Written by serenity | May 30th, 2013

Rata-rata peminat filem tempatan telah memberikan maklumbalas yang baik terhadap filem KIL, yang bakal ditayangkan di pawagam hari ini setelah menontonnya di majlis malam gala filem tersebut.

Hari ini filem ini akan memulakan tayangannya di pawagam seluruh Malaysia. Menurut pengarah filem ini, Nik Amir Mustapha, filem ini berkisar mengenai seorang pemuda yang mempunyai kecederungan untuk membunuh diri namun menemui sebab untuk terus hidup iaitu cinta.

Premis filem ini saja sudah menjanjikan yang ia bukan seperti filem tempatan yang lain yang biasa dihidangkan kepada anda.

Diterajui oleh Redza Minhat dan Cristina Suzanne, filem ini turut menampilkan Harun Salim Bachik, Hasnul Rahmat dan Dira Abu Zahar. Nik Amir turut memberitahu dia meminati pengarah Park Chan-Wook, Bong Joon-Ho, Christopher Nolan dan Dain Said.

Untuk info, filem ini menunggu dua tahun untuk ditayangkan di pawagam atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jika anda berkesempatan, sila ke pawagam untuk menonton sendiri filem ini. Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit info NST Online dan kredit gambar Facebook KIL.




















23 responses to (21 GAMBAR)Filem KIL Mulakan Tayangan Di Pawagam Hari Ini

  1. zzzz says:

    harap2 filem ni best,.bukan indah khabar dari rupa..mcm filem bikers kental.

    0

    0
  2. rynna says:

    ntah paper citer mcm nih.. skit2 tembak. masuk lorong pusing belakang ada org tembak.. ko ingat amerika sgtla.. baguslah tunjuklah citer yg xde teladan ni, meh ramai2 beli pistol pastu main tembak2… boring

    0

    0
    • mia says:

      aah ko.bile wat cite mcm ni ko kutuk, mcm 2 ko kutuk, kalo ko pndai sngt komen, wat la movie ko sendiri, jd pengarah.blm tngok lagi da nk kutuk2. kalo cite omputih yg ganas2 laju je pi tngok aje.

      0

      0
    • Rhino says:

      Ko nie kenapa rynna? Nak citer yang ada adegan ‘tembak’ atas katil jer ke? Kalo susah sangat, meh aku bagi ko pistol pastue sila tembak diri sendiri.

      0

      0
    • Kak Cham Kuat Gosip & Tido says:

      comel nye Reza Minhat ni!
      kalau angkut balik rumah jd sugar glider mesti best!

      0

      0
    • Anonymous says:

      ko ni di hukum tembak je rynna

      0

      0
  3. den la ni says:

    nk tw la..chistina suzanne ni islam x??confuse..

    0

    0
  4. idir says:

    suka poster filem dia..lain dr yang lain

    0

    0
  5. Unknown Male says:

    Aku nak komen banyak pasal filem2 malaysia. Bukan nak saje2 kutuk filem melayu lah kan. Tapi aku rasa kalau melayu punya filem, masuk cerekarama pun sambutan sayup je. Pengarah2 Malaysia ni serius tak creative. Kalau dah keluar cite pasal genster tu, nanti buat la genster 2, genster 3, sampai la bosan. Pastu keluar cite bohsia, bohsia 1, bohsia 2, alahai… Cube banyangkan Ironman malaysia? kelakar kot… pastu kemut nk keluar bajet… effect pun cam ape je. kelakar je jadi… Aku kalau tgk wayang memang awal2 dah pangkah cite melayu. Aku tgk yg cepat habis tiket pun cite2 omputeh. Rasa tak berbaloi sgt byr utk filem sampah.

    0

    0
    • Pelik says:

      Jap. pelik… Habis tu cerita fast & furious 1, 2, 3, 4, 5, & 6 (nak masuk 7 dah pun) tengok tak? Lebih kurang je jalan cerita dia utk semua 6 cite tu. Ramai je jugak tengok. Pasai pa? Pasai demand tinggi.
      Tapi aku stuju la mmg cite melayu kurang creative pasal cerita semua lebih kurang sama je. Tapi aku tak de la hipokrit. Cite omputih pun lebih kurang jugak, dah cite pasal anak kena cekup, hilang ingatan.

      0

      0
      • Unknown Male says:

        Cite omputeh ko tgk la drama dia pun dah macam wayang punye. Kadang isu simple tapi kelainan tu beza sgt dgn cite melayu. Tau kan cite TED? Melayu ade ke dapat idea nak wat cite lain dari yang lain macam tu? Tau kan cite oz the great and powerful? Melayu ade idea nak buat cerita macam tu? Sebab tu aku cakap Penerbit Melayu, pengarah melayu semua tak creative. Jgn hipokrit. Kalau sampah katakan sampah.

        0

        0
  6. miss s says:

    muka mcm luna pelakon ponpuan

    0

    0
  7. fatty jul says:

    confirmmm..x best!!!

    0

    0
  8. Mirai Suenaga says:

    Tengok poster lah camner…Poster dah kelas, OST Pesawat yang nyanyi, aku yakin filem ni memang terbaik.
    Filem ni memang DISYORKAN tengok drp filem Bro, Nampak Motor Gua? keluaran MIG yang tajuk seakan-akan Dude, Where’s My Car? tu.

    0

    0
  9. naddy says:

    wajah heroin ala ala zooey deschanel. muka hero pulak ala ala james mcavoy. ohoy~

    0

    0
  10. rezza minhat says:

    si perempuan ni sekali pndg mcm luna maya pun ade..

    0

    0
  11. adilah says:

    lawanya christine suzanne ni! love her style. dah macam kristen stewart lak pakai kasut chuck taylor! :D

    0

    0
    • SCHAWAL KUAT MENCAPUB says:

      penah jumpe face to face dgn christina suzanne ni kat shah alam. biase je. die foto genik. sumbung.

      0

      0
  12. Joe Razack says:

    Dah tengok tadi. Total orang dalam panggung 10 orang. Hmm.. Biasa ja bagi i. Plot agak perlahan. Banyak unsur saspen la kunun2. Tp sapa biasa tgk cerita penyiasatan, boleh teka kot dr awal. Tp i suka pd hero n heroin. Sangat bersahaja. Terutama Suzanne. Sempoi der. Maybe bukan genre yg i minat. Tp tak nafikan, filem2 mcm ni ada kelompok peminta tersendiri. Maybe org2 yg belajar seni tau mesej tertentu/sinematografi. Sorry, i totally mewakili penonton pasif. Boleh tonton tp jgn expect too much.

    0

    0