Written by Bella | November 30th, 2016

Sedang kami melayari Internet hari ini, kami tertarik dengan satu kenyataan pelakon wanita ini yang beliau tidak malu mempunyai kulit gelap. Anda semua tahu bukan, kebanyakkan artis wanita agak obses untuk mendapatkan kulit putih sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit setiap bulan.

Pelakon yang berbangga beliau mempunyai kulit gelap itu ialah Ainul Aishah yang kini popular dengan watak Aimi didalam drama Lara Aishah. Ainul menyifatkan berkulit gelap itu adalah sesuatu yang agak seksi.

Dalam situasi banyak wanita sekarang begitu obses untuk berkulit putih sehingga sanggup berhabis duit bagi tujuan itu, saya pula selesa dengan tona kulit saya yang gelap kerana pada saya ia sesuatu yang seksi dan unik.

Jujur, saya tidak pernah ada niat untuk mendapatkan rawatan pemutihan kulit dalam apa jua kaedah selain hanya mengambil suntikan vitamin C agar kulit menjadi sihat, bersih dan bermaya.

Ainul akui ada pihak yang sering menyindir beliau mengenai warna kulitnya itu tetapi beliau enggan ambil pusing dengan percakapan orang lain dan membuktikan mereka yang berkulit gelap juga mampu untuk tampil anggun serta menawan.

Saya seorang yang ringkas tetapi saya tahu bagaimana untuk tampil menarik dalam cara saya sendiri, jadi mengapa saya harus berasa rendah diri bukan?

Wow! Satu kenyataan dan prinsip yang agak tegas oleh Ainul Aishah. Memang betul, untuk apa kita malu dengan warna kulit kita yang semulajadi? Kita seharusnya berbangga dengan diri kita.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 30th, 2016

Agak kecoh sebentar media sosial baru-baru ini dengan isu Janna Nick yang dikecam “mat saleh” kerana meninggalkan komen “body shaming” terhadap seorang artis Hollywood iaitu Ruby Rose. Janna mengkritik badan Ruby Rose terlalu kurus dan ia mengundang kemarahan peminat artis antarabangsa itu yang menganggap ia sebagai satu “penghinaan” kepada artis pujaan mereka itu.

Sedar kelakuannya yang memberikan komen tentang fizikal seseorang itu kurang sopan, Janna telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Saya minta maaf di atas kebodohan saya. Saya sudah lama mengikuti Ruby Rose di Instagram dari zamannya berisi hingga kurus. Saya sendiri tidak tahu wujud terma ‘body shaming’ iaitu komen atau sikap negatif terhadap saiz dan berat badan seseorang sedangkan saya tidak bermaksud apa-apa.

Komen itu sebenarnya saya tulis sejak lima bulan lalu. Tapi apabila Instagram mengemaskini sistem, komen saya secara automatik dilihat individu yang saya ikuti di laman bergambar berkenaan. Sebab Saya pun awalnya tidak tahu budaya orang sana berhubung komen fizikal secara terbuka adalah sesuatu yang dianggap menghina.  Saya sendiri ramai memberi komen ‘gemuk’ tetapi saya okey saja.

Sebagai manusia saya tidak lepas melakukan kesilapan. Kalau pandai sangat, saya mungkin sudah jadi doktor. Kini saya tahu ‘body shaming’ itu tidak elok.

Janna pada masa yang sama berharap agar artis Malaysia lain tidak terkena tempias kerana kesilapan yang beliau lakukan. Menurutnya, beliau tidak mahu orang lain mempunyai persepsi negatif terhadap artis tempatan.

Saya minta maaf kalau komen ditulis untuk Ruby itu buat semua sakit hati. Tetapi jangan babitkan artis Malaysia yang lain kerana saya seorang saja yang bebal.

Tegurlah, saya boleh terima dengan hati terbuka. Kita manusia boleh tahu membezakan perkara positif dan negatif.

