Written by Bella | November 28th, 2016

Sudah beberapa kali kita lihat kemesraan Neelofa dan Fattah Amin menunjukkan mereka sebenarnya mempunyai hubungan istimewa lebih-lebih lagi selepas video Neelofa menemani Fattah bermain futsal tersebar.

Terbaru, ada sumber yang mengatakan Neelofa dan Fattah sudah membahasakan diri dengan panggilan “sayang” dan sering merindui antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, menurut sumber itu lagi, pemandu peribadi Neelofa juga kerap mengambil dan menghantar Fattah. Seakan mereka berdua seperti ada sesuatu bukan?

Kalau anda masih ingat, Fasha Sandha juga pernah memberikan gambaran bahawa Neelofa sedang berbahagia dengan Fattah.

Nampaknya hari demi hari, semakin banyak cerita mengenai percintaan Neelofa dan Fattah Amin diperkatakan. Pada kami memang sudah terang lagi bersuluh mereka sedang bercinta apabila kerap keluar bersama dan kemesraan yang mereka pamerkan di khalayak.

Sumber Berita : Berita Harian

Written by Bella | November 28th, 2016

Gandingan Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera didalam drama Patahnya Sebelah Sayap masih lagi menjadi bualan ramai sehingga hari ini. Kata orang, mereka antara pasangan didalam drama yang boleh menandingi populariti Neelofa dan Fattah Amin.

Memang mesra sangat Aeril dan Ummi sehingga ada peminat yang menyangka mereka bercinta.

Kemesraan mereka juga telah menimbulkan rasa cemburu di hati Wawa Zainal. Menurut Cik Pang di akhbar Harian Metro, mereka suami isteri bergaduh besar kerana perkara itu dan hampir bercerai. Eh, biar betul?

Tambah sumber kepada Cik Pang,  percutian mereka sekeluarga ke Korea baru-baru ini kerana Aeril ingin memujuk Wawa.

Biasalah manusia akan melakukan kesilapan, harapnya selepas ini Aeril Zafrel lebih peka dan tidak terlalu mesra dengan wanita lain.

Benarkah berita tersebut? Kami harap ia cuma khabar angin sahaja dan mendoakan kebahagiaan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | November 28th, 2016

Kehadiran bintang Korea, Lee Kwang Soo bagi menjayakan program Running Man Challenge Malaysia yang  berlangsung pada 26 November lepas memang dinantikan ramai.

Tentu sahaja anda akan merasa teruja apabila bertemu dengan bintang pujaan anda dan semestinya ingin bergambar sebagai kenangan. Betul tak?

Namun, nasib Ayda kali ini agak berbeza apabila telefon bimbitnya dirampas ketika ingin selfie bersama Lee Kwang Soo.

Ayda juga ada meluahkan kekecewaannya itu menerusi akaun Twitternya.

Pada awalnya, Ayda serta rakan artis lain Saharul Ridzwan, Ajak Shiro dan Hairul Azreen sudah bersedia untuk bergambar dengan Lee Kwang Soo. Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang dipercayai bertugas sebagai pengawal peribadi dengan pantas merampas telefon bimbit Ayda.

Buat seketika semuanya tergamam dan terkejut dengan insiden tersebut. Walaubagaimanapun, Lee Kwang Soo secara “gentleman” telah mengambil semula telefom bimbit berkenaan daripada pengawal peribadi  tersebut dan memulangkan semula kepada Ayda.

Alahai kesian pula kami dengan Ayda Jebat dimalukan ketika berada di atas pentas. Takkanlah pengawal peribadi itu tidak sedar bahawa Ayda adalah selebriti yang turut menjayakan program berkenaan. Memang tidak profesional.

Written by Bella | November 28th, 2016

Tahun ini Elly Mazlein diduga dengan pelbagai perkara baik daripada hal peribadi sehingga karier nyanyiannya. Ada yang memberikan sokongan moral terhadap Elly, tetapi ada juga yang seakan bosan membaca kisahnya di dada akhbar mahupun di Internet.

Elly menerima tomahan dan kritikan daripada “haters” dalam setiap perkara.

Walaubagaimanapun, kini Elly sudah mempunyai semangat baharu dan tidak mahu lagi mengenangkan segala komen negatif dan menerima setiap kritikan dengan hati terbuka.

Saya memilih untuk menerima saja semuanya dengan hati terbuka.

Namun, hati kecil Elly berharap serta berdoa agar mereka yang membenci akan dapat menyukai dirinya satu hari nanti.

Saya berdoa mereka yang membenci saya dapat membuka pintu hati untuk menyukai saya. Biasalah, kita tidak menyukai semua orang. Mungkin golongan yang tidak menykai saya itu tidak mengenali saya secara peribadi.

Meskipun dikritik, nampaknya Elly tidak pernah menyimpan dendam terhadap “haters”. Harapnya selepas ini akan ada kebahagiaan buat Kak Lina Pom Pom dan anaknya.

Sumber Berita : Berita Harian