Written by Bella | August 25th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada Misha Omar dan suami kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka bersama pada jam 10.20 malam semalam.

Misha telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.05 kilogram secara normal di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur.

Difahamkan Misha mengalami pendarahan selepas menjalani penggambaran muzik video Misha ditemani pengurus yang juga kakaknya, Mimie Omar bergegas ke hospital kira-kira jam 10 malam untuk melakukan pemeriksaan.

Saya bagaikan tidak percaya apabila doktor memberitahu sudah tiba masa untuk melahirkan, sedangkan sebelum ini saya dijangka menimang cahaya mata pada pertengahan bulan depan.

Alhamdulillah dalam suasana panik itu, semua urusan dipermudahkan dan saya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 10.20 malam. Saya bersyukur kerana kebetulan suami, Firros Ezzwan Rosly pulang bercuti dan bergegas ke hospital untuk bersama saya ketika menempuh detik menguji itu.

Buat masa ini Misha masih belum memberikan nama kepada bayinya kerana bayi tersebut dilahirkan pra-matang.

Misha minta diberikan ruang untuk menumpukan perhatian kepada anaknya itu yang masih dibawah pengawasan doktor.

Ketika ini, saya dan bayi yang masih belum diberi nama itu berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, tiada apa yang membimbangkan cuma saya sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu ini.

Misha dan Firroz yang juga seorang juruterbang diijab kabulkan pada 2 Mei 2014 di Kota Bharu, Kelantan. Sebelum ini, pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | August 25th, 2016

Umum mengetahui bahawa ibu kepada pelakon Jasmin Hamid baru sahaja beberapa bulan meninggal dunia. Oleh itu, Jasmin sering menziarah pusara ibunya dan berkongsi foto ketika berada di kubur di akaun Instagram miliknya.

Namun, tindakan Jasmin memuat naik foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak yang mengatakan Jasmin sengaja ingin menunjuk-nunjuk.

Walaubagaimanapun, Jasmin menerusi portal mStar Online berkata tujuna beliau memuat naik foto ketika menziarahi kubur ibunya  hanya untuk memberi peringatan kepada dirinya sendiri.

Saya selalu muat naik gambar menziarahi kubur ibu saya adalah untuk diri saya sendiri dan tidak sedetik pun terniat ingin menunjuk-nunjuk.

Saya sedar ada yang kurang senang, saya tahu doa seorang anak itu, dia tidak perlu datang ke kubur, tapi bagi saya ia adalah pandangan masing-masing dan apabila saya ke sana saya lebih dekat dengan kematian.

Tambah Jasmin, beliau sedar seorang wanita tidak boleh berada lama di kawasan perkuburan berkenaan, tetapi beliau hanya ingin memastikan keadaan kubur arwah ibunya itu bersih dan tidak rabak kerana masih baharu.

Pada masa yang sama, Jasmin memberitahu beliau merasa terkejut apabila mendapati botol yang ditanamnya untuk meletakkan bunga pada pusara ibunya telah dicabut pada hari Selasa lepas.

Tentu sekali Jasmin merasa amat sedih dan meminta jika ada pihak yang tidak berpuas hati untuk terus bertemu empat mata dengan beliau.

Ibu Jasmin Hamid, Allahyarhamah Khadijah Adnan berusia 62 tahun meninggal dunia pada 26 Mei lalu akibat serangan jantung.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | August 25th, 2016

Sudah  setahun bercinta, Sharnaaz Ahmad akui beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya Noor Nabila.

Mereka sudah berbincang mengenai hal perkahwinan dan kini menyerahkan urusan seperti peminangan kepada keluarga. Sharnaaz merancang untuk menikahi Noor Nabila pada tahun depan.

Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan.

Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.  Namun, kalau boleh saya enggan ‘mengikat’ bakal isteri terlalu lama. Kami mahu bertunang tidak lebih dari enam bulan.

Ditanya mengenai ciri-ciri Noor Nabila yang membuatkan Sharnaaz jatuh hati kepadanya, Sharnaaz memberitahu Noor Nabila merupakan seorang wanita yang cukup merendah diri serta sederhana meskipun dilahirkan dalam keluarga yang senang dan mewah.

Nabila sebenarnya mempunyai banyak ciri yang membuatkan dirinya disenangi. Selain bijak dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup serta kerjaya, dia kurang suka kepada kehidupan glamor.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga senang, dia tetap bersederhana dan merendah diri. Memang sepanjang bersamanya, kami ada bergaduh. Adatlah, orang bercinta. Namun, kami terus serasi dan paling penting keluarga memberi restu.

Alhamdullilah, akhirnya Sharnaaz sudah betul-betul bertemu dengan wanita yang sesuai buat dirinya dan saling melengkapi antara satu sama lain. Iyalah, kalau sudah sayang cepat-cepat jadikan hubungan itu halal, tiadalah yang ingin mengkriti mereka lagi. Hehe.. Kami harap segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Written by Bella | August 25th, 2016

Keterujaan untuk menimang cahaya mata memang tidak boleh digambarkan, itulah yang dirasai oleh pelakon Shah Jaszle yang bakal menerima kehadiran anak kedua pada tahun depan apabila isterinya Hanis Husna, kini disahkan hamil 5 bulan dan bakal bersalin pada bulan Januari 2017.

Apa yang membuatkan Shah lebih seronok ialah ketika doktor memberitahu jantina janin didalam kandungan adalah lelaki.

Alhamdulillah walaupun saya dan isteri tidak menjangkakan kehamilan kedua ini namun kami bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah.

Saya lebih teruja daripada terkejut apabila doktor mengesahkan jantina bayi kedua kami adalah lelaki. Saya memang mahukan anak lelaki dan Alhamdulillah hasrat itu dimakbulkan, Insya-Allah selepas ini saya ada teman.

Sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Alana Jasmeen Jaszle yang kini sudah berusia 8 bulan, Shah akui kehidupan beliau sudah berubah. Apa yang beliau lakukan kini semata-mata untuk anaknya dan masa depan mereka.

Alhamdulillah mempunyai anak adalah satu perubahan yang cukup besar dalam hidup dan apa yang saya lakukan kini adalah untuk mereka.

Saya perlu bekerja keras demi anak-anak agar masa depan mereka terjamin.

Tahniah kami ucapkan kepada Shah Jaszle dan isterinya. Semoga segalanya berjalan lancar sehinggalah detik melahirkan nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Page 10 of 45« First...89101112...203040...Last »