Written by Bella | June 20th, 2017

Kecoh di laman Instagram hari ini apabila berlakunya  “perang dingin” antara pelakon Zarina Anjoulie bersama bekas suaminya. Bekas suami beliau yang berasal daripada Brunei mendedahkan beberapa bukti perbualan mereka berdua dan telah membuka cerita lama antara beliau dan Zarina.

Dalam kenyataan bekas suami Zarina, beliau mendakwa pelakon wanita itu menghina keluarganya dan turut menceritakan perangai sebenar Zarina menerusi muat naik di Instagram Stories pula. Sehingga beberapa jam lepas, “perang” antara mereka berdua masih lagi hangat.

Tidak terlalu melatah dengan dakwaan daripada bekas suaminya, Zarina menerusi muat naik terbarunya di Instagram memberitahu setiap apa yang beliau lakukan kini untuk menampung hidupnya dan anak mereka adalah dari sumber wang yang halal dan tidak seperti bekas suaminya itu.

Zarina juga meminta agar bekas suaminya itu berubah. Malah, beliau menawarkan agar bekas suaminya menjadi stokis di Brunei bagi produk penjagaan wanita yang diusahakan Zarina kini dan sedang laris terjual.

Pada kami, kedua-duanya sudah dewasa untuk cuba menyelesaikan segala rasa tidak puas hati dan masalah dengan baik. Jika terus membuka aib masing-masing, tiada perkara yang akan selesai dan hanya akan bertambah rasa marah ataupun dendam di dalam hati. Apa-apa pun, kami berharap Zarina dan bekas suamiya dapat mengakhiri persengketaan mereka ini.

umma

P.S: Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Syawal. Anda masih belum beli baju raya? Rileks jangan gelabah. Banyak baju kurung dan baju melayu yang cun melecun di www.umma.my. Harga pun amat berpatutan dengan kualiti tip-top. Anda pasti tampil menawan dan kacak dengan koleksi baju raya UMMA.

 

P.S: Ramadhan dan Syawal ini, pastikan anda #janganlebihlebih ketika menikmati juadah berbuka dan juadah Aidilfitri. Membazir itu amalan syaitan. Pastikan kita beli hanya yang mampu kita makan. Jangan lupa daratan. Selamat berpuasa dan selamat hari raya dari www.kpdnkk.gov.my.

Written by Bella | June 20th, 2017

Semalam, pelakon Norman Hakim ada memuat naik foto isterinya, Memey Suhaiza yang mengenakan purdah di akaun Instagramnya. Foto itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji betapa cantiknya Memey dengan imej tersebut.

Ada juga yang tertanya adakah Memey sudah berpurdah sepenuhnya? Beberapa netizen juga turut mendoakan agar Memey terus istiqamah.

Berikut antara komen netizen di Instagran Norman:-

Memang cantik dan manis sekali melihat Memey dengan imej berpurdah. Jika berita ini benar kami harap Memey akan terus mengekalkan imejnya itu.

Written by Bella | June 20th, 2017

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan penyanyi Indah Ruhaila sedang intim dengan seorang jurulatih peribadi ketika bergelar tunangan orang.  Kemudian, berita putus tunang Indah mula tersebar dan ramai yang mendakwa ia berpunca daripada Indah yang dikatakan berlaku curang.

Tidak mahu kontroversi terus menghimpit dirinya, Indah menafikan dakwaan beliau curang dan menjelaskan hubungan beliau dengan jurulatih tersebut tidak lebih daripada kawan biasa.

Gosip yang mengaitkan saya dengan PT (personal trainer) itu tidak benar dan ia tidak ada kena mengena dalam hal hubungan saya dengan tunang. Kalau nak diceritakan dari mula apa yang terjadi dengan hubungan ini (tunang), ia takkan habis.  Orang boleh cakap apa saja mengenai saya, tetapi, lebih baik saya berdiam diri. Kebenarannya akan terjawab juga nanti, namun, bukan sekarang.

Tertekan dengan apa yang berlaku, Indah meminta agar orang ramai memberikan beliau sedikit ruang untuk menyelesaikan isu tersebut.

Apabila perkara seperti ini terjadi, ia membuatkan saya sangat tertekan. Orang selalu tanya mengenai pengakhiran pertunangan kami dan saya takut nak beri sebarang komen kerana orang akan cepat jatuhkan hukum.  Jadi, jalan terbaik adalah dengan saya berdiam diri dulu. Saya perlukan sedikit ruang untuk selesai masalah ini. Saya tak boleh cerita semua dan itu pun kalau ada yang percaya.

Indah masih tidak berputus asa dan ingin cuba menyelamatkan pertunangan beliau. Harapnya Indah dapat menyelesaikan segala masalah dengan baik.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | June 20th, 2017

Penyanyi, Datuk Awie memberitahu syawal tahun ini agak berbeza kerana beliau baka menyambutnya di Thailand bersama isteri baharunya, Sharifah Ladyana. Walaubagaimanapun, anak-anaknya pula bakal menyambut hari raya bersama ibu mereka.

Inilah takdir hidup saya untuk beraya bersama isteri baharu. Tahun ini, saya akan beraya di Siam. Anak pula kemungkinan balik beraya dengan ibu mereka. Saya sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan anak daripada perkahwinan kedua saya. Cuma abang mereka, Putra Ahmad Merrah, yang tinggal bersama saya.

Awie pada masa yang sama berharap agar Syawal tahun ini memberikan seribu satu keberkatan buat beliau sekeluarga dan insan yang beliau sayangi.

Bagaimana agaknya suasaa  menyambut Syawal di Thailand agaknya, ermm satu kelainan juga bukan? Apa-apa pun, harapnya perjalanan mereka ke sana nanti dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Azlan Yaacob 

Page 5 of 40« First...34567...102030...Last »