Written by Bella | November 2nd, 2015

Bakal bernikah 20 November depan, hero drama Dia Isteri Luar Biasa Shukri Yahaya tegas dengan pendirian beliau yang enggan mendedahkan jumlah hantaran yang diberikan kepada bakal isterinya, Tya Adnan meskipun dipujuk serta ditanya oleh beberapa pihak.

Bukan tidak ada yang bertanya tentang perkara tersebut tapi sudah beberapa kali saya melaluinya. Tak payahlah diberitahu berapa, biarlah menjadi rahsia kami sahaja.

Mengakui beliau sedang popular selepas beberapa tahun menceburi bidang lakonan, Shukri  yakin perkahwinan ini bukanlah satu halangan untuk beliau terus berjaya dalam kariernya. Ini kerana, ada yang berpendapat bahawa berkahwin akan menjatuhkan populariti beliau sehinggakan ada yang meminta agar Shukri menangguhkan hasratnya itu.

Peminat sekarang bukan seperti peminat terdahulu yang akan berhenti memberikan sokongan sebaik sahaja artis kesukaan mereka bernikah. Saya tidak pernah nampak perkara itu akan menjejaskan. Kalau dilihat kembali sejarah, ramai artis kita yang terus membina empayar meskipun sudah berstatus suami atau isteri.

Tidak ada masalah besar kepada peminat untuk terus menyokong mereka asalkan memberikan yang terbaik dalam kerjaya.

Bukan semua artis selepas kahwin sahaja terus populariti mereka jatuh. Kalau mereka bijak untuk merancang sesuatu untuk karier mereka, memang boleh tahan lama dalam industri. Apa-apa pun, lakonan kena mantap dan diperbaiki daripada masa ke semasa.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | November 2nd, 2015

Shenty Feliziana nama yang sedang hangat diperkatakan sebagai teman wanita kepada aktor Syazwan Zulkifly juga seorang aktres serta pengacara HLive.

Apa yang menarik perhatian kami kali ini bukan kisah cinta beliau tetapi menurut portal BH ONLINE mereka ada menerima sekeping foto Shenty dimana terdapat kesan luka dan lebam pada wajahnya.

Ingin mengetahui kebenaran disebalik foto tersebut, pihak BH ada cuba untuk menghubungi Shenty tetapi gagal.

Ini menimbulkan seribu satu persoalan apatah lagi Shenty menerusi muat naik terbaru beliau di Instagram disertakan dengan kapsyen yang mempunyai satu maksud tersirat.

May this blessed Friday prevails nothing but the truth. Surely Allah is with those who are patient and may He bless me with strength to endure His tests. JazakAllah Khair. #watchingtheworldgoby #liesanddeceit #maruahorang #jeopardizingnames #investigate #fitnahlebihkejamdarimembunuh #thinkbeforepublishing #trustnobody #healing

Apa agaknya berlaku kepada Shenty Feliziana ye? Atau mungkin ia satu khabar angin? Apa-apa pun kami harap beliau dapat menyelesaikan masalahnya.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by serenity | November 1st, 2015

Rasanya macam baru semalam saja kami kongsikan gambar Aaisyah Dhia Rana ketika baru dilahirkan, rupanya hari ini bayi itu menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama. Pantas sungguh masa berlalu.

Majlis birthday Aaisyah diadakan di White Palace, Kuala lumpur, bertemakan warna putih dan turquoise serta berkonsepkan ‘Enchanted Garden’.  Majlis ini turut dihadiri oleh dua anak Che Ta dari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra, ibu saudaranya Sasha Saidin, Ayu Raudhah dan bapa saudara Zaquan Adha, serta pengarah Michael Ang.


 photo 11856691_455556161300735_1447611753_n.jpg
Walaupun baru berusia setahun Aaisyah yang merupakan anak Che Ta dan Zain Saidin sudah mencipta nama sebagai model dan duta serta baru-baru ini menjadi penghias muka depan majalah Media Hiburan.

lagi 43 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar The Assemble.

Anda mencari maklumat spesifik satu-satu jenis seni budaya di Malaysia untuk kajian atau pengetahuan? Sila ke…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 27 October 2015