Written by Bella | May 31st, 2017

Baru-baru ini, pelakon Anis Al Idrus telah mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 7 Julai depan. Walaubagaimanapun, netizen mempertikaikan foto-foto sewaktu sidang media tersebut dimana Anis dikatakan bergambar terlalu “intim” serta mesra bersama tunangnya.

Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Anis menjelaskan foto-foto tersebut diambil secara spontan. Anis turut meminta maaf sekiranya “aksi” mesra  beliau itu mengundang rasa tidak selesa dikalangan masyarakat.

Terlebih dahulu saya minta maaf sekiranya gambar-gambar tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang peminat. Gambar tersebut diambil secara spontan kerana usikan manja daripada jurugambar. Lagipun saya sudah terbiasa dengan sesi fotografi sebelum ini. Macam Aiman, dia tidak pernah terlibat dengan dunia seni jadi dia agak takut-takut dan kaku.

Harapnya dengan penjelasan serta permohona maaf Anis ini, tiada lagi pihak yang terus membangkitkan isu tersebut. Biasalah, ketika bergambar kadang-kadang kita tidak perasan apa yang dilakukan.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : kaki5photo

Written by Bella | May 31st, 2017

Sah berkahwin dengan seorang doktor, Che Muhammad Hafiz pada 26 November tahun lalu, Ramadhan kali ini cukup bermakna buat pelakon Lufya Omar yang mengesahkan beliau sudah hamil empat bulan.

Saya dan suami belum tahu jantina anak. Jika diikutkan, saya mahu anak lelaki dan suami pula suka anak perempuan. Lucunya ketika kami singgah ke kedai kelengkapan dan baju anak, suami saya meluru ke bahagian anak perempuan dan saya pula sebaliknya. Tapi tak kisahlah apa jantina anak kami, asalkan dia lahir sihat.

Perut saya sudah membesar. Berkahwin dengan doktor ini tumpuan lebih sedikit kerana suami pakar dalam hal perubatan dan cara menangani kesakitan.

Buat masa ini Lufya lebih banyak berehat untuk menjaga kandungannya itu, namun beliau tetap mengambil kesempatan untuk beribadat pada bulan mulia ini.

Tahniah kami ucapkan kepada Lufya dan suami, semoga segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 30th, 2017

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim akhirnya disahkan hamil. Berita gembira itu diumumkan oleh akar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya.

Menurut Dr Hamid, Mawar hamil selepas menjalani beberapa pembedahan dan diikuti dengan rawatan susulan.

Dr Hamid pada masa yang sama turut memberi beberapa nasihat serta panduan kepada Fizo dan Mawar bagi menjaga kehamilan.

Foto imbasan kehamilan menunjukkan Mawar sah berbadan dua

Alhamdullillah dan tahniah kami ucapkan kepada Fizo dan Mawar, akhirnya mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Kami mendoakan agar ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat. Amin..

Sumber Berita : Facebook Dr Hamid Arshat

Written by Bella | May 30th, 2017

Penyanyi yang popular menerusi lagi Hi Hi Bye Bye, Ezlynn  telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Menurut portal Harian Metro, Ezlynn memfailkan permohonan tersebut pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Namun, suaminya tidak bersetuju untuk bercerai dan pihak mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga mereka. Ezlynn telah melantik kakak kandungnya manakala Adam Fahmy yang juga merupakan pengurus kepada Ezlynn melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor kemudian menetapkan 11 Julai ini untuk wakil-wakil JKP membentangkan laporan mereka.

Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan belum dikurniakan cahaya mata.Sumber Berita : Harian Metro.

shopbackP.S: Berita baik buat pengguna kad Visa. Untuk tempoh 3 hari (30 Mei – 1 Jun), anda boleh mendapatkan 20% pulangan tunai menerusi tawaran ShopBack Ekslusif ini. Segala pembelian online anda di Zalora, Hermo, FoodPanda, FashionValet dan banyak lagi menerusi Shopback akan membolehkan anda mendapat kembali 20% daripada apa yang anda belanjakan. Inilah peluang untuk anda shopping raya sepuas-puas hati. Jangan lupa muatturun applikasi ShopBack untuk tidak ketinggalan sebarang promosi awesome.

Page 3 of 4612345...102030...Last »