merasa sangat gembira melihat sambutan yang cukup meriah apabila jumlah peserta Senamrobik Merdeka yang dianjurkan semalam seperti di luar jangkaan. Keseronokan suasana menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 57 bersama-sama penyampai JoHara Pagi ERA bukan sahaja dirasai oleh pedengar ERA fm sendiri, malah barisan penyampai ERA fm turut berasa bangga apabila acara sebegini mendapat sambutan hebat dari para selebriti, para pengunjung dan pendengar ERA fm!

eraInilah masanya untuk anda sentiasa dengan gaya yang sihat dan cergas! Selain berpeluang menunjukkan semangat cintakan negara di sana, anda juga tidak ketinggalan melakukan aktiviti kesihatan dengan menjalankan aktiviti senaman bersama-sama selebriti popular tanahair. Lagi beberapa gambar sekitar senamrobik merdeka bersama JoHara Pagi ERA dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era
era

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 responses to (25 GAMBAR)Khairy Jamaluddin & Selebriti-Selebriti Tempatan Meriahkan Senamrobik Merdeka

  1. Anonymous says:

    Sporting KJ. Dunia harus berubah!!

    0

    0
    • lynn says:

      dah lah campur lelaki ngan perempuan, lelaki seronok je tengok perempuan tertonggek free. byk pulak minah tudung yg pakai tudung tapi seluar ketat, baju lengan pendek. dunia.. dunia..

      0

      0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        tudong pon tudong la tonggek2 asalkn dorang bahgia sudaaaaa…minah tudong pon nk jugak berseksi walau pon dorang bertudonggggg pakai ketat sendat asalkn tutop aurat sudaaaaaaaa ni lah dia minah tudong hipokrittttttttttt….loncat lagi loncat lagi ewah ewah ewahhhhhh steday la minah tudong !!

        0

        0
    • Midnight Memories says:

      kalau dah alim sangat…x payah lah join orang bersenam beramai2
      pergi bersenam sorang2 dalam rumah pakai tudung labuh, jubah labuh.
      pilihan di tangan anda !

      0

      0
      • supersaia says:

        ko jgn nak sempitkan fikiran boleh? boleh je nak bersenam kat luar asalkan menutup aurat. ko faham x konsep menutup aurat? x semestinya menutup aurat tu pakai jubah je.

        0

        0
  2. komen aku la kan says:

    SYOKNYA BERCAMPUR LELAKI DENGAN PEREMPUAN KAN??,SPORTING LA KJ….HIDUPPPP AMENOO….

    0

    0
  3. LEAH says:

    At least bukan sukan bogel cam kat negeri satu tu… Jangan lah politik semua benda…

    0

    0
    • ... says:

      yang bogel tu tak ada pon peserta islam. al hamdulilah.

      yang kat pic ni orang islam semua.. ya no body can make perfect . tp at least asing kan lah by side lelaki dan perempuan .

      0

      0
      • aku says:

        Mmg laaa….syukur x de yg islam..xkan la melampau nau, islam tapi masuk sukan bogel tu..huhuhuh..
        Mmg btl komen membina mcm patut asingkan jgn serabut caca marba lagu ni..tapi lbh elok komen tu lbh ke arah niat mmbetulkan dari menyalahkan pihak lain contohnya parti politik len semata2 ada ahli politik kat situ..yer idok????

        0

        0
  4. aura says:

    kenapa lelaki dgn prmpuan brcmpur..?????????xsuka la mcm ni..kj dah sporting tp xder had antra laki dan pmpuan..sgt xelok la..dah la ad yg terkangkang tertunggeng..penganjur tolong alert skit ye..tq..

    0

    0
  5. sya says:

    ermm.. kalau tak libatkan hal hal politik tak boleh gamaknya.. sila jaga adap sopan dahulu sebelum nak jadi pengkritik hebat!!! ” keyboard losser”

    0

    0
  6. gadis cancer says:

    ermmm…bersukan itu elok…tapi kenalah jaga tataterbit sebagai orang melayu…klo nk senam pon asingkan lah pompuan dgn lelaki…baru best..nanti xdelah kes teraba org…hiihi.harap maklom…..

    0

    0
  7. Anon says:

    klu kt sekolah ada sukan2 mcm ni msti cikgu2 akan cakap, laki belah sini, perempuan belah sana…mmg lebih selesa sbnarnya drpda bercmpur2 gini…tak perlu la asingkn g bangunan lain ke apa, cumanya laki ke sebelah kanan perempuan ke sebelah kiri pn dh kira ok…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Plek ade je yg xkne… matangla weyh.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    pokok pangkal 2 dr ati… klu nk wt xsnonoh, asingkn tmpt pn le wt peel jugk…. y laki jgn la tgk lbh2.. y pmpuan plk jgn lngang lenggok over2.. nk epi2 je pn dyeorg nie. tok sah politik2 bagai la

    0

    0
  10. princesss says:

    kite xyah ikut politik. kite ikut Islam…..
    Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah bersidang pada 15-17 April 2014 telah bersetuju membuat keputusan berikut :-

    “Orang Islam adalah haram dan dilarang untuk melibatkan diri di dalam senam/tarian Zumba yang jelas mengandungi unsur2 yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam seperti percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram, pakaian yang menjolok mata, pendedahan aurat, elemen erotik di dalam tarian, persembahan muzik yang keterlaluan serta tidak menepati Garis Panduan Sukan Menurut Perspektif Islam”

    0

    0
  11. arul says:

    Awat la asyik ajak artis ?? rakyat Malaysia dh jd mkin bodo sejak artis2 dijadikan idola….

    0

    0
  12. anony says:

    Princess…..marilah ikut fatwa islam,… anda tak di galakkan membaca gosip2 ni, tak mendatangkan faedah. Kalau alim sngt gih lah baca buku2 ugama drp baca blog gosip. Nak jadi mcm abby ke, ustazah jadian. Nak tunjuk alim tak bertempat. Aku tengok ramai je minah2 garit bertudung litup gih tengok bola. Terang2an permainan kaum lelaki di stadium yg dipenuhi lelaki. Bercampur lelaki & perempuan gak. Lagi ramai lelaki.. Tapi ramai gak betina2 miang yg pura2 suka bola, pd hal ade hajat lain gih tonton perlawanan bola. Kalau minat sngt takleh tengok tv je kat rumah.
    Ustazah yg bertudung labuh pun ade wat video seks……ni kan cume bersenam je. Semua benda tak boleh. Mcm lah dia tu baik sngt..
    Seblm nak tunjuk pandai, diri sendiri dah betol ke. Gih cermin diri dulu…..menyampah..
    Anyway KJ ni nampak fit & muda.
    ARUL…yg awak ni ape hal baca blog gosip artis ni???

    0

    0
  13. lala land says:

    kj tempek ape kat muka dia? sunblock? bb cream? cc cream? =P

    0

    0
  14. Melati says:

    Tk kisah lah ko org cakap aper pun yg Penting KJ ni Bakal Mahathir kedua….dgr KJ punya omputih pun naik bulu roma aku….takder sorang Menteri pun boleh ckp omputih cam KJ..

    0

    0
  15. KJ Hot says:

    KJ hot..I like..;-)

    0

    0
  16. intan nur azzura says:

    napa akak tgk kj makin hensem…jgn marah ye nori abdullah

    0

    0
  17. […] (25 GAMBAR)Khairy Jamaluddin & Selebriti-Selebriti Tempatan Meriahkan Senamrobik Merdeka (23) […]

    0

    0