Written by Bella | January 27th, 2017

Aktres jelita Wawa Zainal menjelaskan tujuan beliau menjaga penampilan diri bukanlah kerana rasa cemburu melihat suaminya, Aeril Zafrel menjadi perhatian peminat wanita tetapi hanya menjalankan kewajipan beliau untuk kelihatan cantik buat suami tercinta.

Saya tidak pernah merajuk atau cemburu pun jika dia sering menjadi perhatian peminat kerana selepas lima tahun berkahwin saya kenal benar dengan sikapnya. Perubahan dan menjaga penampilan diri ini bukan kerana cemburu tetapi ia kewajipan saya untuk kelihatan cantik untuk suami, itu sahaja.

Saya seperti wanita berkahwin lain tetap sibuk dengan urusan rumah tangga selain menguruskan keperluan suami dan dua anak kami yang masih kecil. Tetapi saya tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mengabaikan penampilan diri walaupun sudah berkahwin. Saya kurus dan menjaga penampilan pun bukanlah kerana ingin bersikap menunjuk-nunjuk sebaliknya apa yang dilakukan adalah semata-mata demi suami.

Dalam pada itu, Aeril akui beliau sebenarnya tidak kisah dengan penampilan Wawa. Mencintai dan menyayangi Wawa seadanya, Aeril memberitahu beliau akan setia bersama Wawa selamanya.

Tidak kira dia cantik atau tidak, hanya Wawa sahaja yang saya pandang tambahan pula pada fasa sekarang saya langsung tidak terfikir untuk buat perkara yang tidak mendatangkan faedah. Anak kami sudah dua dan fokus saya kini hanyalah untuk bekerja keras demi meningkat ekonomi keluarga.

Memang romantik dan sweet habis sebenarnya pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, mereka cukup memahami antara satu sama lain. Semoga kebahagiaan mereka berdua bertambah setiap hari dan kekal sehingga ke jannah.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 27th, 2017

Sebelum ini Saharul Ridzwan dikatakan terkena perbuatan orang apabila berat badannya susut, namun perkara itu tidak benar dan Saharul sendiri menjelaskan berat badannya berkurangan  kerana beliau menjaga pemakanannya dan kurang rehat.

Terbaru, timbul pula isu dimana sesetengah pihak mendakwa kononnya, Saharul terpaksa ‘berasingan’ dengan isterinya buat sementara waktu kerana sering diganggu makhlus halus ketika menjalani penggambaran telefilem Trauma.

Difahamkan Saharul sering dirasuk ketika penggambaran telefilem tersebut dan isterinya, Deena Emir dinasihatkan untuk tinggal berasingan kerana bimbang  Saharul mungkin akan bertindak diluar kawalan. Saharul juga dikatakan sering meracau dan muntah-muntah sepanjang penggambaran dijalankan.

Berang dengan dakwaan berkenaan, Saharul menyifatkan ia satu fitnah kerana rumah tangganya bersama Deena Emir tidak mengalami sebarang masalah.

Itu semua (tinggal berasingan) tipu. Perkara ini sudah jadi fitnah, adakah orang yang sebarkan perkara ini tak tahu hukum fitnah?

Saharul juga merasa hairan kenapa ada sesetengah pihak yang sanggup membuat cerita yang tidak benar mengenai rumah tangganya yang masih lagi baru.

Ini melibatkan keluarga, saya hairan kenapa mereka nak fitnah saya? Saya tak ada musuh, tapi kalau orang lain nak bermusuh dengan saya tak pastilah. Namun saya faham bila berada dalam industri ini, banyak orang bercakap (baik dan buruk). Saya sendiri dengar banyak perkara, tapi saya ikut jalan yang lurus…yang satu.

Bersabar lah Saharul dengan dakwaan palsu seperti ini. Kadang-kadang memang ada yang suka menabur cerita tidak benar tentang rumah tangga orang lain. Apa-apa pun, tenang sahaja, khabarnya Saharul akan mengerjakan umrah bersama isterinya tidak lama lagi. Harapnya segala perancangan mereka untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci berjalan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 27th, 2017

Masih lagi dihimpit dengan gosip cinta bersama Fattah Amin, Neelofa sekali lagi menegaskan hubungan baik beliau dan Fattah hanya atas dasar profesional. Malah, mereka hanya berjumpa atas urusan kerja sahaja dan tidak mempunyai sebarang sengketa seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Saya dan Fatah sebenarnya tidak pernah ada masalah seperti digembar-gemburkan dan kami juga sama-sama sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jika bertemu pun hanyalah atas urusan kerja sahaja.

Pada masa yang sama, Neelofa memberitahu beliau sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini sekiranya jodoh beliau tiba.

Saya memang menyasarkan untuk berkahwin pada usia 28 tahun sebelum ini dan saya sejujurnya sudah bersedia ke arah itu tetapi jadi atau tidak, saya serahkan kepada Allah. Perkaitan Fattah dalam soal ini, sebenarnya itu semua datang daripada orang lain yang mengimpikan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin dan saya tiada kuasa untuk mengawal soal itu.

Ditanya mengenai  persamaan paras rupa di antara dirinya dengan Fattah yang menguatkan  lagi jodoh di antara mereka, Neelofa  berpendapat ia cuma satu kebetulan sahaja dan percaya bahawa persefahaman adalah perkara yang lebih utama dalam membina sesuatu hubungan.

Susah untuk saya katakan kerana tidak semestinya wajah kami ada iras akan ada jodoh di antara kami kerana saya percaya keserasian dan persefahaman yang membina sesuatu hubungan.

Kami doakan Neelofa cepat bertemu dengan jodohnya. InshaAllah, satu hari nanti hasrat beliau untuk mendirikan rumah tangga akan termakbul.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 27th, 2017

Nama Datuk Yusof Haslam tidak perlu diperkenalkan lagi didalam industri perfileman tanah air, beliau mempunyai pengalaman berpuluh tahun didalam bidang berkenaan  serta pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man.

Menyedari sekarang ialah trend cerita cinta yang klise, Yusof Haslam menegur pembikin drama untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan mempunyai mesej yang baik.

Pada masa yang sama, beliau juga menegur stesen televisyen swasta yang lebih gemar untuk menyiarkan cerita yang lebih tinggi nilai komersialnya.

Jangan kita asyik tumpu pada pembikinan cerita klise dan cerita cinta. Sekarang ini, pembikin drama boleh buat cerita berdasarkan isu semasa yang berlaku di negara ini.

Kadang-kadang, ini masalah stesen televisyen swasta. Kalau cerita tiada nilai komersial, mereka tidak mahu siarkan cerita tersebut. Kalau kita asyik nak berpaksikan nilai komersial, bila kita nak sampaikan mesej berguna kepada masyarakat?

Jadi, saya rasa peranan stesen televisyen perlu seimbang dan sentiasa berganding bahu dengan pembikin bagi menghasilkan cerita yang bertauladan.

Apa pendapat anda tentang apa yang ditegur oleh Datuk Yusof Haslam?  Adakah cerita cinta klise seperti terpaksa kahwin dengan orang kaya dan sebagainya sudah membuatkan penonton bosan?

Sumber Berita : Media Hiburan