Kesilapan lalu mengajar kita untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Kini Janna sudah tahu apa yang beliau lakukan itu agak tidak sopan dan tidak menjaga sensitiviti pihak lain. Harapnya perkara ini tidak akan berulang lagi dan menjadi pengajaran buat orang lain.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | November 30th, 2016

Insiden telefon bimbit Ayda Jebat dirampas oleh seorang pengawal peribadi ketika ingin selfie bersama bintang rancangan popular Running Man, Lee Kwang Soo  mendapat perhatian ramai. Malah, video detik-detik telefon Ayda dirampas sudah viral.

Ayda dan peminat beliau tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan pelbagai komen serta spekulasi berhubung isu berkenaan hangat diperkatakan sehingga hari ini.

Namun, seorang individu dengan nama Abdullah Aziri Pauzi menerusi akaun Facebooknya telah menjelaskan perkara sebenar mengapa telefon bimbit Ayda dirampas.

Difahamkan, kesemua selebriti yang terlibat didalam acara Running Man Challenge Malaysia, termasuk Ayda Jebat telah dilarang untuk mengambil gambar ataupun selfie bersama Lee Kwang Soo seperti yang termaktub di dalam kontrak yang ditandatangani oleh pihak penganjur iaitu 100 Plus dan Sony. Hanya jurugambar rasmi sahaja yang dibenarkan untuk mengambil foto ataupun video Lee Kwang Soo.

Penjelasan Mejah:-

Dalam kontrak yang ditanda tangani oleh pihak penganjur ( 100 Plus dan SONY), kontrak itu secara jelass menyebut bahawa hanya official photographer dan videographer sahaja yang dibenarkan untuk merakan gambar/video.

Even, before the event itself, kesemua selebriti-termasuk Ayda Jebat, Ajak Shiro, Shahrul Ridzuan, Hafiz Syahrin Pescao55 dan suami Hanis Zalikha (aku tak ingat nama dia apa) dan di brief oleh pihak penganjur bahawa selfie atau gambar tak boleh diambil.

Tindakan Ayda Jebat sebenarnya selfish, dan sebenarnya dia dan pihak penganjur berkemungkinan boleh disaman atau didenda oleh kompeni yang menguruskan Lee Kwang Soo akibat tindakan mahu selfie tersebut.

Mungkin ada yang mempertikaikan mengapa Ajak Shiro sempat selfie. Hi ini mungkin kerana, dia bernasib baik dan mendapat rezeki kerana terlepas dari pandangan body guard yang menjaga Lee Kwang Soo.

Kesimpulannya, jangan marah penganjur. Jangan marah body guard.

 

Nampaknya perkara ini sudah dijelaskan. Harapnya selepas ini tiada lagi spekulasi lain yang timbul. Mungkin Ayda Jebat boleh memberikan komen mengenai penjelasan ini.

Sumber Berita : Facebook Abdullah Aziri Pauzi

Written by AbangNara | November 29th, 2016

30 Oktober 2016, All Nippon Airways (ANA) telah pun melancarkan 2 laluan terbaru. Kini penumpang-penumpang dari Malaysia boleh terbang secara terus ke New York dan Chicago dengan penerbangan ANA menerusi lapangan terbang Tokyo iaitu Haneda dan Narita. Pramugari-pramugari ANA yang sangat comel kini sedang menanti anda dengan senyuman lebar mereka untuk penerbangan terbaru ini.

ana

Malah pada Februari 2017 kelak, ANA telah mengumumkan akan menyediakan penerbangan terus dari Tokyo ke Mexico City. Laluan ini adalah laluan antarabangsa secara ‘direct” yang ke 42 untuk syarikat kapal terbang penuh berprestij ini. Penerbangan ke Mexico City akan terbang setiap hari bermula dari Narita International Airport sehinggalah ke Mexico City International Airport.

ana

ANA memang dikenali dengan layanan yang cukup mesra, sempurna dan penerbangan yang amat selesa di kalangan penumpang mereka. Tak percaya? Cuba lihat video di bawah:-

Selamat terbang dengan ANA.

Page 2 of 4512345...102030...Last »