Abang Nara suka melihat wajah Almy Nadia. Cantik memang cantik, namun Almy ada daya tarikannya yang tersendiri. Mungkin senyumannya itu membuatkan kejelitaan Almy lebih terserlah. Untunglah Fizz Fairuz mendapat seorang isteri yang bukan sahaja cantik menawan, tetapi setia menunggu cintanya dari dulu. Terharu juga melihat akhir mereka berdua tersenyum gembira di atas pelamin perkahwinan.
Kedua-dua pengantin baru ini nampak sangat berseri-seri di majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan yang telah berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei lalu. Minggu hadapan majlis resepsi sebelah pengantin pihak lelaki pula akan diadakan di Raub, Pahang. Semoga segalanya berjalan lancar buat Fizz dan Almy.
Apa pun, Abang Nara ingin ucapkan selamat menjalani kehidupan suami isteri buat Fizz dan Almy. Banyakkan bersabar, tolak ansur dan memahami antara satu sama lain. Dah kahwin ini dugaannya lain macam pulak. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram ThePermaisuris.
P.S: Apabila kucing tidur